Showing posts with label Kebun. Show all posts
Showing posts with label Kebun. Show all posts

Tuesday, January 27, 2015

Kesan banjir 2014 dalam kebun...

Kat umah di Pangsenam pun naik air semasa banjir baru2 ni. Banyak pokok dalam kebun tenggelam dek air. Mari kita lihat kesan2nya...
Paras air kat daun tu... kapus kepala kita

Pokok dokong ni macam nak mati dah

Pokok manggis nampaknya bertahan...

Gaya nak mati dah pokok ni...

Duku Johor tenggelam separuh...

Manggis pun tenggelam hamper ke pucuk...

Wednesday, December 12, 2012

Dokong 2012...

 Kali ni pulok buoh dokong menjadi lagi. Hampir semua pokok dokong kat kebun berbuoh kali ni. Sekarang belum masok sangat lagi. Kalau makan pun tak berapa manis lagi.
 macam anggur je...
Seminggu dua lagi baru boleh tuai. Sape nok order? Maksimum RM10 sorang je. Tak boleh lebih hehehe... tak larat nak manjat.

Tuesday, December 11, 2012

Buah Pulasan...

 Ni rupa buah pulasan. Macam buah rambutan, cuma bulunya keras. Rasa dia macam rambutan tapi tak lekang sangat. Namanua pulasan mungkin sebab bila nak bukak kita pulas je buah ni.
Kat pokok, ginilah buahnya. Bulat2 je. Bila masak ia berkaler merah. Muda kaler hijau.

Monday, December 10, 2012

Hasil kebun...

Hari semalam balik dari kolumpo singgoh kejap kat kampung. Sempat la manjat pokok2 buoh nok bawok bekal ke kuantan.

Mula2 gi ke pokok dokong, rasa sulas ada rasa dah manis. Petik la dalam 5 - 6 tangkai. Rendoh je... paras pala je. Rasanya dalam 2 minggu lagi baru masok betul dah. Sekarang tak berapa manis lagi.

Kendian panjat manggis pulok. Dapat la 1 beg. 

Pastu menuju ke pokok pulasan dan mutan. Pulasan pun kene petik sulas2 sebab tak semua masok lagi. Kali ni petik mutan anok sekoloh, jarum mas dan gading.

Wednesday, November 21, 2012

Durian lagi...

 Durian yg gugur tu kita kutip dan kumpulkan di sudut rumah kat dapur. Nanti nak makan boleh kita belah. Yang dah tersengih tu kita buat tempoyok.
Yg ni tak kuning sangat. Tapi isinya sedap dan tebal. Balik baru ni buat crepe durian (popular pulak sekarang).

Monday, November 19, 2012

Durian dah gugur...

 Balik kampung kali ni makan durian. Durian dah gugur. Ni sebijik gugur.
 Sini sebijik...
Ni belum gugur. Rendah je, hari2 cium kalau dah ada bau petik je lah...

Thursday, October 18, 2012

Pindah kaktus...

Kaktus ni ada kat laman. Masa tanam dulu kecik je. Masa tu mula2 duduk rumah ni. Tapi bila dah besar macam ni, terasa macam tak sesuai pulak tanam kat situ. Mula2 nak buang gitu je. Nasib baik Sukimang nak pokok ni. So, sekarang pokok ni ada kat Indera Sempurana.

Tuesday, October 16, 2012

Bunga kantan...

Bunga kantan ni jual kat Giant RM3.58 untuk 2 kuntum. Kalau kat kampung, ayah saya jual RM1 je sekuntum. Jual kat gerai patin. Bunga kantan ni boleh buat kerabu. Kalau kat Temerloh, boleh guna untuk masak sekali dengan Patin masak tempoyok.

Tuesday, October 9, 2012

Buah masih muda...

 Cempedak ni masih muda. Nanti dah masak boleh buat cempedak goreng.
 Durian pun dah menampakkan durinya. Baru sebesar penumbuk
 Bunga dokong yang penuh didahan
 Manggis master masih warna hijau
Rambutan dah bergayutan dihujung dahan.

Monday, September 10, 2012

Tongkat Ali...

 Ada 4 batang pokok tongkat ali ditanam dalam kebun. Dah besar dan tinggi dah pokoknya. Ada yang dah berbunga (tak sangka ada bunga juga pokok tongkat ali ni ya). Nanti nak semai benihnya lagi.
Dibawah naungan tongkat ali. Batangnya dah sebesar lengan.

Friday, September 7, 2012

Pokok di dusun berbunga lagi 2012...

 Pokok2 buah kat kebun berbunga lagi tahun ni dengan lebat. Kalau ada rezeki, merasa la buah2han lagi. Boleh makan sampai cika. Tetapi selalunya berebut dengan kera dan tupai. Gambor diatas ni kelihatan batang pokok durian dibalut dengan zink. Ini bertujuan untuk mengelak tupai dari memanjat ikut batang. Dahan2 pokok sekeliling pun kene tutuh juga sebab takut jadi jalan tupai2 ni.
 Bunga derian yang belum kembang.
 Bunga yang dah kembang, tinggal tali pusat je
 Bunga manggis
Bunga mutan

Wednesday, February 22, 2012

Lada kecik...

Kat keliling rumah dan kebun2 kat kampung banyok tanam lada. Tanam gitu2 je... tenyeh2 bijik atas tanoh. Subur juga tumbuhnya. Banyok pulok buohnya. Tak terabis nok makan.
Kalau banyok sangat, petang sabtu Mok kutip dan pada malamnya ponjot dalam plastik. Esok boleh suh orang jualkan kat Pekan Sari Temerloh yang femes tu. Seplastik jual RM2. Abis beli dek orang. Hari2 biasa pulok kalau banyok sangat, letok kat gerai patin je..., abis juga orang beli.

Sunday, February 19, 2012

Limau purut...

Ni rupa limau purut yang daunnya orang letak dalam tom yam. Bila muda, limau ni kaler hijau. Dah tua dia berukar ke kaler kuning. Limau yang ni luar biasa besarnya. saje je letak sebelah minyak gamat tu supaya boleh banding kebesarannya. Besar penumbuk juga buahnya...

Thursday, February 16, 2012

Peria katak...

Ni lah peria katak. Rasanya pahit. Selalunya orang buat ulam atau sayur.

Kat kampung memang banyak peria ni, tak termakan. Selalunya hari Sabtu mak akan ponjot peria ni dan mintak orang tolong jualkan kat pekan sari Temerloh. Seponjot 5 biji dijual RM1. Abis laku beli dek orang.

Saturday, January 28, 2012

Bunga kantan...


Sekeliling rumah saya kat kampung banyak pokok bunga kantan. Selalunya bunga kantan ni masok dengan ikan patin gulai tempoyok. Mak saya selalu juga letak bunga kantan ni kat gerai patin tepi jalan. Sekuntum harga dia RM1 rasanya.

Wednesday, January 25, 2012

Mengkudu Masak...


"Errr... tuanku, dayang bertiga ni untuk patik bertiga tuanku?"


"Ya, itu lah dia..., tak cantik kah datuk Laksamana?"


"Cantik tuanku..., macam MENGKUDU MASAK, ampun tuanku..." (Sambil terus berlari keluar)

Wednesday, July 27, 2011

Dah gugur dah derian ni...

Kat Pangsenam ni, derian dah gugur dah. Dalam pada duk berebut dengan kera dan tupai, dapat jugek la merasa derian kali ni.


Kera kerja dia, dia suka gugurkan buoh derian ni walaupun belum masak. Si tetupai pulok suka tebuk buoh ni. Kekadang tu kita dapat rasa bekas dia je. Dia makan 2 pangsa, kita makan lebih dia... 3 pangsa.


Gambo atas ni derian kali pertama berbuoh kat kebun. Tinggal 5 butir je dah. Hak lain abis dikerja dek kera dan tetupai.

Thursday, July 21, 2011

Mesin rumput baru...

Ni mesin rumput baru beli. Untuk kegunaan dalam kebun. Guna enjin Honda. Rupanya macam mesin rumput kat sekolah dulu kan? Harganya dalam RM1200. Beli dengan duit hasil kebun. Tayarnya boleh dilaraskan untuk mendapatkan hasil potongan seperti yang dikehendaki oleh kita... ala macam potong rambut juga, ada no 1, no 2 dll.

Thursday, July 7, 2011

Terung asam...

Terung asam ni kalau dibuat sambal bapok sedaknye!

Wednesday, July 6, 2011

Meracun kebun getoh...



Sekarang kalau nok meracun semak samun dalam kebun getoh amat mudoh sekali. Tak macam dulu pakai pam. Sekarang pakai mesen je sembur. Ni kebun getoh kat Tenggoh yang dah ada hasil. Tuan kebun ni kabo, seminggu dia dapat RM2000 hasil jualan getoh. Popaleh yak!