Wednesday, June 29, 2011

Pakcik...

Minggu lepas dirumah saya didatangi oleh budak2 sekolah anak yatim. Mereka menjual kismis doa yang dalam kotak kuning tu.

Kesian saya menengok mereka. Mereka berjalan dari rumah kerumah ditengah2 panas untuk menjual kismis bagi membiayai pengajian mereka.


Saya tak membeli kismis mereka kerana saya dah beli kismis yang sama sebotol besar beberapa minggu yang lepas (harganya RM10 dijual dari meja ke meja di sate zul kat jelita). Namun begitu saya hulurkan juga duit sebagai sedekah dan segelas air sejuk.


"Terima kasih pakcik!" kata mereka kepada saya.


Sukiman (juga telah menghulur duit) tersenyum penuh makna!.


Moralnya: Rupanya dah tua saya ni ya. Ramai budak2 dah mula memanggil saya pakcik. Baru je bulan lepas student Somalia kat sini cakap kat saya "You look young".

Tuesday, June 28, 2011

Tetamu...

Ahad minggu lepas ada 2 orang tetamu datang kerumah. Mereka datang serentak tetapi berlainan kereta. Seorang naik myvi putih dan seorang lagi naik honda city hitam. Walaupun sepadan tetapi mereka bukannya pasangan suami isteri ya.

Mereka dihidangkan dengan potongan buah epal, biskut cokelat chips dan air tea 'o' suam2 kuku kaki.
Terima kasih kerana sudi berkunjung ke Teratak kami.

Monday, June 27, 2011

Politik...




Sebenarnya, saya banyak juga idea nak tulis pasal politik ni. Gatal je tangan nak menaip segala yang berkaitan dengan politik, parti2 dan pemimpin2 di Malaysia samada di sebelah pemerintah mahupun pembangkang.


Macam2 isu yang dok saya peratikan dari tilikan mata saya yang tak seberapa ni. Dari isu berhimpun sana berhimpun sini, kutuk sana kutuk sini, lucah sana lucah sini, video sana video sini, sumpah sana sumpah sini, islam sana islam sini, adil sana adil sini, kejam sana kejam sini, melayu sana melayu sini, ugut sana ugut sini, kapir sana kapir sini, kritik sana kritik sini hingga bermacam2 lagi lah...


Namun hasrat itu saya pendam buat masa ini kerana politik mempunyai pentas yang berbeza. Khalayaknya pun berbeza. Ia melibatkan pendirian, pendirian yang boleh menyebabkan setiap individu menjadi 'luar biasa'.

Thursday, June 23, 2011

Terponggeng-ponggeng...

Suka tengok anok kucing bergurau, siap terponggeng-ponggeng (tertonggeng-tonggeng) dan tunjal laju kat muka.
Rehat kejap sambil gode ekor

Monday, June 20, 2011

Tempah parang...

Dah siap parang yang saya tempoh. Hajat nok bawok berkebun parang ni tapi cantik sangat buatannya. Sayang pulok nok bawok menebas. Yang belah kiri pendek sikit tu bolehlah bawak menyiang daging kenduri. Yang panjang belah kanan tu bolehlah buat nyembelih kerbau.


Mata parang tu beli kat pembuat parang di Triang. Sarung parang dan ulu parang tu pulok tempoh kat Sungai Isap Kuantan. Tukangnya adalah pencen forest. Nama panggilan Ali Ruk Rak.


Nanti nok gi Triang lagi untuk membeli parang lagi...

Sunday, June 19, 2011

Bangunan baru Mahkamah Kuantan...




Ni bangunan baru mahkamah Kuantan yang dalam pembinaan. Dekat je ngan rumah saya. Atas bukit di IM14. Besar dan cantik bangunannya. Bersebelahan mahkamah ni ada juga bangunan JPJ baru dan arkib negeri Pahang.

Thursday, June 16, 2011

Dato' Siti Nurhaliza masuk wataniah...

Dato' Siti Nurhaliza dengan pakaian lorengnya. Dah rasmi masuk askar wataniah bersama2 ana rafali, david teoh, sahizey sam dll.

MerahTuning...

"Apa khabar?"

"Nak tidur ni..."
"Silau la flash kamera"

Tuesday, June 14, 2011

Mainan budak sekarang...

Ni anak patung barbie anak sedara saya. Budak2 perempuan memang tau dan kenal anak patung barbie ni. Mahal harganya... Yang 2 ekor tu anak2 dia. Abis dibogelkan oleh anak sedara saya, kononnya nak memandikannya hehehe..., yang besar tu pulak namanya Jessica.

Monday, June 13, 2011

Buah durian...

Minggu lepas balik ke pangsenam. Buah durian dah besar dah. Adalah sebesar penumbuk. Tak sabar rasanya nak berkhemoh malam2 tunggu durian gugur sambil bakor ayam golek! Ni durian kawin. Kira2 ada la dalam 50 - 60 biji.
Ni durian tepi rumoh je. Kami namakan durian pos sebab bijinya dipos dari kuantan ke pangsenam guna pejabat pos. Ni kali pertama ia berbuoh. Tak sabor nok tau rasanya macammana.


Aktiviti memotong rumput pakai mesin tolok supaya nanti mudoh nampok buoh durian gugur.

Wednesday, June 8, 2011

Nak suntik kera...



video



video

Kucing pulok...

Masalah tong sampoh diselongkor dek kera sudah hampir selesai. Sekarang tiba giliran kucing pulok selongkor tong sampoh. Tapi tong sampoh yang diselongkor dek kucing ni tak lah berterabur cam diselongkor dek kera.


Tudung tong sampoh sini memang seme dah takde sebab kera buang dalam longkang dan dihanyut dek air. Nampoknya kene beli tong sampoh baru la pulok pasni.

Tuesday, June 7, 2011

Pisang...

Ni buah pisang yang dibeli kat Mini MAHA 2011 Kuantan. Harganya RM2. Ada 6 ulas sesikat. Saya jarang makan pisang mentah tapi jemput pisang saya makan. Tapi yang ni best juga rasanya.

10 tahun...

Dah genap 10 tahun rupanya saya berada dalam dunia akademik. Tak sangka pulok boleh berkekal dalam dunia ni sehingga 10 tahun. Ingatkan dulu nak sekejap je mengajar ni.



Selama 10 tahun ni macam2 perkara telah saya lalui antaranya, artikel saya pernah keluar paper (1 je... hehehe). Saya juga pernah present paper kat International Conference (buat kat Kuantan je...). Saya juga pernah mengajar sambilan untuk student UMP dan PJJ UPM (dapatlah duit sikit...hehehe...).


Dalam tempoh ini juga saya berjaya menamatkan pengajian saya peringkat sarjana di UUM. Student yang diajar pula selama ini dari Matrik hinggalah degree. Entah dimana mereka sekarang.


Subjek yang pernah diajar pula macam2. Marketing, entrepreneurship, OB, finance, management dan juga kawad kaki.



Kalau dipanjangkan umur olehNya, mungkin saya ada 20 tahun lagi (sebelum pencen) untuk berada dalam dunia akademik ni. Atau mungkin juga saya akan beralih bidang lain pula...

Friday, June 3, 2011

Mini MAHA 2011 Taman Pertanian Kuantan...

Kat Taman Pertanian Kuantan baru2 ni ada Mini MAHA 2011. Banyak hasil pertanian dijual disini. Saya juga berkesempatan pergi kesana. Ya Allah! Ramainya orang. Tak sangka ya, penduduk Kuantan sememangnya rindu akan program2 berfaedah seperti ini. Pintu masuk ke tapak Mini Maha
Tengoklah kereta yang berderet di kiri kanan jalan

Saya sempat juga membeli anak benih pokok kelapa pandan (RM8 sebatang) dan anak durian musang king (RM9 sebatang). Buah pisang pun saya beli RM2 sesikat (ada 6 biji). Produk2 dari kampung pun ada dijual seperti serunding, kuih dll.



Diharap program seperti ini akan kerap dianjur oleh pihak2 yang berkaitan di Kuantan ni.

Thursday, June 2, 2011

Dapat empat lagi anok kera...

Kemorin dapat 4 ekor lagi kera. Kali ni sedang2 jaras je. Mungkin anok2 kera yang mokpoknya telah ditangkap.


Jumlah keseluruhan kera yang berjaya ditangkap setakat hari ni ialah 10 ekor.