11 March merupakan tarikh saya membuat larian pertama marathon. Sebelum ni saya just berlari di treadmill dan sekitar kawasan jogging. Marathon pertama ini saya pilih nak masuk kategori 10km Men Veteren.. dah tua dah hehehe..
Saya mulanya berbelah bagi nak berlari ke tak sebab 3 minggu sebelum larian ni saya telah mengalami sedikit keretakan di tulang area lutut. Mc 8 hari... dan buat phisio 12 kali (saya hadir 6 kali je hehehe...)
Takpelah... setelah berpikir panjang, saya decide nak masuk berlari juga dengan berjalan atau berlari2 anak sahaja. Dokto pun cakap, kalau rasa sakit terus berhenti...
Di starting line.. |
Pukul 5am saya dah bangun... mandi dan solat2 sikit. Kemudian membuat persiapan ala kadar. Saya decide nak solat subuh di tempat event. Jarak rumah saya ke tempat event (Kota SAS) kira2 15min perjalanan... Dalam perjalanan saya dah lihat pelari2 kategori 42km dan 21km seang berlari.
Sampai di Kota SAS saya tunggu subuh dalam kereta. Kemudian selepas solat, saya terus menuju ke starting line sambil makan Hutan Energy Bar (kira sarapan la ni...)
Baru start... dlm 50M dari starting line. Depan sikit kene uturn.. |
Matlamat saya hanyalah menamatkan larian 10km dengan apa cara sekalipun. Saya telah setkan strategi untuk berlari2 anak (slow jog) dan berjalan laju. Routenya sedikit berbukit, so saya akan berjalan laju masa mendaki dan berlari2 anak masa turun bukit dan jalan mendatar.
Saya memakai knee guard 2 lapis di lutut kanan tempat injured.
Ni lepas uturn 5KM.. |
Di larian KM ke 3 dan KM ke 6 saya telah makan energy Gel untuk menambahkan sedikit tenaga.. maklumlah 1st marathon ni hehehe
Lagi 4KM |
Sepanjang larian, hujan sesekali turun. Berkenaan dengan route 10km ni saya rasa agak biasa2 sahaja dan selamat. Kerana laluannya sekitar perumahan dan tidak memasuki highway seperti route untuk peserta 21KM dan 42KM.
Bergambar kenangan bersama medal.. |
Alhamdulillah, saya Berjaya menamatkan larian dalam tempoh masa yang ditetapkan iaitu 1jam 52 minit. Saya merupakan peserta no 82 dari 85 peserta kategori Men Veteren... hahaha
Sahabat2 saya di UUM juga banyak memberikan dorongan, tips dan semangat. Mereka juga sama2 berlari di Pahang Marathon 2018 cuma ada yang kategori berbeza.
#sc98uumrunner |
21km - Madier, Pokjak, Omaq, Jali (1st time 21km) n Roslee. Semua ni otai dan berpengalaman
10km - Saya (1st time), Imad (1st time), Lan Haron (1st time), Shark, Intan bini Lan (1st time) n bini Omaq.
Medal... rasa kepuasan |
Terasa kepuasan apabila menamatkan larian. Bukan medal atau wang hadiah yang dikejar tapi kepuasan apabila berjaya menamatkan larian.
BerBBQ di rumah Imad malam sebelum larian.. |
Tak sabar rasanya nak masuk marathon lagi...
No comments:
Post a Comment