Thursday, October 16, 2008

Catatan Perjalanan : Shah Alam - Melaka

Antara MASA dengan WANG : Mana pilihan anda....

Surcaj tambahan 30% bagi pengguna bas ekspres menjadikan tambang bas dari Shah Alam ke Melaka adalah RM14.50 sehala. Lepas raya haritu dah mula naik kereta berulang alik hujung minggu dari Shah Alam ke Melaka. Antara masa dan wang :

Ikut jalan lama:
Laluan : Bt3(Tol Ebor) -KLIA-Mambau-Rantau-Rembau-Simpang Ampat-Melaka
Jarak : 159km
Purata had laju: 80-90km/j
Purata Masa Perjalanan : 2jam 45 minit
Purata penggunaan minyak : RM13.00 (tunggang kancil)
Bayaran TOL : RM5.50 (exit KLIA)
Keterangan Laluan : Umpama jalan lama dari Maran ke Kuantan


Ikut Highway Plus:
Laluan : Bt3(Tol Ebor) -Air Keroh-Melaka
Jarak : 149km
Purata had laju: 100-110km/j
Purata Masa Perjalanan : 1jam 50 minit
Purata penggunaan minyak : RM21.00 (tunggang kancil)
Bayaran TOL : RM18.90
Keterangan Laluan : Amat selesa (boleh tekan minyak seadanya tapi awas dengan speed trap)

Kepada anda pembaca blog PANGSENAM....buatlah pilihan bijak! Lepas ni koi nok bercerita menda ape yang ada kat laluan jalan lama ni pulok...banyok yang menarik!

6 comments:

harga minyak turun, harga brg turun ke? said...

1. Nak cepat, ada bajet dan memecut - ikut highway.

2. Nak bersantai, tengok keindahan dan berseronok - ikut jalan lama.

3. Nak tido - naik bas. hehehe...

jankaulu said...

sekarang kita lihat pulak apa sikap para peniaga kita...

para peniaga itu adalah entiti masyarakat kita sendiri,...mungkin dia ayah kita, kawan kita, bekas kekasih kita, atau mungkin kita.

dari segi ekonomi sepatutnya ikut sama turun sebab ia bahan asas (kos kpd pengeluaran)

tapi jika kos turun, harga tak turun, raya sakan pengeluar dan peniaga.

haaa...di sini kita boleh lihat sikap masyarakat Malaysia yang sebenarnya.

peka atau tak...

jankaulu said...

ni yg tak sabar ni, apa yang menarik kat laluan lama leni?

danny said...

pastikan ada gambor sekali kat laluan lama nih... hehehe...

adek said...

Sejok setahun setengoh berulang naik bas 2 kali seminggu ni, dah tak selera nok tidor. Kekadang tu malam sebelum balik kena tido lewat sikit..agan nok tido dalam bas keesokannya.

SOLO said...

kalu gitu demo mitok tukar selalu loh