Thursday, October 30, 2008

Panduan Manage Blog...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua

Saya buat posting ni bukannye nak tunjuk pandai tetapi just nak bagi panduan je. Lagi pun tadi ada kawan kat Muadz sms bagitau yang dia terdelete statistik dalam blog dia. Jenuh la pulok nak ngajornye. Dulu dah ajor dah rasanya. Nok ngajor dalam sms payoh la pulok. So, saya pun bgtau yang saya akan tulis dalam blog saya. Maknanya, lepas ni kalau terdelete lagi, boleh la rujuk posting ni.

Dalam blog kita, kita boleh letak jam, statistik pengunjung, negara pengunjung, dari mana pengunjung datang dan lain-lain lagi. Cara nak letak dalam blog kita sama je semua. Yang kita nak hanyalah html code untuk dicopy dan pastekan dalam 'add element' dalam blog kita.

Untuk letak jam kita pergi kat Clocklink. Klik kat pautan yang saya buat ni atau pun klik kat jam di blog yang kita lawat tu. Pas masuk website clocklink tu, kita ikut je step by step dia hinggalah kita dapat html code. Copy code tu. Kat blog kita plak, kita pi kat customize (penjuru atas kanan blog), pastu add elemen/gadget, cari yang html punya dan pastekan code tadi kat situ. Save. Settle.

Itu untuk jam sahaja. Untuk tambahan yang lain, kaedahnya sama sahaja. Utk laman borak boleh pi kat Cbox (macam dalam blog saya) atau shoutbox (macam dalam blog zamri). Keburukan laman borak ni, pengunjung boleh menyamar dan tulis apa sahaja. Macam blog aliasderais dah kena serang dah oleh pengunjung yang biadab.

Nak masukkan statistik pengunjung blog, pergilah kat histats. Nak tahu pengunjung dari mana, klik di live traffic feed. Nak tau pengunjung dari negara mana, klik kat flag counter. Yang anda nak hanyalah html codenya sahaja. Semua ni rasanya free je.

Nak tukar template blog kita pun boleh. Tapi saya malas nak tukar2 template ni sebab ianya rumit dan kadang2 ia tak sesuai dengan code yang kita ada tu. Guna template yang ada je dan kadang2 tukar macam sukiman.

Ok. Itu sahaja untuk kali ini. Harap2 ia dapat jadi panduan. Niat saya bukan nak tunjuk pandai. Just terlanjur ada kawan bertanya tadi. Dah berkali2 ajar dia ni, masih tak paham2 hehehehe...

Dah pandai berjalan...

Semalam Adek kabor Arina dah pandai berjalan. Patutla balik kampung minggu lepas, laju sangat dia berjalan duk dalam walker.
Si Adiknya Arini masih takut2 lagi. Minggu lepas badannya panas sikit. Bertepek la kat dahi kasi sejuk.

Kak longnya pulak bukan setakat berjalan, berlari pun boleh.

Wednesday, October 29, 2008

Bergotong-royong di Masjid Pangsenam...

Gotong-royong sekitar masjid ialah antara aktiviti yang selalu dilakukan oleh penduduk kampung. Kampung Pangsenam pun tak terkecualilah. Kadang2 bergotong-royong memasak, menyembelih, menebas, mencuci dan lain-lain.

Kali ni tak tau pulak buat apa. Cuba tengok gambor kat bawah ni, agak2 mereka ni bergotong-royong mende? Gaya2nya nak menumbangkan tiang tu je. Menebas dan meracun pun buat jugak rasanya sebab ada tong racun dan kereta sorong yang penuh dengan rumput.



Ni antara yang hadir. Nampaknya orang tua ada, orang muda pun ada. Bagus lah kalau begini sebab duduk di kampung kenalah muafakat. Duduk kat bandar pun samalah, kena muafakat gak...

Pahang Darul Makmur

  1. Negeri Pahang merupakan negeri terbesar di Semenanjung Malaysia seluas 35,965 kilometer persegi.
  2. Di sebelah utara dan baratnya dilingkungi oleh banjaran gunung manakala disebelah timurnya terbentang Laut China Selatan.
  3. Pahang terdiri daripada 11 buah daerah iaitu Kuantan (ibu negeri), Pekan (Bandar Diraja), Temerloh, Rompin, Maran, Jerantut, Bentong, Raub, Lipis, Cameron Highland dan Bera.
  4. Jumlah penduduk Pahang dianggarkan berjumlah 1.2 juta orang (2004). Majoritinya adalah orang Melayu iaitu kira-kira 76% diikuti penduduk Cina, India dan lain-lain.
  5. Penyumbang utama kepada ekonomi negeri ialah perladangan, pertanian, perindustrian dan hasil hutan.
  6. Pahang merupakan destinasi pelancongan utama negara. Disini terdapat kawasan pelancongan tanah tinggi, Taman Negara, Taman Negara Endau-Rompin, Pusat Perlindungan Seladang di Jenderak, Pusat Perlindungan Gajah di Kuala Gandah Lancang, Cherating, Rumah Kelahiran Tun Abdul Razak dan lain-lain lagi.

Wednesday, October 22, 2008

Jadi kedi la pulak dia...

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca semua...

Nama Tiger Woods bukanlah asing dalam dunia golf. Dia merupakan jaguh no 1 dunia dalam golf. Namun begitu status tersebut tidaklah menyebabkan beliau ego dan bangga diri.

Dalam berita hari ini, ada cerita Tiger Woods yang menukar selera untuk menjadi kedi di lapangan Torrey Pines. Beliau menjadi kedi kepada John Abel. Woods telah menyarung 'bib' hijau yang tertulis nama Abel dan membantunya pada sembilan lubang pertama. Itulah Tiger Woods...

Moralnya kat sini ialah bagi kita walaupun pangkat kita tinggi, kita harus juga turun padang dan lihat orang bawahan kita. Walaupun kita kaya-raya, kita harus juga bersama2 dengan orang miskin. Walaupun kita ada dua tiga bijik kereta, sesekali dua naiklah motor atau bas. Walaupun tiap2 malam makan kat luar, sesekali trylah masak kat rumah. Walaupun ada highway, sesekali ikutlah jalan lama. Walaupun tiap2 hari makan kat hotel Vistana, sesekali pergilah ke gerai Che Yah. Walaupun kita rasa kita 'cerdik', kadang2 perlu juga bergaul dengan orang 'bodoh'...

Sekian untuk kali ini...

Tuesday, October 21, 2008

Masjid Ikhsaniah Pangsenam...

Hari ni dah rilek sedikit. Sudah ada waktu senggang untuk menulis. Carrymark telah dihantar semalam. So, lepas ni jaga exam la pulak.

Aku bukan nak bercerita tentang student atau jaga exam atau terhegeh2 buat carrymark, tu intro sahaja. Ni nak cerita serba sedikit pasal sejarah Masjid Ikhsaniah Pangsenam, iaitu masjid di kampung aku yang ku banggakan. Dulu dah ada posting pasal masjid ni. Posting kali ni pulak sebagai info tambahan sahaja.

Kenapa Ikhsaniah? Kerana sebenarnya tapak masjid ni yang seluas 1/4 ekar telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Hajah Yang Bedah binti Bilal Idris.

Masjid ini mula di bina pada tahun 1969 dan telah siap digunakan pada tahun 1970. Maknanya dah hampir 40 tahun usia masjid ni (muda lagi). Ia dibina dengan kos RM25,000 (nilai dulu) atas sumbangan kerajaan negeri dan di rasmikan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada bulan November 1972 (aku tak lahir lagi).

Ahli kariah masjid ini adalah seramai lebih kurang 200 orang sahaja. Tapi bila tiba time raya, pasti penuh melimpah-limpah. Masjid ini menjadi tumpuan penduduk kampung Pangsenam, kampung baru Pangsenam, Kuala Kujan, Charok Shahbudin dan Tenggoh.

Dalam qariah Masjid Ikhsaniah Pangsenam ni terdapat beberapa surau iaitu Masjid Lama Kuala Kujan (ditukar menjadi surau) yang di bina tahun 1938 dan di wakaf oleh haji Awang bin Kechik, surau Pangsenam (1965) di wakaf oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ibrahim, Surau Padang Kerbau (1968) di wakaf oleh Haji Mohd Ali bin Kia, surau Kujan (1975) di wakaf oleh En. Yaakub Bakar dan surau Tenggoh (1978) di wakaf oleh Haji Dayan Mahmud.

Jika anda lalu di Kampung Pangsenam, silalah singgah di Masjid ni untuk bersolat. Ia terletak di tepi jalan Temerloh-Triang. Gerai ikan patin pun ada dekat sini. Ok, nanti aku letak gambar lama masjid ni.

Thursday, October 16, 2008

Catatan Perjalanan : Shah Alam - Melaka

Antara MASA dengan WANG : Mana pilihan anda....

Surcaj tambahan 30% bagi pengguna bas ekspres menjadikan tambang bas dari Shah Alam ke Melaka adalah RM14.50 sehala. Lepas raya haritu dah mula naik kereta berulang alik hujung minggu dari Shah Alam ke Melaka. Antara masa dan wang :

Ikut jalan lama:
Laluan : Bt3(Tol Ebor) -KLIA-Mambau-Rantau-Rembau-Simpang Ampat-Melaka
Jarak : 159km
Purata had laju: 80-90km/j
Purata Masa Perjalanan : 2jam 45 minit
Purata penggunaan minyak : RM13.00 (tunggang kancil)
Bayaran TOL : RM5.50 (exit KLIA)
Keterangan Laluan : Umpama jalan lama dari Maran ke Kuantan


Ikut Highway Plus:
Laluan : Bt3(Tol Ebor) -Air Keroh-Melaka
Jarak : 149km
Purata had laju: 100-110km/j
Purata Masa Perjalanan : 1jam 50 minit
Purata penggunaan minyak : RM21.00 (tunggang kancil)
Bayaran TOL : RM18.90
Keterangan Laluan : Amat selesa (boleh tekan minyak seadanya tapi awas dengan speed trap)

Kepada anda pembaca blog PANGSENAM....buatlah pilihan bijak! Lepas ni koi nok bercerita menda ape yang ada kat laluan jalan lama ni pulok...banyok yang menarik!

Respek@yahoogroup...

Menyampah betul dengan group respek ni. Suka-suka dia je nak add email kita dalam group dia. Berlambak2 email masuk dalam inbox kita. Group ni tidak melambangkan nama dia. Moderator ni tak RESPEK langsung dengan hak kita.

Rasanya ramai kawan2 yang dah terkena dengan group yang tak hormati hak orang ni. Kalau kita nak sangat join group dia, kita sendiri akan sign in nanti. Apa yang boleh kita buat ye dengan group ni untuk mengelak perkara ni dari berulang?

Tuesday, October 14, 2008

Shah Rukh Khan...


Sempena dengan sambutan birthday Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Shah Rukh Khan telah dianugerahkan pingat Darjah Mulia Seri Melaka yang membawa gelaran Datuk.

Justeru itu, pihak http://pangsenam.blogspot.com/ telah membuat polling untuk pengunjung mengundi sama ada setuju atau tidak dengan penganugerahan darjah kebesaran tersebut. TQ.

Friday, October 10, 2008

Majlis Jamuan Hri Raya 2008...

Malam ni ada Majlis Jamuan Hari Raya kat MS Garden. Fully sponsored by our majikan. Dengar citer sate adalah antara menunya. Kalau tengok kat tajuk tu, kita taulah yang majlis ni berkongsepkan hari raya. Maknanya, boleh lah melaram lagi dengan baju raya.

Sebut baju raya ni, aku kecewa betul dengan baju melayu yang dibeli pada tahun ni. Jenama ok lah, Crocodile. Harganya boleh tahan, RM160 sebelum diskaun. Baru pakai raya pertama dah ada jahitan yang tetas. Kat paha, kat ketiak dll. Kecewa betul. Masa pakai hari Jumaat untuk bergambar, tetasnya dah mula besar. Last sekali, lepas basuh... lagi la besar rabaknya. Ceh! tak padan dengan jenama. Patut la jenama ni je yang ada diskaun sampai 50%. Jenama lain takde diskaun. kalau ikutkan banyak pilihan seperti John Master, Orlando, Dexter dan Bazar raya depan Terminal Makmur. Moralnya kat sini, kalau jenama setaraf yang lain takde diskaun, maknanya ada something wrong lah tu. Takpe lah, malam ni pakai la sekali lagi untuk dinner.

Esok pulak, ada kelas PJJ. Ada la 2 orang student. Student ni dah berkerja. Mereka sambung belajar untuk mendapatkan degree. Bagus mereka ni. Kita patut bagi sokongan kepada mereka kerana sanggup korbankan masa cuti dan family untuk belajar lagi. Kelas esok hanya 3 jam sahaja. Mudah-mudahan kedua2 student ni datang ke kelas esok. Walaupun PJJ (Pendidikan Jarak Jauh), mereka harus juga datang ke kelas.

Ok... bye. Nanti sambung cerita bab dinner malam ni pulak. Minggu depan, ada Berita Terbaru pasal Pangsenam... tungguuu...

Thursday, October 9, 2008

Letih...

Letih betul hari ni. Ni baru balik makan tengahari. Dari pukul 10 pagi tadi sampailah pukul 2 tadi tengok budak buat presentation. Tu pun tak habis lagi sebab ada juga student yang tak hantar assignment lagi. Kalau tak hantar assignment, macam mana nak present ye tak?

Sebenarnya assignment budak2 ni dah bagi awal2 semester dulu. Mereka kena buat Business Plan untuk subjek Entrepreneurship. Sepatutnya submit hari Selasa baru2 ni. Yang jadi tak hantar lagi tu sebabnya mereka baru nak pulun buat selepas raya. Mana la dan nak buat dalam masa 2 hari. Sakit jiwa dibuatnya dengan budak2 ni. Penyudahnya tadi aku kabor 'Next monday U all set kan masa, venue and pergi booking laptop n lcd. Pastu panggil saya. Ni last chance saya bagi'. Ceh! dalam jadi lecturer killer ni, ada gak sifat tolak ansur hehehe...

Seminggu dua ni sibuk la sikit. Minggu depan budak2 ni ada midterm. Lepas tu sibuk la pulak kita nak menanda skrip jawapan. Lepas tu, terhegeh2 pulak menyiapkan carrymark. Pastu sibuk plak jaga exam final. Lepas siap semua sekali, barulah boleh relax. Maknanya, bila sibuk2 ni, jarang la dapat berblog. Cuma dapat membaca blog2 orang je la jika ada masa senggang.

Ok lah. Cukup sampai disini dulu. Lain kali tulis lagi. TQ

Monday, October 6, 2008

Dah habis bercuti raya...

Alhamdulillah, semalam dah selamat sampai di Kuantan. Maka tamatlah cuti raya pada kali ini. Saya yang terakhir balik dari kampung. Abang balik hari Sabtu pagi ke KL. Adek balik Sabtu Petang ke Shah Alam. Katanya, jalan tak jem lagi. Kokngoh balik Ahad pagi ke KL. Jalan pun tak jem lagi. Koklong balik Ahad pagi juga ke Kuantan. Saya balik Ahad Tengahari. Jalan tak Jem langsung.

Gambar atas ni diambil pada hari Jumaat, selepas sembahyang Jumaat. Empat orang takde dalam gambar (Balqiss, Daniel, Nakeeb dan Arini). Ok lah, Selamat Hari Raya dari kami semua. Takde mood lagi nak menulis panjang2. TQ