Sebenarnya, saya banyak juga idea nak tulis pasal politik ni. Gatal je tangan nak menaip segala yang berkaitan dengan politik, parti2 dan pemimpin2 di Malaysia samada di sebelah pemerintah mahupun pembangkang.
Macam2 isu yang dok saya peratikan dari tilikan mata saya yang tak seberapa ni. Dari isu berhimpun sana berhimpun sini, kutuk sana kutuk sini, lucah sana lucah sini, video sana video sini, sumpah sana sumpah sini, islam sana islam sini, adil sana adil sini, kejam sana kejam sini, melayu sana melayu sini, ugut sana ugut sini, kapir sana kapir sini, kritik sana kritik sini hingga bermacam2 lagi lah...
Namun hasrat itu saya pendam buat masa ini kerana politik mempunyai pentas yang berbeza. Khalayaknya pun berbeza. Ia melibatkan pendirian, pendirian yang boleh menyebabkan setiap individu menjadi 'luar biasa'.
1 comment:
amboi, penulisan ayat pun dah stail penulis politik, he he he...
Post a Comment