Wednesday, September 30, 2009

Pagi raya di Mesjid Pangsenam...

Assalamualaikum...

Raya baru2 ni kat Masjid Pangsenam sembahyang sunat aidilfitri dilakukan dalam pukul 9 lebih. Selesai sembahyang ngan khutbah dalam kul 10.

Orang dah start keluar pas semayang

Mula2 biasalah, jemaah akan bertakbir ramai2. Berbagai2 rentak dan alunan kedengaran dibawa oleh para hadirin yang mengetuai takbir secara bergilir2.

Kemudian, pengerusi mesjid, Tuan haji Abd. Hamid memberikan ucapan dan selepas itu Tok imam Haji Mat memberikan panduan tentang sembahyang raya.

Pastu barulah sembahyang sunat aidilfitri dilakukan. Pas sembahyang, khutbah hari raya dibaca oleh tok Khatib pulok. Isinya, biasalah tentang kesyukuran meraikan hari raya aidilfitri.

Pas habis je khutbah, jemaah pun bersalam-salaman dan beredar dari masjid. Namun begitu, aktiviti masjid diteruskan dengan tahlil pulok. Bebudok la suka sekali sebab masa ni duit tahlil akan di agihkan.

Setelasai selesai semua aktiviti di mesjid, barulah jemaah beredar membuat aktiviti masing2. Selalunya di Pangsenam ni penduduknya akan ke kubur dan menziarahi jiran tetangga.

Saya seperti biasa bersama keluarga akan ke rumah Wan, ayah De Wahab, aki de dan wan teh. Pastu barulah duduk kat rumah menunggu tetamu dari tengahari sampai ke malam.

Tahun ni beratus gak duit raya abis sebab hajat sempena berkerja di tempat baru (walaupun staff baru tak dapat duit raya... insyaAllah tahun depan merasa duit raya).

3 comments:

Muhammad Khalid said...

Lama tak balik kampung, masjid pun dah banyak berubah. Tak jumpa kita yer raya pertama tu. Kalu jumpa pun entah kenal ker tak...koi dah ler jarang balik pangsenam.

danny said...

balik la
memang dah byk berubah sekarang

KOYAN said...

ouk tak de waris dah ke canapos kat pangsenam tuh....