Monday, March 24, 2014

Pemandangan bandar Madinah dari tingkap hotel...




Wednesday, March 5, 2014

Raudah...

 Saya juga berkesempatan bersembahyang di raudah. Pada masa saya pergi ni Jemaah tengah ramai, so kene beratur untuk menunggu giliran bersembahyang didalam raudah.


Kelihatan Jemaah sedang berdiri menunggu hadangan dibuka untuk masuk ke dalam raudah.

Karpet dalam raudah adalah berwarna hijau. Petugas dalam raudah ada memberitahu bahawa kawasan raudah adalah sebelepas mimbar yg ada dlm raudah (raudah ba'da mimbar).
Selepas habis solat sunat dalam raudah, saya nak berdoa tetapi baru je nak mula doa, petugas dah tepuk bahu saya untuk keluar. So, saya berdoa sambil berjalan je lah.
 
Bagi yang berkesempatan solat diraudah, saya sarankan supaya sujud lama sikit untuk berdoa sebab kalau kita tengah sembahyang petugas takkan suruh kita keluar.

Tuesday, March 4, 2014

Ahad: Ziarah dalam hari pertama...

Sedand diberi taklimat oleh Mutawwif.
Selepas sarapan pada hari pertama, kami dibawa untuk ziarah Masjid Nabawi.


Berjalan sekitar Masjid


Sejuk suhu kat sini...


Luas Masjid ni.


Kubah hijau tu menunjukkan lokasi makam Nabi Muhammad SAW.
Dari  Jabir Radhiallahu Anhu ; bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda "Satu sembahyang di masjidku lebih afdhal daripada 1 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain kecuali Masjidil Haram di Mekah dan satu sembahyang di Masjidil Haram pula lebih afdhal daripada 100 000 sembahyang di masjid-masjid yang lain."