Wednesday, March 21, 2012

Jemputan Menembak...

Pada 17 Mac 2012, sekali lagi saya mewakili team Uniten untuk menyertai pertandingan menembak di Rejimen Renjer Diraja Mentakab. Kali ni dapat no 2. Disiplinnya ialah tembak piring guna M16.

Tuesday, March 20, 2012

Pizza sentik lidah...


Kucing ni namanya Pizza. Dia suka sentik lidah juga. Manja dan selalu kroo atas saya...

Monday, March 19, 2012

Dah 130K...

Odometer dah menunjukkan 130013. Maklumlah, hari2 berulang. Usia kete ni akan masuk 2 tahun bulan 4 ni...

Sunday, March 18, 2012

Tin Sudi...

Ni tin air minuman Sudi milik kakak saya. Air ni keluaran Penghibur no 1 asia iaitu Arwah Datuk Sudirman Haji Arsyad (Orang Temerloh).

Saturday, March 17, 2012

Kucing tido...

Kucing ni ada kat gerai di Mardi Muadzam, tempat kami selalu menghilangkan dahaga. Ni keadaan dia tido masa ambil makanan. Kelihatan kucing putih tu menumpang leher kucing tompok hitam.
Ni pula posisi tido masa kami dah abis makan dan nak bayar.

Friday, March 16, 2012

Smart Amzar...

Ni keratan akhbar Metro. Smart Amzar ni milik kawan saya di Shahputra dulu. Yang uniknya ialah isteri dia adalah bekas pelajar saya di Shahputra. Didoakan semoga mereka berjaya dalam perniagaan mereka.

Thursday, March 15, 2012

Kucing sentik lidah...

Kucing ni suka sentik lidah. Panjang juga lidahnya.
Kucing ni jumpa kat kedai makan di Sungai Isap. Lama dia sentikkan lidah. Boleh posing ambik gambo.

Tuesday, March 13, 2012

Landskap Mahkamah Baru Kuantan...

Mahkamah baru Kuantan sudah hampir siap. Landskapnya pun dah cantik. Deretan pokok palma ditanam di depan bangunan.
Taman di pintu masuk. Ada pokok palma dan Brazilian iron wood.
Cantik kan?
Kelihatan kubah bangunan di celah2 brazilian iron wood.

Thursday, March 8, 2012

Fiesta Convo UCSA...

Bagi penduduk sekitar Kuantan dan kawasan yang sewaktu dengannya, moh kita sama2 menyaport aktiviti Fiesta Conco UCSA di Universiti College Shahputra. Hari ni dah start dah. Moh la wei...