Tuesday, October 11, 2011

Sejarah Rejimen Askar Wataniah...

Seminggu dua ni saya agak sibuk dengan penubuhan askar wataniah di uniten nih. Oleh itu, mari kita sama2 sorot kembali sejarah ringkas askar wataniah di Malaysia. Semoga ramai lagi yang berminat menyertai pasukan tersebut secara sukarela.


Rejimen Askar Wataniah merupakan pasukan simpanan di dalam Tentera Darat Malaysia yang dulunya dikenali sebagai Pasukan Simpanan Tentera Darat. Rejimen Askar Wataniah merupakan benteng terakhir tentera darat dalam medan pertempuran. Ia ditubuhkan dengan rasminya pada 1 Jun 1958.



SEJARAH


Pada 1861, unit sukarela tentera darat negeri-negeri Selat telah ditubuhkan di Pulau Pinang dengan nama Penang Volunteers. Unit sama juga telah ditubuhkan di Singapura.



Pada 1902, Negeri-negeri Melayu Bersekutu (FMS) yang terdiri daripada Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang telah mula menubuhkan unit sukarelanya sendiri yang dikenali sebagai Malay State Volunteer Rifles (MSVR).



Pasukan sukarela ini kemudian terus berkembang dengan penubuhan beberapa pasukan baru seperti Malay Federated Malay States Volunteer Force (FMSVF), 'Unfederated Malay States Volunteer Force (UFMSVF) dan Straits Settlement Volunteer Force (SSVF).




Setelah tercetusnya Perang Dunia II, kesemua unit-unit sukarela ini telah diaturgerak dan berganding bahu bersama-sama pasukan tentera tetap dari Britain, India dan Australia untuk mempertahankan Tanah Melayu dan Singapura.


Selepas Perang Dunia II tamat, pasukan-pasukan sukarela yang telah wujud sebelum ini telah dihidupkan semula. Semasa berlakunya Darurat Tanah Melayu pada 1948, satu pasukan sukarela iaitu Pasukan Kawalan Kampung (Home Guard) telah ditubuhkan. Pasukan Kawalan Kampung ini telah memainkan peranan yang penting sepanjang masa darurat tersebut.

Pada 1958, Pasukan Kawalan Kampung ini telah dibubarkan setelah keadaan keselamatan telah berjaya dikawal dan dipulih semula. Bagaimanapun, memandangkan ramai bekas anggota Pasukan Kawalan Kampung mahu terus menyumbang khidmat sukarela, Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah mengambil keputusan untuk menyusun semula pasukan sukarela supaya ia lebih tersusun dan berkesan.


Oleh itu, Ordinan Tentera Darat Simpanan telah digubal pada 1958. Dengan kuasa ordinan ini, sebuah pasukan sukarela yang baru yang dikenali dengan nama Askar Wataniah telah ditubuhkan secara rasmi pada 1 Jun 1958.

sumber wikipedia

Tuesday, October 4, 2011

Menembok...

Minggu lepas hari Sabtu saya bawok team Uniten untuk masuk pertandingan menembok anjuran kelab Cherry di Kem batu 5 Mentakab.


Pertandingan ni guna M16. Kita akan tembok piring. Walaupun lama dah tak menembok, skill tu masih ada hehehe... dapat tempat ketiga kategori team menang.