Wednesday, September 2, 2009

Kesian dia...

السلام عليكم ورحمة الله وبركته

Lelaki ni bernama Lal Mohamed. Dia rakyat Afghanistan. Beliau merupakan seorang petani yang berumur 40 tahun. Beragama Islam. Sudah beristeri dan mempunyai beberapa orang anak. Kenapa saya buat posting tentang dia?

Semalam saya ada baca suratkhabar tentang dia. Beliau telah menjadi mangsa kepada pejuang Taliban kerana keluar mengundi. Telinga dan hidung beliau telah dipotong oleh Taliban. Dalam berita di TV malam semalam ada ditunjukkan keadaan hidung dan telinga beliau... Ya Allah, kesian kat dia. Kejam sungguh Taliban ni. Buat malu orang Islam je.

Setahu saya, dalam Islam, semasa peperangan pun ada adab-adabnya (nanti Ustad Madi cerita tentang adab2 perang... boleh rujuk kat blog dia nanti). Yang si Taliban ni pergi kerat hidung dan telinga Lal Mohamed ni buat apa? Tu bukan berjuang cara Islam namanya. Harapkan serban je besar!

4 comments:

jankaulu said...

makin besar serban makin banyak pahala kot, he he he.

atau nak buat tutup rambut daripada debu-debu merah halus yang berterbangan...? he he

emm...entah

it must kot?

madier said...

LEH CAYA KE PAPER TU...KENA TGK GAK..SAPE YG LAPOR...JGN TERUS PERCAYA JER...PAH TU KITA PUN TURUT SAMA HENTAM...HEHEHE...MANA LAH TAU KAN...KALU CNN TU ASYIK NAK GAMBARKAN ISLAM TU BURUK JER...

Umar said...

ade tgk dlm berita aritu, wartawan duk tanye dia, dia jawab taliban n dia masuk hospital sbb bukan salah apa2 pun. Dia sedih masuk hospital sbb sedangkan anak isteri dia di rumah kebuluran. yelah, sbb dia xde nak cari rezeki, duk dpt sakit sia2 je akibat puak politik yg kacau bilau.

Ade tgk discovery yg Diego Bunuel host tuh, Dont Tell My Mother, dia p afghanistan...mmg org ramai x berani nak ckp ape2 ngan wartawan tuh sbb takut dgn taliban....tp tgk pd ketua2 taliban tuh, muka bodoh je...tp rupenye ganas giler. Bunuh org cam bunuh semut je.

danny said...

selalu gak tengok rancangan dont tell my mother tu.

memang kita tanak org kapir serang kita tapi kalo dah org islam sendiri zalim camne?