Wednesday, August 9, 2017

Menuju masjid Al Aqsa...

Selesai solat, kami menuju ke Masjid Al Aqsa. Kami ingin solat Maghrib dan Isya' disana. Kali ini kami memang teruja.

Didalam bas, semasa melalui terowong, Mr. Nedal menyuruh kami memandang ke sebelah kiri. Apabila bas keluar sahaja dari terowong, mata kami terus nampak kompleks Al Aqsa. Kubah emas kelihatan lebih ketara.

Mr. Nedal menjerit Takbir!!!... dan kami semua 1 bas menyahut ALLAHUAKBAR!!!. Gema takbir bergegar 3 kali dalam bas. Buat kali pertama kami melihat Masjid Al Aqsa... LIVE!!!
signboard
Kami berjalan menuju ke gate

Kami berkumpul di gate menunggu Jemaah lain.
Selepas berkumpul di gate, kami menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang.
 
kubah emas dari jauh... kami berjalan ke sini
Selepas mengambil wuduk, kami bergerak menuju ke dataran Masjid Al Aqsa. Dari jauh telah kelihatan kubah emas.

gambar blur sebab teruja dan menggigil sejuk
Alhamdulillah

Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah telah bersabda:

“Jangan bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke 3 Masjid ini; Masjidil Haram, Masjid ar-Rasul (Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.

Thursday, August 3, 2017

Singgah di Masjid & Maqam Nabi Musa...

Selepas mengalas perut, kami singgah di Masjid & Maqam Nabi Musa untuk sembahyang jamak.




Disini ada maqam Nabi Musa.

Perkarangan masjid Nabi Musa

ada sekor unta tertambat di pokok

Maqam Nabi Musa
Di sini kami habiskan masa kira2 sejam sebelum meneruskan perjalanan ke Masjidil Aqsa




Wednesday, August 2, 2017

Lunch di Jericho, the Old city...

Selepas selesai segala urusan di sempadan, kami menuju ke Jericho untuk lunch. Sepanjang perjalanan hati terasa teruja walaupun badan letih. Teruja sebab tak sangka dapat masuk ke Palestin. Sebelum ni hanya dengar cerita dalam tv sahaja.
Kami makan di Temtation restaurant

Kami amat lapar


Saya makan ini sahaja
Restoren ini terletak di Old City. Menurut Mr. Nidal, Bandar ini merupakan Bandar tertua di dunia. Selepas makan, kami bersiar2 sebentar sekitar restoren.
Jericho, The Oldest City of the World


Bangunan Restoren

Sini ada juga seekor unta untuk bergambar hehehe...


Tuesday, August 1, 2017

Masuk Palestin...

Selepas sarapan di hotel, kami meneruskan perjalanan ke sempadan. Sepanjang perjalanan Mr. Talal bercerita tentang Negara Jordan. Perasaan saya bercampur2... teruja, takut dan lain2. Badan juga penat dan kami belum mandi.

pemandangan sepanjang perjalanan ke sempadan

rumah atas bukiit
Sebelum masuk ke sempadan, rombongan kami singgah di sebuah kedai cenderamata untuk meletakkan beg besar. Kami hanya masuk Palestin membawa beg hand luggage yang kecil.


boleh beli cenderamata waktu balik nanti


Dalam kedai cenderamata
Kami berada disini kira2 setengah jam. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke sempadan. Kira2 2 km dari sempadan bas kami singgah di satu kompleks imigresen Jordan. Disini 5 orang diantara kami telah dipilih untuk masuk dalam satu bangunan. Yang lain hanya duduk dalam bas.


Dari kedai cenderamata kami tak boleh lagi mengambil gambar. Mutawif dan Mr. Talal telah memaklumkan kepada kami supaya tidak mengambil gambar sehingga masuk ke dalam Palestin.

Bas kami sampai di sempadan (King Hussien Bridge, Allenby). Banyak bas beratur untuk melintasi sempadan. Disini imigresen dikawal oleh Israel. Ada system lampu isyarat untuk bas bergerak satu persatu. Diatas bukit sebelah kanan kami sudah kelihatan satu post pengawal Israel.


Setelah bas melintasi check point pertama ini, bas terus menuju ke bangunan imigresen Israel. Disini kami semua turun dari bas bersama barang2. Mr. Talal akan balik semula ke Jordan menaiki bas. Tinggallah kami bersama Mutawif Andalusia.


Kami register di kaunter pertama. Disini kami mengihtiharkan berapa beg ingin dibawa masuk.  Di passport kita akan ditepek sticker putih.


Kemudian kami beratur ke kaunter seterusnya (masih diluar bangunan). Serahan passport dibuat dan passport akan ditepek dengan sticker kaler kuning.


Setelah selesai, baru lah kami masuk kedalam bangunan dan kami diperiksa lebih detail. Kena tanggal kasut, tali pinggang, jaket, jam, cincin dll. Pemeriksaan seperti di airport. Disini ada beberapa Jemaah kami yang ditahan untuk pemeriksaan lanjut.


Lepas yang ni baru lah kami beratur di kaunter seterusnya. Disini mereka akan periksa passport kita dan bagi satu permit (kaler biru. Sini rombongan kami telah ditahan hamper 2 jam tanpa ada apa2 alasan sedangkan rombongan kami telah mendapat kelulusan untuk masuk.


Muwatif meneruskan rundingan dengan pihak imegresen Israel. Setelah Berjaya, kami melalui 2 lagi check point/kaunter yang mudah urusannya... hanya scan sahaja.


Total semua urusan dari turun bas hingga lah naik bas di Palestin semua sekali adalah 4 jam. Alhamdulillah semua rombongan kami lepas untuk masuk ke Palestin. Disini kami disambut oleh Mr. Nedal Abdo guide Palestin kami.