Thursday, December 31, 2009

Selamat Tahun Baru...

Assalamualaikum...

Esok masuk lah tahun baru iaitu tahun 2010. Bertambah lagi umur setahun. Malam ni ramai la pakat2 terjerit ramai2 countdown. Pastu melompat2 sambil tengok mercun dan bunga api.

Tahun 2010 merupakan tahun yang aku tunggu2 juga sebab nanti ada piala dunia. Sudah semestinya aku sokong England (nak sokong Malaysia tapi Malaysia tak layak). Pastu harap2 team Newcastle will get promote to Barclays Premier League.

Ok la. Selamat tahun baru kepada semua.

Friday, December 18, 2009

YB pun ponteng...

Assalamualaikum...

Baru2 ni parlimen Malaysia nak mengundi untuk meluluskan Bajet 2010. Malangnya pihak kerajaan hampir tewas kerana ramai ahli parlimen kerajaan BN tak hadir ke Parlimen.

BN hanya mendapat majoriti 3 undi sahaja sahaja dimana 66 menyokong Bajet 2010 manakala 63 menentang (Ahli Parlimen pembangkang).

Datuk seri Najib dan Timbalannya terpaksa bergegas ke Parlimen untuk membuang undi pada pukul 11.15 malam Isnin lalu bagi meluluskan bajet tersebut. Seramai 74 ahli parlimen BN tidak hadir di Dewan rakyat ketika bacaan kali ketiga Bajet 2010 untuk kelulusan.

Kehadiran ahli parlimen BN hanya 66 orang daripada 137 anggota (48%) berbanding kehadiran 63 anggota pembangkang daripada 82 anggota (77%).

Entah lah awokme ahli parlimen. Kalo student koi tok datang ke kelas banyok kali, koi bar je dari masuk exam. Awokme takpe la, gaji awokme besor2. Bajet 2010 untuk rakyat ni pun awok tak serius. Padan la awok hampir kaloh dulu... Bagi koi bajet merupakan perkara besar.

Thursday, December 17, 2009

Salam Maal Hijrah...

Assalamualaikum...

Selamat menyambut Maal Hijrah kepada semua. Semoga semua berhijrah ke arah kebaikan.

Monday, December 14, 2009

Retreat...

Assalamualaikum...

Minggu lepas jabatan koi buat retreat kat Hotel Emperor Melaka. Pergi pagi jumaat. Pas jumaat je terus retreat start. Penceramahnya ialah Adjunt Professor dari UiTM, Prof. Dr. faridah Hassan.

Kami di ajar cara2 membuat research. Malam lepas maghrib, kami teruskan aktiviti berjalan ke Jonker Street. Macam2 barang ada jual disitu.

Hari sabtu retreat diteruskan hingga tengahari. Pas check out kami lunch dan terus ke Dataran Pahlawan untuk mencari belacan, cencaluk dan lain2 lagi. Dalam kul 4.30 petang barulah kami bertolak ke Muadzam.

Alhamdulillah, baru la nampak sikit jalan bagaimana cara nak buat research. Target koi tahun depan koi nok siapkan sekurang2nya 1 research, insyaAllah.

Thursday, December 10, 2009

Kelas kul 5...

Assalamualaikum...

Semester ni koi ada kelas kul 5 petang sampai kul 8 malam. Hari rabu. Maknanya lambatla sampai ke rumah.

Dah 2 minggu kelas berjalan. Minggu pertama balik dalam kul 7 lebih sebab kelas abiskan awal sikit. Masa ni Kak Ina and Emi ada tumpang sekali. Tak lah boring sangat.

Semalam plak kelas kedua. Kali ni balik sorang je. Kelas koi abiskan dalam kul 645. Pastu rilek kejap kot2 ada student nak jumpa. Dalam kul 7 baru bertolak balik drive sorang2. Kul 8 lebih sampai di rumah.

Kali ni malas nak carik and tukar ke slot2 awal sebab tak lah lewat sangat sampai rumah. Kalau kena kelas kul 8 malam hingga 11 malam barulah nak tukar ke slot siang.

Kalau drive dari Muadzam ke Kuantan kul 7 memang banyak lagi kenderaan. Pernah sekali dulu balik kul 930 malam ke Kuantan. Masa tu dah sunyi dah.

Friday, December 4, 2009

Sekitar majlis Korban Pangsenam...

Assalamualaikum...

Dah seminggu dah raya korban. Ni ada beberapa keping gambor sekitar majlis korban di Mesjid Kg. Pangsenam Jumaat lepas.

Ada seekor kambing dan 5 ekor kerbau (sekor terlepas) akan dikorbankan.

Kerbau telah diikat di tempat sembelihan. Akan disumpit dulu ngan air supaya lumpur dapat dibersihkan.

Dah bersih dah... tunggu untuk disembelih... Kat ujung sana nampok kambing koi sedang disembelih.

Antara hadirin yang memeriahkan majlis korban. Tak kira tua atau muda semua hadir untuk sama-sama melaksanakan ibadah ini.

Ni team lapah dan timbang...

Ni team memasak daging korban untuk di makan... Tok Empat Pangsenam memberikan sedikit ucapan sebelum daging korban diagihkan.Semoga majlis diberkati dan tahun depan lebih meriah lagi. InsyaAllah...

Monday, November 30, 2009

Korban Koi...

Assalamualaikum...

Tahun ni koi korban kambing kat Pangsenam. Majlis dibuat di Mesjid Kg. Pangsenam. Koi tak dapat hadir sebab koi beraya kat Pekan. Kambing korban pun koi tengok dalam gambor je.

Ni kambing korban koi. Corak negeri Pahang, hitam putih. Dah ditambat di tempat sembelihan.
Aki da Mat jadi tukang sembelih. Alhamdulillah selamat belaka.

Tuesday, November 17, 2009

Kelas 1.13 Matrik UUM...

Assalamualaikum...Ni gambar kenangan masa matrik UUM dulu. Tahun 1998. Dah lebih 10 tahun dah. Mana lah kawan2 ni sekarang... Duk tengah tu cikgu Sharimah. Mana dia sekarang?

Setahu aku, ada yang jadi cikgu (Wani), jadi lecturer UUM (Nik , Ali), tokoh korporat (Bon), KEMAS (PakKu), COO Kolej Shahputra (CokDang) dan yang lain aku tak tau buat apa...

Alfatihah juga untuk arwah Mat Noor Ibthar (Berdiri tengah kiri sekali) yang telah meninggal dunia.

Thursday, November 12, 2009

Langkawi...

Assalamualaikum...

Minggu lepas ke Langkawi (7hb - 10hb) sempena dengan Graduation nite student final year. Letih masih terasa. Ada la beli barang sikit2...

Tuesday, October 27, 2009

Poncit...

Assalamualaikum...

Minggu lepas hari rabu tayar kereta koi pancit kat simpang Pekan. Mula2 kat depan balai Polis Paloh Hinai tayar kereta meletup. Koi bawak je kereta sampaila lepas jambatan sungai pahang.

Tayar dah totally flat, takde angin langsung. Koi keluarkan tayar spare dan mulalah jek kereta. Dalam setengah jam selesailah sesi menukar tayar. Nasib baik tayar spare ok n ada angin. Kalo tak, tak tau la nak buat apa. Zue n the gang dah lepas ke depan. Diorg tolong carik kedai tayar kot2 koi tak dapat tukar tayar. Koi singgah gak kedai tayar tu pas selesai tukar tayar. Tokei tu kabo tayar koi ni dah takleh tampal dah. Pecah panjang sejengkal. Terima kasih pada zue n the gang.

Dalam masa tukor tayar tu ada juga lecturer lain yang nampak koi bertungkus lumus. Dia kol tanya masalah. Koi kata ok je, boleh selesai. Terima kasih pada dia (Inaliah).

Lambat gak la sampai umah hari tu. Dalam 730 malam baru sampai. Tangan melekit dengan minyak, hitam. Moralnya kat sini ialah pastikan tayar spare sentiasa molek n ada angin. Pastu, jek pastikan ada dalam kete.

Wednesday, October 21, 2009

Apa khabar orang seberang...?

Assalamualaikum...

Ni ada beberapa keping gambar yang melambangkan ketidakpuasan hati sebilangan rakyat Indonesia terhadap Malaysia. Blog ni tak berniat untuk mengapi2kan keadaan dan membuat provokasi.

Atas dasar rakyat Malaysia yang cintakan negara dan mempunyai jati diri, secara peribadi saya rasa cukup tersinggung dengan perbuatan mereka.

Jantung saya berdegup kencang bila melihat jalur gemilang dibakar. Perasaan marah meluap2 tapi saya masih boleh berfikir dengan waras dan masih boleh lagi menyiapkan carrymark dengan tenang.

Maling bermakna pencuri. Malaysia dilambangkan seperti babi. Apa yang saya boleh kata kepada mereka ialah "Visit lah Malaysia untuk berkerja".

Secara peribadi saya buat kesimpulan mengapa mereka jadi begitu adalah kerana mereka dengki kepada kita atas dasar kita lebih maju, moden dan cerdik dari mereka dalam kebanyakkan bidang.

Janganlah kita bertindak seperti mereka. Gunakanlah akal fikiran dan sentiasalah belajar untuk memajukan diri dan negara kita yang tercinta.

Ambiklah contoh kisah Nabi kita yang memberi makan kepada orang yang selalu menghina baginda. Ingatlah, Allah maha adil kepada hambaNya. Semoga Allah memberi kesedaran kepada mereka.

Monday, October 19, 2009

Dah hampir 1 semester...

Assalamualaikum...

Rupa-rupanya dah hampir habis 1 semester koi kat sini. Kelas dah pun habis. Sekarang tengah sibuk menanda kertas kuiz, assignment dan tugasan. Seperti selalunya, koi suka guna pen merah Papermate Kilometrico untuk menanda. Terasa licin dan lancar. Dakwatnya pun terang. Harganya pulok muroh (koi dapat free je majikan bagi).

Selepas ni akan key in carrymark pulok. Pastu bermula minggu depan akan jaga exam pulok. Jadual jaga exam mungkin hari ni tahu. Pastu, bila paper koi dah exam, koi kena tanda la pulok guna pen Kilometrico tadi. Dah siap baru lah selesai gred pelajar koi.

Rasanya sama je tugas2 ni dengan di tempat kije lama cuma subjek je baru.

Sekarang koi masih lagi berulang dari Kuantan. Tido sini baru je 2 - 3 kali. Tapi koi tak tido di rumah yang diberi, koi numpang tido umah suki. Balik tengah malam ke Kuantan ada la sekali je. Rasanya, dah biasa dah berulang. Nak kira letih, jogging lagi letih.

Rupanya dah hampir 1 semester koi disini ye... hmmm... terasa baru je lagi...

Thursday, October 8, 2009

Jamuan Raya JPEU...

Assalamualaikum...

Semalam jabatan koi (Jabatan Pemasaran dan Pembangunan Usahawan) buat majlis hari raya. Kecil-kecilan je. Buat dekat koridor depan bilik pensyarah. Tetamu jemputan ialah student program bawah jabatan koi dan para pensyarah di sekitar bangunan ni. Menu dibawa oleh pensyarah jabatan koi, ada la 6-7 orang. Koi bawok kek blueberry (homemade).
Ni la suasana meriah semalam. Bajet untuk 100 orang. Lokasi ni betul2 depan bilik Ja. Yang ada bendera tu bilik ja lah tu.
Ni antara menunya; roti jala, rendang dan gulai. Menu lain ialah nasi goreng, ayam goreng, kek, ketupat, murtabak, kuih raya, tapai, kopok dan lagu raya dari bilik Ja.

Para pensyarah kami 'sumbatkan' ke dalam bilik Ja. Kiranya bilik Ja ni dijadikan ruang tamu lah hehehe... Student plak duduk luar. Yang duk tengah tu klihatan Ja sedang makan bersama tetamunya.

Wednesday, October 7, 2009

Terjemahan Al-Quran...

Assalamualaikum...

Gempa bumi di Padang Indonesia berlaku pada 7.6 pada skala Richter pada jam 17:16.

Surah Al-Isra' ayat 16

Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang yang hidup mewah di negeri itu (agar menaati Allah), tetapi bila mereka melakukan kedurhakaan di dalam (negeri) itu, maka sepantasnya berlakulah terhadapnya perkataan (hukuman Kami), kemudian Kami binasakan sama sekali (negeri itu). (17:16)

Gempa susulan berlaku pada pukul 17:58

Surah Al-Isra' ayat 58

Dan tidak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari Kiamat atau Kami siksa (penduduknya) dengan siksa yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam Kitab (Lauh Mahfuz). (17:58)

Allah lebih mengetahui

Wassalam...

Monday, October 5, 2009

Rumah terbuka...

Assalamualaikum...

Sekarang ni agak banyak orang buat rumah terbuka. Aku hadiri jika ada jemputan je. Semalam pergi ke rumah ustad madi. Dia buat open house. Best makanan dia. Ada sate, nasik impit, mee kongfu, air sirap (dah dibuat 4 kali), kuih muih dll.

Semasa aku pergi tu, ada la ustad man, wan emril, rosmazlan, gedik, siti masrina bersama pasangan dan anak masing2. Glamor ustad petang tu. Siap ada aktiviti bukak kunci bilik!. Apa pun terima kasih la kat ustad sekeluarga. Semoga dimurah rezeki.

Siang tadi pulok Uniten buat majlis hari raya. Makan free lagi. Macam2 ada. Ketupat, lemang, sate, nasik minyok, rendang, tapai dan pelbagai kuih muih. Fuh! Montek perut makan makanan free. Alhamdulillah...

Hari rabu pulok, jabatan aku buat majlis hari raya. Malamnya ketua jabatan aku buat open house. Ujung minggu ni ada lagi jemputan. Pendek kata banyak la aktiviti makan free. Semoga yang buat open house tu dimurahkan rezeki. Mana yang aku boleh hadir, aku akan hadirkan diri. Mana yang tak dapat tu, mintak maaf bebanyok...

Friday, October 2, 2009

Lupa...

Assalamualaikum...

Entah apa sebabnya, pagi tadi koi tertinggal kunci kete dalam kete. Bukan setakat kunci kete, kunci bilik pun tertinggal dalam kete. Kete plak berkunci.

Lepas matikan enjin kete, koi terlupa nok ambik kunci kete. Terus koi keluar dan ambik beg lalu terus tutup pintu kete. Kete koi ni kunci secara manual sebab alarm dah rosak. Alamak, camne nak buat ni?

Kunci bilik takpelah sebab ada kunci pendua kat office tapi kunci kete pendua ada kat Kuantan. Takkan nak balik Kuantan plak semata2 nak ambik kunci kete. So, lepas letak beg dalam bilik, koi pun berkira2 nak bukak kete.

Head of department ada cara mudah, dia suh pakai pasu je pecahkan cermin!. Kalo gitu baik balik Kuantan ambik kunci pendua. Koi try guna kaedah En. Hashim. Dia bagi tau koi cara nok bukak lock kete tu. Tak sampai pun 15 saat dia bg tutorial ke koi.

Dengan berbekalkan sebatang pembaris panjang, koi menuju ke kereta koi. Dengan ilmu yang dicurah oleh en. Hashim tadi, koi pun tarik la sikit getah kat cermin belah pemandu. Koi masukkan pembaris panjang tadi kat celah tu. Lalu, koi gode2 pembaris tu. Tak sampai pun seminit koi gode, lock kereta pun terbuka. Laaa... mudoh ngat. Alhamdulillah...

Satu persoalan yang timbul di fikiran koi ialah kenapa mudoh ngat nok bukak kunci kete tu? Pengeluar kete tau ke tentang kelemahan kete yang dikeluarkan? Mudoh la orang nok curi kete rupanya. Barang berharga seperti notebook, handphone or camera tokleh letak dalam kete la. Sebabnya koi yang amatur ni, hanya terima tutorial tak sampai seminit cara2 bukak pintu kete, terus berjaya membuka pintu kete dengan sekali cubaan. Inikan pulok pencuri profesional...

Moralnya kat sini, jangan tinggal kunci kete dalam kete...

Wednesday, September 30, 2009

Pagi raya di Mesjid Pangsenam...

Assalamualaikum...

Raya baru2 ni kat Masjid Pangsenam sembahyang sunat aidilfitri dilakukan dalam pukul 9 lebih. Selesai sembahyang ngan khutbah dalam kul 10.

Orang dah start keluar pas semayang

Mula2 biasalah, jemaah akan bertakbir ramai2. Berbagai2 rentak dan alunan kedengaran dibawa oleh para hadirin yang mengetuai takbir secara bergilir2.

Kemudian, pengerusi mesjid, Tuan haji Abd. Hamid memberikan ucapan dan selepas itu Tok imam Haji Mat memberikan panduan tentang sembahyang raya.

Pastu barulah sembahyang sunat aidilfitri dilakukan. Pas sembahyang, khutbah hari raya dibaca oleh tok Khatib pulok. Isinya, biasalah tentang kesyukuran meraikan hari raya aidilfitri.

Pas habis je khutbah, jemaah pun bersalam-salaman dan beredar dari masjid. Namun begitu, aktiviti masjid diteruskan dengan tahlil pulok. Bebudok la suka sekali sebab masa ni duit tahlil akan di agihkan.

Setelasai selesai semua aktiviti di mesjid, barulah jemaah beredar membuat aktiviti masing2. Selalunya di Pangsenam ni penduduknya akan ke kubur dan menziarahi jiran tetangga.

Saya seperti biasa bersama keluarga akan ke rumah Wan, ayah De Wahab, aki de dan wan teh. Pastu barulah duduk kat rumah menunggu tetamu dari tengahari sampai ke malam.

Tahun ni beratus gak duit raya abis sebab hajat sempena berkerja di tempat baru (walaupun staff baru tak dapat duit raya... insyaAllah tahun depan merasa duit raya).

Sunday, September 13, 2009

Pemain Muslim...

Assalamualaikum...

Selalu tengok live bola hujung minggu? Tak kira la liga Inggeris atau Sepanyol atau Itali mahupun German. Kalau kita perasan, ada sesetengah nama pemain macam nama orang Islam. So, ni ada sedikit senarai nama pemain dan jurulatih terkenal yang beragama Islam.

Pemain/jurulatih muslim:

  • Zinedine Yazid Zidane (Juventus dan Real Madrid)
  • Karem Benzema (Real Madrid)
  • Abou Diaby (Arsenal)
  • Zlatan Ibrahimovic (Barcelona)
  • Kolo Habib Touré (Manchester City)
  • Yaya Toure (Barcelona)
  • Robin Van Persie (Arsenal)
  • Bakari Sagna (Arsenal)
  • Nicholas anelka (Chelsea).
  • Mohammed “Momo” Sissoko (Juventus)
  • Ahmed Mido Hossam (Boro)
  • Hossam Ghaly (Totteham Hotspurs)
  • Franck “Bilal” Riberry (Bayern Munich)
  • Hamit Antiltop (Bayern Munich)
  • Halil Antiltop (Shalke 04)
  • Frederik Kanoute (Sevilla)
  • Mahamaddou Diarra (Real Madrid)
  • Eric Abidal (Barcelona)
  • Nuri Sahin (Feyenoord Rotterdam)
  • Sulley Ali Muntari (Inter)
  • Hassan Salihamidzic (Juventus)
  • Khalid Boulahrouz (Sevilla)
  • Salomon Kalou (Chelsea)
  • El-Hadji Diouf (Blackburn)
  • Diomanssy Kamara (Fulham)
  • Mohammed Kallon (Al-Ittihad, Inter dan Monaco)
  • Rami Shaaban (ex-Arsenal)
  • Stephen Appiah.
  • Mehmet Scholl (Bayern Munich)
  • Lee Won Jae (Suwon)
  • Phillipe Troussier (Bekas Jurulatih Jepun)
  • Bruno Metsu (Bekas jurulatih Senegal)
Namun begitu, ada sesetengah dari mereka tidak menjadi role model sebagai seorang muslim. Ada yang bertatu dan minum arak.

Saturday, September 12, 2009

Pasar Ramadhan...

Assalamualaikum...

Pernah pergi ke pasar ramadhan? Pasar yang menjual makanan untuk berbuka puasa. Ada jual air tebu, ayam golek, nasi beriani, murtabak dan lain lagi. Kalau kat Kuantan ni pasar ramadhan yang popular adalah dekat stadium dan masjid negeri. Kat sebelah masjid negeri ni ada padang MPK. Selalunya ramai orang berbuka kat sini, di tengah padang. Macam orang berkelah je.

Kebab... sekadar hiasan

Kesesakan memang tak dapat lari dari pasar ramadhan. Mula dengan kawasan parking hinggalah ke kawasan pasar ramadhan tu sendiri. Walaupun sesak, janganlah kita sampai tak menghormati orang lain. Jangan ingat hanya kita sahaja yang berpuasa dan nak berbuka dengan air tebu, kebab dan ayam panggang madu. Hormati juga pada orang lain yang sama2 nak membeli.

Mengikut pandangan dan pengalaman saya, segelintir orang kita memang tak pandai menghormati orang lain. Ada yang buat muka sposen je tunggu dalam kereta dan menghalang lalulintas sambil menunggu kawannya membeli juadah. Sambil tu dia nyalakan emergency signal kononnya. Orang ni kita sifatkan sebagai seorang yang merasa gembira jika melihat orang lain susah.

Ada juga yang park kereta dia mem'block' kereta orang lain padahal ada lagi kawasan parking lain tapi jauh sikit je dari pasar ramadhan. Orang ni kita boleh katakan sebagai lembu yang memakai topeng manusia.

Ini belum kita lihat dalam pasar ramadhan tu sendiri. Ada tu siap 'miting' lagi ditengah2 orang berpusu2 tu sambil bergelak ketawa. Yang suka brek emergency jangan cerita lah... cukup ramai. Yang tak beratur pun ramai juga. Aduh! cukup menguji kesabaran betul bila ke pasar ramadhan ni.

Itu aje coretan aku untuk bulan ramadhan pada tahun ni. Selamat mencari Lailatul qadar.

Tuesday, September 8, 2009

Drama sebabak...

Assalamualaikum...

Dua minggu lepas berlaku kejadian yang tidak disangka di depan mata saya. Umpama drama swasta.

Saya dalam perjalanan ke blok AB (nak melawat Suki) merentasi parking lot. Baru je menapak keluar dari blok AA (blok saya) tiba-tiba sebuah Perodua kelisa dengan laju masuk ke parking lot dan terus brek dengan ganas.

Keluar seorang lelaki dari pintu depan belah penumpang. Gayanya macam student. Laju je dia berjalan ke kereta dia (rasanya MyVi Merah) di sudut lain parking lot.

"Cepat la!!!" tiba2 dengar jeritan dari kereta kelisa tadi. Laa... perempuan rupanya, mungkin awek lelaki ni. Jeritannya bergema di seluruh parking lot tu.

"Sabar la!!!" lelaki tu pulak menjerit sambil masuk kedalam kereta dia. Saya masih menapak sambil tu menoleh juga ke belakang kot dapat tengok babak selanjutnya.

Mungkin sebab lama sangat menunggu dalam kereta, awek ni keluar dari kereta dan berlari ke kereta lelaki ni. Lelaki ni mungkin mengunci pintu kereta dia sebab awek dia mengetuk2 tingkap sambil terjerit2.

Saya dah sampai di blok AB, cepat2 naik tangga dan terus melepak kat koridor sebab nak tengok babak seterusnya. Masa tu kata dalam hati, kalaulah ada kamera, boleh ambik gambo. Hehehe...

Rupa2nya masa saya naik tangga tadi, awek ni dah berlari ke kereta dia. Mengaum bunyi enjin kereta dia masa dia memecut kereta dia ke depan kereta lelaki tadi. Ingatkan nak langgar kereta lelaki ni. Nasib baik tak. Dia parking depan kereta lelaki ni je bagi menghalang kereta lelaki ni dari bergerak.

Lagi sekali awek ni keluar dari kereta dia dan menghentak2 enjin kerata lelaki ni sambil terjerit2. Betul2 macam drama swasta. Saya masih lagi memerhati dengan khusyuk. Terpaksa tangguh dulu perjalanan ke bilik suki ni. Ye lah kan, kalau apa2 terjadi, mungkin saya boleh jadi saksi.

Tiba2 awek ni meluru berlari ke kereta dia. Rupa2nya lelaki ni nak keluar dari kereta dia. Dan yang ni saya rasa kemuncak bagi drama ni sebab lelaki ni buat flying kick ke pintu kereta awek ni. Kemek kat pintu kete tu.

Lepas keretanya kena flying kick, terus awek ni memecut meninggalkan tempat kejadian. Di follow juga oleh lelaki ni dengan ketenya. Pastu saya tak tau apa yang berlaku seterusnya...

Itulah drama berbabak-babak yang berlaku didepan mata saya 2 minggu lepas sebelum puasa. Sebijik macam drama swasta.

Moralnya kat sini ialah kalau marah kat orang, jangan terajang kereta yang tak bersalah. Hehehe...

Wednesday, September 2, 2009

Kesian dia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Lelaki ni bernama Lal Mohamed. Dia rakyat Afghanistan. Beliau merupakan seorang petani yang berumur 40 tahun. Beragama Islam. Sudah beristeri dan mempunyai beberapa orang anak. Kenapa saya buat posting tentang dia?

Semalam saya ada baca suratkhabar tentang dia. Beliau telah menjadi mangsa kepada pejuang Taliban kerana keluar mengundi. Telinga dan hidung beliau telah dipotong oleh Taliban. Dalam berita di TV malam semalam ada ditunjukkan keadaan hidung dan telinga beliau... Ya Allah, kesian kat dia. Kejam sungguh Taliban ni. Buat malu orang Islam je.

Setahu saya, dalam Islam, semasa peperangan pun ada adab-adabnya (nanti Ustad Madi cerita tentang adab2 perang... boleh rujuk kat blog dia nanti). Yang si Taliban ni pergi kerat hidung dan telinga Lal Mohamed ni buat apa? Tu bukan berjuang cara Islam namanya. Harapkan serban je besar!

Wednesday, August 26, 2009

MC...

Assalamualaikum...

Semalam MC. Duduk berehat kat rumah je. Kalau tak, kul 630 pagi dah drive ke Muadz. MC sebab gastrik. Bulan ni je dah 2 kali mc sebab masalah yang sama. Doktor cakap mungkin kat kilang gastrik tu dah luka sikit. Tu sebab rasa nyucuk2 kat ulu ati.

Tapi setakat ni pose tak tinggal la. Masih gagah untuk berpuasa. Doktor kabo, kalau muntah, memang kena la berbuka. Harap2 dapat meneruskan pose sampai habis.

Makan dah kena pantang. Neskepi n kopi harus dielakkan. Makan pedas2 dan berminyak pun dikurangkan. Nampaknya hilang dah sikit nikmat dunia. Kena kawal pemakanan... kalo tak, tahun depan tak dapat la pose habis...

Ok. Selamat berpuasa dan bertarawih semua. Semoga dapat melipat gandakan amal ibadat.

Tuesday, August 18, 2009

Masuk 'ICU'...

Assalamualaikum...

Sejak akhir2 ni selalu balik lambat. Dekat nak maghrib baru sampai di rumah. Bila sampai, tak dan dah nok siram pokok bunga yang ada kat rumah. Kadang2 tu sempat malam je nyiram. Tu pun tak menyeluruh dan ikut sukatan siraman.
Banyak pokok yang hampir mati dan layu. Hari ahad baru2 ni sempatlah susun semula pokok bunga ni ke tempat yang terbuka supaya kadang2 ia akan dapat air hujan dan juga tempat yang mudah untuk disiram (dekat ngan paip air). Pokok kat atas ni nak mati dah.
Tengok kat atas ni... pokok nak mati dah. Atur semula kat tempat yang mudah nak siram.

Ada juga letak kat depan rumah supaya kena hujan. Nak tak nak je pokok bunga kertas tu berbunga... Semua pokok bunga sekarang masuk ICU, nak di jaga semula.

Sunday, August 16, 2009

Dokong...

Assalamualaikum...

Baru balik dari kampung. Buah dokong dah banyak keluarkan hasil sekarang, alhamdulillah. Walaupun tak semua yang berbuah atas faktor usia pokok yang masih muda tetapi yang sedang berbuah sekarang amatlah lebat. Rasanya pun manis.

Sekarang belum mau jual lagi. Nak bagi orang rasa dulu. Dengar citer kat KL buah ni RM7 sekilo. Fuh! lumayan la kalo jual. Tengok2 pada hasil sekarang ni mau lebih 500 kilo.

Rasanya dalam 10 batang yang berbuah lebat. Rendah2 pulok tu. Boleh capai ngan tangan je.
Ni hasil sejam. Nak bawak balik ke Kuantan.

Tuesday, August 11, 2009

Hari-hari yang sunyi...

Assalamualaikum...

Hari ni masih sunyi kat blok ni. Ramai lagi bercuti. Student juga masih lagi bercuti akibat penularan virus H1N1.

Semalam koi sorang je kat department ni. Kerani kat pejabat pun takde semalam. Memang betul2 sunyi kat blok ni semalam berbanding hari ni.

Tadi pegi ke opis kejap. Tengok kat atas meja kerani tu ada 3 kotak mask. Koi pun ambik la 3 - 4 lai lagi mask untuk dipakai. Ada type yang ikat (sesuai utk wanita bertudung), ada type sangkut kat telinga (sesuai untuk lelaki hensem... koi pakai yang jenis ni) dan ada yang jenis sarung terus ke kepala (sesuai untuk lelaki dan wanita).

Kaler biru tu jenis ikat, hijau sangkut kat telinga dan putih tu sarung terus dari atas kepala.

Rupa-rupanya baru koi tau yang mask ni kita kena tukar2. Tak boleh pakai yang 1 tu je. Maknanya lepas pakai, kena buang. Pastu cara pakai plak yang bahagian kaler tu kena belah luar dan bahagian ada besi tu kena belah atas sebab kita kena penyekkan besi tu ikut kesesuaian hidung kita.

Koi rasa buat masa sekarang, mungkin untuk seminggu dua ni, semua orang harus pakai mask ni di tempat awam supaya penularan virus ni dapat dikawal. Janganlah malu-malu untuk memakainya. Koi rasa yang jadi masalahnya ialah kita takut kita sorang je yang pakai. So, marilah pakat ramai2 untuk memakainya.

Sekian. Didoakan semoga kita semua selamat...

Thursday, August 6, 2009

Ulor sawa lepar...

Assalamualaikum...
Menurut pengirim gambor ni ke koi, dia kabo ulor sawa ni ditemui di Lepar...

Wednesday, July 29, 2009

Tugas pertama...

Assalamualaikum...

Alhamdulillah bertemu kembali kita di alam blog. Syukur juga kerana koi masih diberi kekuatan dan ilham untuk menulis. Gambar kat bawah ni adal gambar salah satu cafe yang berada disini. Koi tak pernah lagi makan kat sini. Selalu makan kat luar je terutama kat Wawa Inn.

Tadi Ketua Jabatan panggil koi. Dia suh jadi jawatankuasa pemantauan cafe dan medan selera. Kira ambil alih tugas dia la pasni. Tugasnya nampak mudah tapi sukar sedikit. Kena buat kajiselidik tentang selera dan kepuasan hati pelajar terhadap semua cafe dan medan selera yang dijalankan oleh vendor2 yang dilantik. Minggu depan dah nak distribute 1st questionare.

Koi rasa perkara pemantauan ni adalah satu kaedah yang baik sebab pihak cafe seharusnya membekalkan makanan, minuman dan perkhidmatan yang menepati citarasa pembeli bukannya menepati citarasa mereka. Kalau kajian menunjukkan 80% pelajar nak pilih sendiri lauk masa membeli, so pihak cafe haruslah bagi kebebasan pada mereka untuk memilih. Ini tak, ada pulak pekerja yang tukang isi lauk... sibuk je. Kita nak kuah sikit, dia kasi kuah banjir!... tak puas hati la kita.

Ok. Adioss. Wassalam

Tuesday, July 21, 2009

Ke Muadz...

Assalamualaikum...

Dah masuk minggu ketiga berulang dari Kuantan ke Muadzam nih. Sepanjang berulang ni, dah 2 ekor tupai kena langgar dek kete aku. Sian tupai ni. Sekarang baru aku paham yang sifat tupai ni tak macam kucing atau anjing. Tupai ni macam tak lari je bila kete kita menuju kearahnya. Terlompat2 je atas jalan macam takde apa2. Tupai yang kedua dilanggar aku rasa tak mati sebab tak kena tayar. Tapi pening gak tupai tu rasanya.

Pagi2 pulok, mesti banyok burung tiong ni main atas jalan tapi takde lagi yang kena langgar. Gamoknya burung ni nak mengambil kehangatan tar kot. Maklumlah pagi2 tu sejuk.

Itu saje entry hari ini. Esok ada kursus induksi pulok. Sampai ke malam la.

Wednesday, July 15, 2009

Jubli Perak: Tahniah SMKA TAHAP...

Assalamualaikum...

Tahniah kepada sekoloh aku kerana menyambut Jubli Perak semalam kat Jerantut. Aku tak dapat hadir. Baca berita je dalam paper. Ni petikan berita hari ini dalam Kosmo!
Sultan Ahmad Shah menatap gambar Allahyarhamah isteri baginda, Tengku Ampuan Afzan pada sambutan jubli perak SMKA TAHAP di Jerantut semalam
Sultan Ahmad Shah Terkenang Tengku Afzan

JERANTUT - Sultan Pahang Sultan Ahmad Shah tidak dapat menahan kesedihan baginda ketika bertitah merasmikan sambutan Jubli Perak Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Tengku Ampuan Hajjah Afzan Pahang (SMKA TAHAP) di sini semalam.

Baginda mula kelihatan sebak sebaik saja bertitah mengenai nama sekolah berkenaan yang diambil sempena nama Allahyarhamah isteri baginda, Tengku Afzan Tengku Panglima Perang Muhammad.


"Seribu makna buat saya sebab sekolah ini mengambil nama sempena nama Tengku Ampuan Afzan, isteri saya yang dikasihi," titah baginda.


Sebaik saja menitahkan ayat tersebut, Sultan Ahmad Shah berhenti seketika dan mendiamkan diri sambil menundukkan kepalanya sebelum kedengaran esakan kecil disusuli dengan genangan air mata di kelopak mata baginda.


Keadaan itu berlarutan lebih kurang seminit, menyebabkan hadirin dalam dewan sekolah turut hiba seolah-olah memahami kerinduan baginda kepada Allahyarhamah isterinya yang mangkat pada tahun 1988 itu. - Bernama

sumber: Kosmo!

Tuesday, July 14, 2009

Masuk kelas...

Assalamualaikum...

gambar sekadar hiasan (takde kena mengena langsung dengan individu atau aset Uniten dan ShahPutra)

Minggu ni dah start ngajo. Kat sini kelas sekali je seminggu bagi setiap section. Maknanya jumpa budok2 ni sekali je seminggu. Kalo kita kensel kelas alamatnya minggu depan la jumpa semula budok2 ni. Kalo kensel berganti takpelah. Sekali kelas 3 jam. Mau rabak kerongkong kalo bercakap je berterus-terusan. Kalo spesis Mami Jarum cam dalam citer Prof Madya Razak Muhyidin tu takpelah... 24jam pun boleh bercakap.

Nampaknya aku kena buat banyak latihan or tutorial la bagi memenuhi masa 3 jam tu.

Oh! ya... ni ada blog baru http://barudanlama.blogspot.com . Kalo nak beli barang dari UK boleh tempah ngan dia. Pakat2 la beli n kongsi2 bayar kos penghantaran.

Monday, July 13, 2009

Bosan di ganggu...

Assalamualaikum...

sekadar hiasan

Tadi ada jurujual kereta area Muadz ni telefon. Tanya lagi ke aku ni nak kete apa. Bosan sungguh. Ingatkan student yang telefon. Yang tak tahannya dia ni mendesak, siap paksa lagi jual kete aku ni pada dia. Kalo esok dia tepon lagi, kena maki hamun la jawabnya. Apa, dia ingat bila kije baru, kete pun kena baru?

Sebenarnya kisah ni bermula minggu lepas. Dia datang ke sini dan jumpa kebanyakkan staff baru untuk dijual kereta. Menurut Suki n Ja, dia ni memang muka tak malu, kalis maki hamun dan macam2 lagi kalis. Ramai juga lah yang dah beli (terbeli) kete ngan dia. Dia ni memang bebas sangat keluar masuk. Sampai kadang2 tu dalam kelas kita pun dia masuk. Nasib baik la minggu lepas aku sempat pass dia ni ke McZue... selamat aku. Aku terus lari nyorok dalam bilik.

Tuesday, July 7, 2009

Seminggu dah...

Assalamualaikum...

duk termenung dalam bilik tunggu nak balik

Hari ni seminggu dah berada disini. Masih lagi dalam keadaan menyesuaikan diri dengan tempat dan suasana yang serba serbi baru.

Hari pertama minggu lepas dipenuhi dengan acara berjumpa dengan orang2 kuat Uniten. Mula2 miting ngan TNC, pastu dengan dekan ngan timbalan dekan. Masa miting ngan TNC ni ada la kaum kerabat yang masuk lambat. Tak pasal2 je kena sound dek dekan. Last sekali barulah jumpa dengan Ketua Jabatan. Masa jumpa ngan Ketua Jabatan ni barulah dapat tau subjek yang akan di ajar. Pastu sibuk plak ke office amik stationaries.

Hari kedua pula lebih kepada sambungan aktiviti hari pertama yang tergendala. Technician datang ke bilik utk setup pc dan email. Aku pulak masih lagi termangu2 tak tau nak buat apa lagi.

Hari ketiga pula aktiviti bersama dengan student baru. Setiap Ketua jabatan akan perkenalkan lecturer dibawah jagaan masing2 sorang2. Rasa kerdil je bersama2 dengan semua ahli akademik di Uniten Muadz ni.

Tu lah serba ringkas aktiviti aku 3 hari pada minggu lepas. Minggu ni dah start masuk kelas tapi aku belum mengajar lagi. Just distribute the course outline to students. Terangkan serba sedikit tentang subjek dll.

Secara ringkasnya, aku masih lagi dalam keadaan nak sesuaikan diri di sini. Nak sesuaikan diri dengan travel ke tempat kije, bilik peribadi yang luas, rakan sekerja yang jauh2, aktiviti buat paper dll. Harap2 dapat bertahan disini... insyaAllah.

Sunday, July 5, 2009

Jagung Mutiara...

Assalamualaikum...
Koi ada tanam pokok jagung mutiara dalam polybeg kat rumah. Tiga batang je buat permulaan ni. Dua batang untuk makan dan satu batang untuk buat benih. Ingat nanti benih ni nak bagi sikit kat Ustaz Madi suh dia tanam kat kebun dia.

Jagung mutiara ni lain sikit pesennya. Isi dia campur2, ada kuning dan putih. Rasa dia lazat. Polybeg ni ambik kat Jabatan Pertanian Paya Besar. Free je sekali ngan tanah. Ambik ngan Ustaz Madi dulu.

Kalau tak di serang dek kera yang banyak kat umah ni, mungkin dapatlah nanti menuai hasil, insyaAllah...

Tuesday, June 30, 2009

Last day kije di ShahPutra...

Assalamualaikum...
Kamera: Canon PowerShot A400 3.2 mega pixels
Style: Senget
Lokasi: Tempat punch card
Jurukamera Profesional: SeeU

Please comment... hehehe

Hari ni last day kije di Shahputra. Terima kasih kepada semua BOD, Pengarah, Pengurus, Pensyarah dan kakitangan di Kolej ShahPutra atas segala kerjasama selama 8 tahun ni. Segala kesalahan, salah dan silap, saya mohon maaf.

Group assignment...

Assalamualaikum...
Tengok kat gambar atas ni. Gaya tak muka aku? Hehehehe... Karikatur ni dilukis oleh kartunis Halia. Halia ni belajar kat UUM. Masa ni kami 4 orang kena buat group assignment carik tokoh kreatif. Kami pilih Halia utk tokoh kajian kami. Gambo ni aku amik kat facebook Fakhrol. Dia scan... Assignment ni ada pada aku lagi, aku simpan.

Monday, June 29, 2009

Kemas barang...

Assalamualaikum...

Petang tadi angkut la barang yang telah diletak dalam kotak. Nak bawak balik ke rumah. Ada la 8 kotak semuanya. File pulak ada la dalam 10 unit. Jenuh jugek turun naik tangga bawak kotak2 ni. Ada la sikit lagi barang tinggal untuk angkut hari esok.

Ni kotak kat bawah meja. Ada la barang peribadi sikit. Gambar kat bawah pulak kotak2 isi assignment student. Kebanyakkannya assignment business plan je.

Esok merupakan last day kerja kat ShahPutra. Pasni berubah angin mencari rezeki kat Uniten pulok. Rasa berat juga nak meninggalkan ShahPutra ni sebab dah 8 tahun kat sini...

Tuesday, June 23, 2009

Satelit MEASAT-3a

Alhamdulillah, semalam 22.06.2009 jam 5.50 pagi, satelit komunikasi ketiga malaysia iaitu Measat-3a telah berjaya dilancarkan. Ianya adalah untuk menggantikan Measat-1 dan Measat-2 yang akan tamat orbitnya pada tahun 2015. Tempat pelancaran adalah di BAIKONUR, Kazakhstan iaitu tempat yang sama semasa pelancaran roket ke bulan yang dinaiki oleh Yury Gagarin.
Apa kaitan dengan aktiviti harian kita?

Anda semua menggunakannya setiap hari tanpa disedari . Perhubungan melalui Broadband, handphone(3G) dan pelanggan Astro. Jadi inilah fungsi dibelakang tabir yang kita tidak nampak, hanya menjadi end user.

Ada satu lagi jaringan hubungan(networking) untuk kegunaan perhubungan/komunikasi.....Networking Submarine Fibre Optik seperti gambar kat bawah ni.


Kat Malaysia pun akan pakai jaringan komunikasi ni maybe September 2009....High Speed Brodband yang mana kelajuan minimun 10mb/s. Dunia di hujung jari...

Walaupun pelbagai teknologi perhubungan yang diwujudkan melalui angkasa dan bawah tanah namun masih berlaku kejadian MISS COMMUNICATION antara kita...kenapa agaknya?