Wednesday, May 30, 2012

Sudirman di sekolah...

Saya ada sekeping gambar Allahyarham Sudirman di sekolah menengah. Masa sekolah menengah, Allahyarham adalah sekelas dengan ayah sedara saya.

Dalam gambar diatas, Allahyarham Sudirman berdiri di barisan tengah nombor dua dari kiri.

Tuesday, May 29, 2012

Pentauliahan...

Pada 1998, setelah 3 tahun menjalani latihan di PALAPES UUM (Pasukan Latihan Pegawai Simpanan) saya telah ditauliahkan sebagai Pegawai dalam Rejimen Askar Wataniah dengan memegang pangkat Leftenan Muda.

Pentauliahan dibuat di UiTM Shah Alam.

 Ni perbarisan yang dilakukan di padang kawad UiTM. Saya duk di barisan belakang no. 4 dari kanan.
Ni nak keluar dari padang kawad sambil nyanyi lagu bertemu dan berpisah.

Madrasah AlDiniah Pangsenam...

Ni gambar lama dekat madrasah AlDiniah Pangsenam.

Kat papan hitam tu tertulis dalam tulisan jawi Gambar kenangan ahli2 jawatankuasa tahun 62 - 63 dan sebahagian daripada murid2 & guru2 di bangunan gotong royong ahli2 tempatan.

Gambar ini diambil pada 12 April 1963. Kelihatan ayah saya berdiri no 7 dari kiri. Yang duduk kiri sekali ialah arwah aki saya iaitu Allahyarham Haji Abd. Kadir Ahmad.

Monday, May 21, 2012

Udang galoh lagi...

 Size udang galoh yang besar
2 kilo, dapat la 6 ekor yang besar2.

Tuesday, May 1, 2012

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2012

Hari ni baru je balik dari berpesta di PWTC. Banyak juga buku yang diborong. Ni antara buku yang diborong sepanjang 2 hari gi sana.

Ada beberapa kejutan juga bila berada disana pada kali ini. Antaranya jumpa 2 orang bekas student Uniten. Sorang berkerja di Karangkraf bahagian promosi. Di pesta buku kali ni dia jadi sandwich man kat pintu masuk dewan pameran karangkraf. Sorang lagi executive kat al hidayah. Masa pesta buku ni dia bantu bahagian jualan.

Juga jumpa rakan pensyarah di uniten dan juga TNC UCSA.