Wednesday, September 30, 2009

Pagi raya di Mesjid Pangsenam...

Assalamualaikum...

Raya baru2 ni kat Masjid Pangsenam sembahyang sunat aidilfitri dilakukan dalam pukul 9 lebih. Selesai sembahyang ngan khutbah dalam kul 10.

Orang dah start keluar pas semayang

Mula2 biasalah, jemaah akan bertakbir ramai2. Berbagai2 rentak dan alunan kedengaran dibawa oleh para hadirin yang mengetuai takbir secara bergilir2.

Kemudian, pengerusi mesjid, Tuan haji Abd. Hamid memberikan ucapan dan selepas itu Tok imam Haji Mat memberikan panduan tentang sembahyang raya.

Pastu barulah sembahyang sunat aidilfitri dilakukan. Pas sembahyang, khutbah hari raya dibaca oleh tok Khatib pulok. Isinya, biasalah tentang kesyukuran meraikan hari raya aidilfitri.

Pas habis je khutbah, jemaah pun bersalam-salaman dan beredar dari masjid. Namun begitu, aktiviti masjid diteruskan dengan tahlil pulok. Bebudok la suka sekali sebab masa ni duit tahlil akan di agihkan.

Setelasai selesai semua aktiviti di mesjid, barulah jemaah beredar membuat aktiviti masing2. Selalunya di Pangsenam ni penduduknya akan ke kubur dan menziarahi jiran tetangga.

Saya seperti biasa bersama keluarga akan ke rumah Wan, ayah De Wahab, aki de dan wan teh. Pastu barulah duduk kat rumah menunggu tetamu dari tengahari sampai ke malam.

Tahun ni beratus gak duit raya abis sebab hajat sempena berkerja di tempat baru (walaupun staff baru tak dapat duit raya... insyaAllah tahun depan merasa duit raya).

Sunday, September 13, 2009

Pemain Muslim...

Assalamualaikum...

Selalu tengok live bola hujung minggu? Tak kira la liga Inggeris atau Sepanyol atau Itali mahupun German. Kalau kita perasan, ada sesetengah nama pemain macam nama orang Islam. So, ni ada sedikit senarai nama pemain dan jurulatih terkenal yang beragama Islam.

Pemain/jurulatih muslim:

  • Zinedine Yazid Zidane (Juventus dan Real Madrid)
  • Karem Benzema (Real Madrid)
  • Abou Diaby (Arsenal)
  • Zlatan Ibrahimovic (Barcelona)
  • Kolo Habib Touré (Manchester City)
  • Yaya Toure (Barcelona)
  • Robin Van Persie (Arsenal)
  • Bakari Sagna (Arsenal)
  • Nicholas anelka (Chelsea).
  • Mohammed “Momo” Sissoko (Juventus)
  • Ahmed Mido Hossam (Boro)
  • Hossam Ghaly (Totteham Hotspurs)
  • Franck “Bilal” Riberry (Bayern Munich)
  • Hamit Antiltop (Bayern Munich)
  • Halil Antiltop (Shalke 04)
  • Frederik Kanoute (Sevilla)
  • Mahamaddou Diarra (Real Madrid)
  • Eric Abidal (Barcelona)
  • Nuri Sahin (Feyenoord Rotterdam)
  • Sulley Ali Muntari (Inter)
  • Hassan Salihamidzic (Juventus)
  • Khalid Boulahrouz (Sevilla)
  • Salomon Kalou (Chelsea)
  • El-Hadji Diouf (Blackburn)
  • Diomanssy Kamara (Fulham)
  • Mohammed Kallon (Al-Ittihad, Inter dan Monaco)
  • Rami Shaaban (ex-Arsenal)
  • Stephen Appiah.
  • Mehmet Scholl (Bayern Munich)
  • Lee Won Jae (Suwon)
  • Phillipe Troussier (Bekas Jurulatih Jepun)
  • Bruno Metsu (Bekas jurulatih Senegal)
Namun begitu, ada sesetengah dari mereka tidak menjadi role model sebagai seorang muslim. Ada yang bertatu dan minum arak.

Saturday, September 12, 2009

Pasar Ramadhan...

Assalamualaikum...

Pernah pergi ke pasar ramadhan? Pasar yang menjual makanan untuk berbuka puasa. Ada jual air tebu, ayam golek, nasi beriani, murtabak dan lain lagi. Kalau kat Kuantan ni pasar ramadhan yang popular adalah dekat stadium dan masjid negeri. Kat sebelah masjid negeri ni ada padang MPK. Selalunya ramai orang berbuka kat sini, di tengah padang. Macam orang berkelah je.

Kebab... sekadar hiasan

Kesesakan memang tak dapat lari dari pasar ramadhan. Mula dengan kawasan parking hinggalah ke kawasan pasar ramadhan tu sendiri. Walaupun sesak, janganlah kita sampai tak menghormati orang lain. Jangan ingat hanya kita sahaja yang berpuasa dan nak berbuka dengan air tebu, kebab dan ayam panggang madu. Hormati juga pada orang lain yang sama2 nak membeli.

Mengikut pandangan dan pengalaman saya, segelintir orang kita memang tak pandai menghormati orang lain. Ada yang buat muka sposen je tunggu dalam kereta dan menghalang lalulintas sambil menunggu kawannya membeli juadah. Sambil tu dia nyalakan emergency signal kononnya. Orang ni kita sifatkan sebagai seorang yang merasa gembira jika melihat orang lain susah.

Ada juga yang park kereta dia mem'block' kereta orang lain padahal ada lagi kawasan parking lain tapi jauh sikit je dari pasar ramadhan. Orang ni kita boleh katakan sebagai lembu yang memakai topeng manusia.

Ini belum kita lihat dalam pasar ramadhan tu sendiri. Ada tu siap 'miting' lagi ditengah2 orang berpusu2 tu sambil bergelak ketawa. Yang suka brek emergency jangan cerita lah... cukup ramai. Yang tak beratur pun ramai juga. Aduh! cukup menguji kesabaran betul bila ke pasar ramadhan ni.

Itu aje coretan aku untuk bulan ramadhan pada tahun ni. Selamat mencari Lailatul qadar.

Tuesday, September 8, 2009

Drama sebabak...

Assalamualaikum...

Dua minggu lepas berlaku kejadian yang tidak disangka di depan mata saya. Umpama drama swasta.

Saya dalam perjalanan ke blok AB (nak melawat Suki) merentasi parking lot. Baru je menapak keluar dari blok AA (blok saya) tiba-tiba sebuah Perodua kelisa dengan laju masuk ke parking lot dan terus brek dengan ganas.

Keluar seorang lelaki dari pintu depan belah penumpang. Gayanya macam student. Laju je dia berjalan ke kereta dia (rasanya MyVi Merah) di sudut lain parking lot.

"Cepat la!!!" tiba2 dengar jeritan dari kereta kelisa tadi. Laa... perempuan rupanya, mungkin awek lelaki ni. Jeritannya bergema di seluruh parking lot tu.

"Sabar la!!!" lelaki tu pulak menjerit sambil masuk kedalam kereta dia. Saya masih menapak sambil tu menoleh juga ke belakang kot dapat tengok babak selanjutnya.

Mungkin sebab lama sangat menunggu dalam kereta, awek ni keluar dari kereta dan berlari ke kereta lelaki ni. Lelaki ni mungkin mengunci pintu kereta dia sebab awek dia mengetuk2 tingkap sambil terjerit2.

Saya dah sampai di blok AB, cepat2 naik tangga dan terus melepak kat koridor sebab nak tengok babak seterusnya. Masa tu kata dalam hati, kalaulah ada kamera, boleh ambik gambo. Hehehe...

Rupa2nya masa saya naik tangga tadi, awek ni dah berlari ke kereta dia. Mengaum bunyi enjin kereta dia masa dia memecut kereta dia ke depan kereta lelaki tadi. Ingatkan nak langgar kereta lelaki ni. Nasib baik tak. Dia parking depan kereta lelaki ni je bagi menghalang kereta lelaki ni dari bergerak.

Lagi sekali awek ni keluar dari kereta dia dan menghentak2 enjin kerata lelaki ni sambil terjerit2. Betul2 macam drama swasta. Saya masih lagi memerhati dengan khusyuk. Terpaksa tangguh dulu perjalanan ke bilik suki ni. Ye lah kan, kalau apa2 terjadi, mungkin saya boleh jadi saksi.

Tiba2 awek ni meluru berlari ke kereta dia. Rupa2nya lelaki ni nak keluar dari kereta dia. Dan yang ni saya rasa kemuncak bagi drama ni sebab lelaki ni buat flying kick ke pintu kereta awek ni. Kemek kat pintu kete tu.

Lepas keretanya kena flying kick, terus awek ni memecut meninggalkan tempat kejadian. Di follow juga oleh lelaki ni dengan ketenya. Pastu saya tak tau apa yang berlaku seterusnya...

Itulah drama berbabak-babak yang berlaku didepan mata saya 2 minggu lepas sebelum puasa. Sebijik macam drama swasta.

Moralnya kat sini ialah kalau marah kat orang, jangan terajang kereta yang tak bersalah. Hehehe...

Wednesday, September 2, 2009

Kesian dia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Lelaki ni bernama Lal Mohamed. Dia rakyat Afghanistan. Beliau merupakan seorang petani yang berumur 40 tahun. Beragama Islam. Sudah beristeri dan mempunyai beberapa orang anak. Kenapa saya buat posting tentang dia?

Semalam saya ada baca suratkhabar tentang dia. Beliau telah menjadi mangsa kepada pejuang Taliban kerana keluar mengundi. Telinga dan hidung beliau telah dipotong oleh Taliban. Dalam berita di TV malam semalam ada ditunjukkan keadaan hidung dan telinga beliau... Ya Allah, kesian kat dia. Kejam sungguh Taliban ni. Buat malu orang Islam je.

Setahu saya, dalam Islam, semasa peperangan pun ada adab-adabnya (nanti Ustad Madi cerita tentang adab2 perang... boleh rujuk kat blog dia nanti). Yang si Taliban ni pergi kerat hidung dan telinga Lal Mohamed ni buat apa? Tu bukan berjuang cara Islam namanya. Harapkan serban je besar!