Monday, August 4, 2008

Pengurusan Emosi...

Emosi boleh ditakrifkan sebagai perasaan yang kuat yang kita arahkan kepada seseorang atau sesuatu. Terdapat enam jenis emosi yang selalu kita hadapi dan kita arahkan pada orang dan benda iaitu kemarahan, ketakutan, kesedihan, kegembiraan, meluat dan terkejut.

Bolehkah kita tidak beremosi? Jawapannya ialah tidak, kerana apabila kita berada dalam keadaan emosi yang baik maka segala urusan yang kita buat akan menjadi baik dan lancar. Kita akan bekerja lebih produktif. Emosi juga membolehkan kita memahami emosi orang lain. Emosi yang dipamerkan juga dapat menilai kematangan setiap orang.

Dalam membicarakan kematangan emosi pula, kita perlu lihat dari lima sudut:

Kewarasan diri.
Ini merupakan kebolehan kita untuk menyedari perasaan kita sendiri. Jadi, apabila kita beremosi, kita harus sedar apakah perasaan yang sedag kita hadapi. Marah? takut? meluat? sedih?

Pengurusan diri.

Ini pula adalah kebolehan kita untuk menguruskan emosi diri kita dan mengawal desakan dari dalam. Dari sini kita boleh lihat jika seseorang itu tidak dapat mengawal emosinya maka dia akan memberontak dan mempamerkan emosi yang sedang dia hadapi.

Motivasi diri

Motivasi merupakan dorongan kepada kita. Jika dilihat dari sudut emosi pula ialah ia merupakan kebolehan untuk bertahan apabila berhadapan dengan halangan yang boleh menyebabkan kita beremosi.

Empati

Empati merupakan kebolehan kita merasai apa yang orang lain rasa. Ia bukan sekadar simpati, malah lebih dari itu. Contohnya jika rakan kita mempamerkan emosi kegembiraan kerana mendapat kenaikan pangkat, kita akan mempamerkan emosi yang sama juga seolah-olah kita pun mendapat kenaikan pangkat.

Kemahiran sosial

Ini merupakan kemahiran kita mengendalikan emosi orang lain. Kemahiran ini penting kerana kadang-kadang atas nasihat kita, kita berjaya mengawal emosi orang daripada berlebihan. Tetapi ada juga keadaan dimana atas nasihat kita, emosi seseorang itu akan jadi berlebihan.

Semua orang pernah beremosi. Pengurus pasukan bolasepak perlu kemahiran sosial untuk untuk meningkatkan emosi pemainnya bagi mencapai kemenangan. Ibubapa pula tidak seharusnya mempamerkan emosi ketakutan dihadapan anak-anak jika berada didalam situasi yang menakutkan. Oleh itu, sama-samalah kita mengurus emosi kita dengan baik kerana emosi ada baik dan buruknya.

Rujukan:
1. Organizational Behavior, McShane. 2nd Edition. 2002.
2. Gelagat Organisasi, Kamel Idris. 2008.
3. Tabiat Organisasi, Ungku Norulkamar. 3rd edition. 2004.
4. Membina Jati Diri Gemilang, HM Tuah. 2004.

10 comments:

Anonymous said...

yang aku tau semua manusia ade emosi , samada tunjuk atau sembunyi . kalau sembunyi jadi duri jadi aku pilih tunjuk biar pahit macam hempedu.. aku tak kisah korang nak ulas apa yang aku tau (sorry pinjam blog ko untuk ulas sebab ko yang paling aktif)apa yang korang ulas dalam blog tu tidak tepat ... aku rasa jangan buat andaian sendiri .

madier said...

emmmmmmm......

Anonymous said...

bagus nan...aku ade ler belajo sket..sket..
pengurusan emosi nie perlu dinilai dari tahap psikologi..sbb tu dalam kajian psikologi..seseorang perlu dinilai mengikut perubahan persekitaran luaran dan dalaman. Pengurusan emosi perlu juga ada variable yang boleh memberi nilai kepada keadaan psikologi seseorang...byk jugak...demografik, ekonomik, sosial, budaya, status, dan mcm lg la. Penilaian org lain dan diri sendiri adalah juga variable yg perlu diambil...persepsi (stereotyping), tahap empati, hm....nak lukis model..tak reti kat sini...hah hah hah ha apa-apa pun penilaian yang tepat tentang tahap emosi sentiasa berubah-ubah...boleh berubah dalam sesaat pun atas pengaruh persekitaran...waallahualam

Anonymous said...

sebagai tambahan:

Emosi boleh dikategorikan kepada 2 iaitu emosi dirasai dan emosi dipamerkan.

Emosi dirasai ialah emosi sebenar yang datang dalam diri iaitu samada marah, meluat, sedih dll.

Emosi dipamerkan pula emosi yang dinampak atau ditunjukkan.

Contohnya:
Ada setengah orang yang mengalami kesedihan tetapi masih mampu tersenyum kepada orang ramai. Kesedihan itu merupakan emosi yang dirasai tetapi tidak dipamerkan.

Sebenarnya kita bebas memainkan emosi kita namun ia haruslah bersandarkan kepada keadaan. Hitung baik buruknya.

Anonymous said...

to anon
Never mind. U can give any comment in my blog. Thank you because read my writing.

to madier
emmmmmm.... hehehehe

to amli
Your extra opinion will be appreaciated (entah betul entah tidak ejaan ni... lantak lah). kihkihkih...
Thank you very much.

Mc Zue said...

yang penting pengurusan emosi penting kerana ianya mencerminkan diri seseorang.. thanks for the info nan

Jankaulu said...

Pasal emosi-emosi ni saya tak tau sangat, tapi pasal kecut perut, seram sejuk saya tau. he he he

saya kadang-kadang emosi jugak bila menulis blog. he he he. so saya ambik kesempatan nak minta maaf (walaupun puasa tak lagi) dan beritahu segala penulisan saya buat tu tidak dipaksa penerimaannya untuk sapa-sapa yang baca...(kalau terasa kira nasib la). he he he.

Ada orang suka, ada orang tak suka, biasalah. ia merupakan catatan dan pandangan peribadiku.

Anonymous said...

tulis ler apa-apa sukiman...you are the master of your space...org baca ..bacalah..tak baca pun takpe... setiap org ada pendapat...dan pastinya kita je yang tahu logiknya...kecut perut lagi????

Jankaulu said...

kecut perut dah hilang tapi tak boleh kawal emosi sbb ada barang yang beli tertinggal kat sarawak... (tapi diriku yg cuai he he he).

Anonymous said...

apa yg tertinggal? barang ke orang?