Thursday, July 27, 2017

Majlis raya di ofis...

Majlis raya bersama ahli department. Majlis berkonsepkan potluck. Semua ahli membawa menu masing2.
Saya bawa sate, dodol dan brownies

Monday, July 24, 2017

Guide di Palestin, Mr. Nedal Abdo...

Di sempadan Jordan-Palestin, kami disambut oleh guide dari Palestin iaitu Mr. Nedal Abdo. Beliau telah menunggu kami seharian di sempadan.
Welcome to Palestine...
Mr. Nedal said "I want to see your happy face. You are now in Palestine. Forget your 4 hour at the border. You are only suffer 4 hour, we Palestinian suffer everyday. Welcome to Palestine".

Mr. Nedal seorang yang berdedikasi, menepati masa, berpengetahuan dan pandai mengaji. Hari2 dimulakan dengan doa dan bacaan Ma'surat di dalam bas.

Di bawah masjid Kubah Emas
Di Masjid Ibrahim

Beliau menemani kami sepanjang 3 hari kami berada di Palestin.

Saya dan Mr. Nedal di sempadan sebelum saya dan rombongan bergerak ke Jordan.

Friday, July 21, 2017

Guide di Jordan, Mr. Talal...

Selain mutawif yang ikut rombongan kami, kami ada juga guide dari Jordan. beliau telah menyambut kami di airport.
Mr. Talal
Beliau anak jati Jordan dan fasih berceloteh dalam bahasa inggeris. Beliau akan membawa kami ke sempadan untuk memasuki Palestin. Kemudian di Palestin kami akan di sambut oleh Guide Palestin pula. Setelah habis ziarah kami di Palestin selama 3 hari 2 malam, Mr. Talal akan sambut kami semula di sempadan Jordan.

Sepanjang lawatan di Jordan (selepas balik dari Palestin), mr. Talal sentiasa memberikan input.
Saya dan Mr. Talal bergambar kenangan

Wednesday, July 19, 2017

Masuk ke Palestin melalui Jordan...

Hari pertama, saya telah berada di KLIA jam 8 malam untuk penerbangan ke Amman Jordan. Penerbangan ke Amman memakan masa 9 jam. Saya hanya tidur sahaja sepanjang penerbangan. Kami mendarat di Queen Alia International Airport hamper subuh. Cuaca amat sejuk.
Saya di KLIA
Di Amman Jordan urusan bagasi dan imegresen amat mudah. Mereka kumpulkan semua passport kami (39 Jemaah) dan terus cop.
Di Queen Alia International Airport
Sesudah habis urusan imegresen dan bagasi, kami terus ke surau untuk menunaikan solat subuh. Kemudian kami menuju ke bas bersama dengan guide kami dari Jordan, Mr. Talal.

Dalam bas menuju ke Hotel. Bas lengkap dengan Wifi. Boleh update FB dan instagram hehehe

Panorama Bandar
Bandar Amman

Di hotel, kami hanya singgah untuk sarapan dan. Kami akan masuk ke Palestin hanya membawa beg kecil. Manakala beg besar akan diletakkan di kedai cenderamata berhampiran sempadan.



Monday, July 17, 2017

Saya nak kembali menulis blog...

Setelah lama berehat, saya rasa nak kembali menulis dalam blog ni. Lebih dari setahun rasanya tidak menulis. Macam2 perkara berlaku sepanjang bersara dari menulis disini.

Umrah dengan Zahafiz pun tak sempat habis untuk cerita. Sekarang saya akan cuba tulis beberapa perkara yang telah saya lalui sepanjang bersara setahun lebih.

Bulan 11 tahun lepas saya masuk Palestin
Nanti saya akan cerita perjalanan saya masuk ke Palestin untuk solat di Masjid Al Aqsa.

Saya juga sempat menunaikan umrah pada tahun lepas... Alhamdulillah
Saya juga ke Zhuhai, China
Juga terlibat dengan aktiviti wataniah
Banyak juga perkara2 lain yang saya akan cerita nanti.