Showing posts with label Agama. Show all posts
Showing posts with label Agama. Show all posts

Friday, August 21, 2020

KENANGAN haji 2018/1439H Siri 4


 KENANGAN haji 2018/1439h

8 Zulhijah (hari ke 4 musafir haji). Berada di Mina.

Sebelum subuh dah bangun dan pergi ke tandas. Ramai juga yang beratur tapi ok la tak panjang sangat. Cuma tandas wanita je beratur panjang.

Tandas
 

Hari ni sepanjang hari berada di Mina. Habiskan masa berada dalam khemah atau bersiar2 sekitar Mina.

 


Ada juga program ceramah dari pembimbing berkaitan kerja2 haji yang akan dibuat selepas ini. Perkara yang dititik beratkan ialah untuk ambil peluang masa wujuf esok hari untuk berdoa, merintih, menangis, mengadu, meginsafi diri dll.

 

Ceramah dan solat di Mina ni dibuat didalam khemah je. Bila tiba waktu solat, automatik khemah bertukar jadi surau. Tilam2 dan beg2 disusun ketepi.

 

Ceramah

Makanan pula mewah. Ada buah, jus, meggi, air dll. Makanan juga boleh dibeli di gerai bahagian luar. Air panas boleh di ambil di cookhouse. Disitu ada disediakan paip2 air panas.

 

Saya ambil kesempatan untuk bersiar2 sekitar Mina. Ambil udara pagi dan petang. Tengahari duduk dalam khemah sebab cuaca amat panas.

 

Teringat pula waktu nak solat maghrib tiba2 hujan ribut turun. Bergegar2 khemah mcm nak tercabut.

Secara keseluruhan, tandas disini tak perlu beratur panjang. Ada masa kosong. Adat la kalau beratur tu ada 2 3 orang didepan kita.

 

dapat batu untuk melontor

Ok sekian. Esok sambung kenangan wukuf pulak.

Wednesday, August 9, 2017

Umrah Ziarah Masjid Al Aqsa: Menuju masjid Al Aqsa...

Selesai solat, kami menuju ke Masjid Al Aqsa. Kami ingin solat Maghrib dan Isya' disana. Kali ini kami memang teruja.

Didalam bas, semasa melalui terowong, Mr. Nedal menyuruh kami memandang ke sebelah kiri. Apabila bas keluar sahaja dari terowong, mata kami terus nampak kompleks Al Aqsa. Kubah emas kelihatan lebih ketara.

Mr. Nedal menjerit Takbir!!!... dan kami semua 1 bas menyahut ALLAHUAKBAR!!!. Gema takbir bergegar 3 kali dalam bas. Buat kali pertama kami melihat Masjid Al Aqsa... LIVE!!!
signboard
Kami berjalan menuju ke gate

Kami berkumpul di gate menunggu Jemaah lain.
Selepas berkumpul di gate, kami menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang.
 
kubah emas dari jauh... kami berjalan ke sini
Selepas mengambil wuduk, kami bergerak menuju ke dataran Masjid Al Aqsa. Dari jauh telah kelihatan kubah emas.

gambar blur sebab teruja dan menggigil sejuk
Alhamdulillah

Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah telah bersabda:

“Jangan bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke 3 Masjid ini; Masjidil Haram, Masjid ar-Rasul (Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.

Wednesday, August 2, 2017

Umrah Ziarah Masjid Al Aqsa: Lunch di Jericho, the Old city...

Selepas selesai segala urusan di sempadan, kami menuju ke Jericho untuk lunch. Sepanjang perjalanan hati terasa teruja walaupun badan letih. Teruja sebab tak sangka dapat masuk ke Palestin. Sebelum ni hanya dengar cerita dalam tv sahaja.
Kami makan di Temtation restaurant

Kami amat lapar


Saya makan ini sahaja
Restoren ini terletak di Old City. Menurut Mr. Nidal, Bandar ini merupakan Bandar tertua di dunia. Selepas makan, kami bersiar2 sebentar sekitar restoren.
Jericho, The Oldest City of the World


Bangunan Restoren

Sini ada juga seekor unta untuk bergambar hehehe...


Thursday, June 12, 2014

Hari Khamis: Umrah Wajib...

Sesampai je di Mekah dari Madinah, kami terus dibawa ke hotel untuk berehat seketika dan menyimpan barang. Kami menginap di Hotel Hira iaitu jaraknya kira2 600M ke Masjidil Haram. Kami akan terus mengerjakan ibadah umrah. Saya sangat teruja dan berdebar2...
Selesai tawaf, saya bersolat dan berdoa disini... betul2 mengadap kaabah

Selesai tawaf dan bersolat sunat, saya menuju ke tempat sai

Thursday, May 29, 2014

Rabu: Menuju ke Mekah...

Selepas bersembahyang zohor dan ziarah Rasullullah, kami bersiap menuju ke tanah suci Mekah. Kami berpakaian ihram dari Madinah.

Sekitar masjid Nabawi...

Dataran luar masjid Nabi

Luar pagar masjid Nabi

Pintu masuk kedataran

atap dikuncupkan


dalam masjid Nabi

dalam masjid Nabi

Lampu



kat dataran... kelihatan tong2 air zam2 diangkut


atap dibuka

menuju ke makam nabi

diluar raudah

Thursday, April 24, 2014

Selasa: Ke Medan Magnet...

bukit2 di kawasan medan magnet
 Selepas ke gua Uhud, kami telah bertolak ke kawasan medan magnet. Disini kami dipertontonkan dengan kenderaan yang bergerak sendiri hasil dari tolakan medan magnet.

kawasan medan magnet

Monday, April 14, 2014

Isnin: Pasar Kurma...

Ni masjid Kiblatain
 Selesai je ziarah ke medan uhud, kami menuju ke pasar kurma pula.
Dalam salah satu kedai di pasar kurma


Kat sini pun kita boleh makan free. Harga kat sini pun sama je


bangunan sebelah pasar kurma


Pasar Kurma

Friday, April 11, 2014

Isnin: Ziarah ke Bukit Uhud...

Dalam pagar tu merupakan perkuburan syuhada Uhud
 Pada hari kedua juga kami telah berziarah ke bukit uhud. Disinilah berlakunya peperangan Uhud diantara orang islam dengan orang kafir Mekah.
Mutawwif Ustaz Hazwan bercerita serba sedikit tentang kisah peperangan Uhud.
 Peperangan Uhud berlaku pada pertengahan bulan Syawal tahun ketiga Hijrah iaitu setahun selepas peperangan Badar.
 Kawasan perkuburan syuhada Uhud. Ia dipagar rapi...
 Sayup2 tu merupakan Jabal Arrumah atau bukit pemanah. Disitulah dikatakan tentera pemanah diletak oleh Nabi Muhammad.
Ramai orang mendaki bukit pemanah ni.
 Bukit pemanah
Disini pun ada gerai2 jualan