Tuesday, June 7, 2011

10 tahun...

Dah genap 10 tahun rupanya saya berada dalam dunia akademik. Tak sangka pulok boleh berkekal dalam dunia ni sehingga 10 tahun. Ingatkan dulu nak sekejap je mengajar ni.



Selama 10 tahun ni macam2 perkara telah saya lalui antaranya, artikel saya pernah keluar paper (1 je... hehehe). Saya juga pernah present paper kat International Conference (buat kat Kuantan je...). Saya juga pernah mengajar sambilan untuk student UMP dan PJJ UPM (dapatlah duit sikit...hehehe...).


Dalam tempoh ini juga saya berjaya menamatkan pengajian saya peringkat sarjana di UUM. Student yang diajar pula selama ini dari Matrik hinggalah degree. Entah dimana mereka sekarang.


Subjek yang pernah diajar pula macam2. Marketing, entrepreneurship, OB, finance, management dan juga kawad kaki.



Kalau dipanjangkan umur olehNya, mungkin saya ada 20 tahun lagi (sebelum pencen) untuk berada dalam dunia akademik ni. Atau mungkin juga saya akan beralih bidang lain pula...

2 comments:

sukiman said...

bidang apa pulak?

Mc Zue said...

urmmm..rasa2nya dah bleh agak..