Thursday, July 29, 2010

Gotong-royong kat Masjid Pangsenam...

Aktiviti menyimen depan masjid kg. Pangsenam. Menyimen sorang je tapi yang hat numpang bergambor yang ramai, termasuk lah ayoh koi hehehe... ayoh koi yang ada beg gantung kat leher macam orang gi haji tu diapit oleh aki da (pangkat untuk panggilan koi)

Poll Piala Dunia 2010...

Tamat lama dah Piala Dunia 2010. Koi lupa nak close poll. Keputusan sebenar piala dunia ialah dimenangi oleh Sepanyol. Tahniah!

Tinjauan blog ni pulok menunjukkan 34% pengunjung memilih Brazil sebagai pemenang. Diikuti England (16%) dan Argentina (13%). Lain-lain pilihan ialah Sepanyol (9%), lain2 negara (4%) dan 2% bagi empat negara ni iaitu Ivory Coast, Portugal, Itali dan Afrika Selatan.

Nampaknya ramai masih menganggap Brazil pasukan pilihan. Ok, kita jumpa lagi di Piala Dunia yang seterusnya.

Friday, July 23, 2010

Patin Pangsenam...

Kat Kg. Pangsenam memang banyok orang ternok ikan patin. yang jual tepi jalan pun ande. Selalunya ikan ni di siang terus. Pelanggan kene la pilih dulu ikan mana yang dia nok. Hak besor atau hak kenit. Harga stended la tapi kalau kene gaya boleh mintok muroh sikit.

Ni salah seorang penternak ikan patin. Boleh lawat blog dia kalau nak wat tempahan banyok2. Klik je kat link atas tu.


Tuesday, July 13, 2010

Stress 1...

video

video

dapat klip ni melalui email. Just want to share with all of you. Lawak pun ada.

Dengan pesanan: banyakkan bersabar bila berkerja hehehe...

Wednesday, July 7, 2010

Kucing di CRK...

Kucing ni selalu ada kat restoran CRK kat muadzam. Koi selalu bersarapan roti canai kat situ sambil menggodel perut kucing ni. sedap ngat dia tido atas kerusi sebeloh koi.

Saturday, July 3, 2010

Puding Raja...

Pernah makan puding raja? Orang kata penduduk Pekan Pahang memang pakar membuatnya. Baru2 ni koi ada beli.

ada pisang, jala mas, ceri dll.

makan ngan kuahnya. Sedap. Kalo nak boleh order... RM6 sebekas.