Wednesday, August 9, 2017

Umrah Ziarah Masjid Al Aqsa: Menuju masjid Al Aqsa...

Selesai solat, kami menuju ke Masjid Al Aqsa. Kami ingin solat Maghrib dan Isya' disana. Kali ini kami memang teruja.

Didalam bas, semasa melalui terowong, Mr. Nedal menyuruh kami memandang ke sebelah kiri. Apabila bas keluar sahaja dari terowong, mata kami terus nampak kompleks Al Aqsa. Kubah emas kelihatan lebih ketara.

Mr. Nedal menjerit Takbir!!!... dan kami semua 1 bas menyahut ALLAHUAKBAR!!!. Gema takbir bergegar 3 kali dalam bas. Buat kali pertama kami melihat Masjid Al Aqsa... LIVE!!!
signboard
Kami berjalan menuju ke gate

Kami berkumpul di gate menunggu Jemaah lain.
Selepas berkumpul di gate, kami menuju ke bilik air untuk mengambil air sembahyang.
 
kubah emas dari jauh... kami berjalan ke sini
Selepas mengambil wuduk, kami bergerak menuju ke dataran Masjid Al Aqsa. Dari jauh telah kelihatan kubah emas.

gambar blur sebab teruja dan menggigil sejuk
Alhamdulillah

Daripada Abu Hurairah katanya: Rasulullah telah bersabda:

“Jangan bersusah payah mengadakan perjalanan kecuali ke 3 Masjid ini; Masjidil Haram, Masjid ar-Rasul (Nabawi) dan Masjid al-Aqsa.

No comments: