Aku bukan nak bercerita tentang student atau jaga exam atau terhegeh2 buat carrymark, tu intro sahaja. Ni nak cerita serba sedikit pasal sejarah Masjid Ikhsaniah Pangsenam, iaitu masjid di kampung aku yang ku banggakan. Dulu dah ada posting pasal masjid ni. Posting kali ni pulak sebagai info tambahan sahaja.
Kenapa Ikhsaniah? Kerana sebenarnya tapak masjid ni yang seluas 1/4 ekar telah diwakafkan oleh Allahyarhamah Hajah Yang Bedah binti Bilal Idris.
Masjid ini mula di bina pada tahun 1969 dan telah siap digunakan pada tahun 1970. Maknanya dah hampir 40 tahun usia masjid ni (muda lagi). Ia dibina dengan kos RM25,000 (nilai dulu) atas sumbangan kerajaan negeri dan di rasmikan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar pada bulan November 1972 (aku tak lahir lagi).
Ahli kariah masjid ini adalah seramai lebih kurang 200 orang sahaja. Tapi bila tiba time raya, pasti penuh melimpah-limpah. Masjid ini menjadi tumpuan penduduk kampung Pangsenam, kampung baru Pangsenam, Kuala Kujan, Charok Shahbudin dan Tenggoh.
Dalam qariah Masjid Ikhsaniah Pangsenam ni terdapat beberapa surau iaitu Masjid Lama Kuala Kujan (ditukar menjadi surau) yang di bina tahun 1938 dan di wakaf oleh haji Awang bin Kechik, surau Pangsenam (1965) di wakaf oleh Tuan Guru Haji Abdul Rahman Haji Ibrahim, Surau Padang Kerbau (1968) di wakaf oleh Haji Mohd Ali bin Kia, surau Kujan (1975) di wakaf oleh En. Yaakub Bakar dan surau Tenggoh (1978) di wakaf oleh Haji Dayan Mahmud.
Jika anda lalu di Kampung Pangsenam, silalah singgah di Masjid ni untuk bersolat. Ia terletak di tepi jalan Temerloh-Triang. Gerai ikan patin pun ada dekat sini. Ok, nanti aku letak gambar lama masjid ni.
1 comment:
1/4 ekar ....lebih kurang 3/4 padang bolosepok aje.
Post a Comment