Wednesday, August 6, 2008

Buah mencepu...

Baru-baru ni waktu tengah merayap dalam kebun, terlihatlah pokok mencepu. Dari jauh nampak kuning je. Rupa-rupanya ada yang masak. Adek pun panjat nak petik beberapa biji untuk dibuat sambal belacan buah mencepu. Pergh!!! sedap tengahari tu makan nasik.
Ni la rupa buah mencepu. Pokoknya tinggi macam manggis. Buahnya hijau. Bila masak ia akan bertukar menjadi kuning dan oren. Kulitnya nipis. Isinya berwarna oren macam kulitnya, berulas-ulas macam manggis juga. Buah ni bergetah berwarna putih.
Inilah hasil selepas memanjat. Yang hijau tu tak berapa nak masak lagi.
Ingat tu, ini buah mencepu, bukannya tomato. Boleh makan begitu sahaja atau dibuat sambal. Kat pangsenam ni macam-macam sambal boleh buat. Sambal belacan terung asam, sambal belacan mencepu, sambal belacan kundang, sambal belacan mempelam dan lain-lain. Nantilah saya cerita pulak tentang sambal-sambal yang biasa dibuat di pangsenam.

25 comments:

Eja said...

kali pertama sy tgk buah mencepu..mcm tomato jer. cm best jer.rasanya cemana yek, masam ker, manis ker, kelat ker, pahit ker.ada nama lain x. kot daerah lain pggl nama lain.

Anonymous said...

rasa masam2 manis dan kelat sikit... ada org panggil buah cuppu.

Mc Zue said...

buah apa tu nan? nama lain selain buag mencepu or cuppu?

Mata Hati said...

ni isi dalam dia warna putih bersih ke...?kalau yang tu my favourite ..

danny said...

isi dalam kaler sama cam kulit dia... kuning oren

KOYAN said...

aku tau buah tuh....kat tepi2 sungai tumbuh kalau kat batu talam. dulu time form 2..masa ponteng kelas ngaji....gi la cr buah mencepu makan....

Anonymous said...

ustad pun ponteng kelas ngaji? hehehe

Jankaulu said...

tak pernah lihat, tak pernah makan...emm sedap tak ya, nampak macam tomato atau manggis.isinya macam mana? boleh buat colek atau kerepek?

Eja said...

isinya gebu ker, rangup ker or lembik cm tomato tu

atuk_amn said...

Org tempat saya (Kinta Selatan: Kampar,Kuala Dipang, Malim Nawar, Tualang Sekah dll nya) panggil buah ni 'buah ceropu'.. rasanya masam/manis dan kelat2 sikit.. tingalkan rasa getah beberapa jam selepas tu.. Kununnya masa zaman jepu dulu ada org kampun kena penampar jepun sbb pedajai jepun tu kata buah tu manis. Rasanye tak ada komersil value sangat kan?

Anonymous said...

ya, rasanya takde komersial value sangat. Setakat ni, pergi jalan2 kat pekan sehari atau pasar tani, tak jumpa pun orang jual buah ni.

Tapi kat pangsenam buat sambal belacan mencepu... memang sedap. Caranya gaul je isi mencepu ni dengan sambal belacan.

Isinya lembik je tetapi ada biji.

Bawang Goreng said...

Salam,

Pangsenam, izinkan saya menyimpan gambar buah 'ceropu' (panggilan di negeri ku) ini di blog, ya!

Terima kasih.

danny said...

bawang... ok boleh dipersilakan

FaIz SeNsEi said...

minta satu gambo ceropu... saya ada gak gambo nye, tapi nak amik yang atas pokok punya

Hunny Kitty said...

assalamualaikum...nak mintak tolong...kawan saya ngah pregnant dia carik buah ni...leh tau leh tak nak tanya mana nak dapat or awak leh tulung saye????

email saya s0undl4cks@gmail.com

Hunny Kitty said...

v

Nuriz said...

assalamualaikum...nk minta share gambar..ari tu ad cite2 ngan kekwn ad yg cite sal buah mencupu nie...saya x tau n ramai yg x pena tgk n dgr...nk minta share gambar tuk letak kat blog. terima kasih atas info n gambar. rs cam nk cr mana ley dpt ya?

Unknown said...

Asalamualaikum... Klu di kg sy Bota buah di dipanggil "Cerhopu" - bunyikan dlm loghat perak ye! hehe.. Sedap sgt2 masam-masam manis gitew...yg x brp suka klu nk kupas kulit nya mmg bergetah. Bila nk mkn minta Mak kupaskan..ala nk manja ngn Mak kan... Unik nya ada sepohon pokok ni dpn rmh Mak sy, hasil drp proses semaian yg tdk disengajakan oleh Yop sy..haha..Pokok nye subur dan buahnya mmg banyak. Nk tahu kisah lanjut blh contact sy...Just nak share pokok tu sy sekeluarga namakan "Cerhopu TaikYop" hihi...

Norish.NN said...

boleh sy dpt kn biji benih yg dh masak? Boleh email sy di norish.norlin@gmail.com. tq

Norish.NN said...

boleh sy dpt kn biji benih yg dh masak? Boleh email sy di norish.norlin@gmail.com. tq

Unknown said...

Kat chenor phg di pnggil mencepu..penh rasa dua tiga kali..best jgk .sape2 ada benih die nk cuba tnm kat sini..respon k..pangsenam .

Unknown said...

Dah dpt ke?? Sy nk jgk..plss

Unknown said...

Kat mana kita nak cari mencepuh di johor..

Unknown said...

Asalam.. Klu nk mntk beli bole x? Nk rasa buahnya.. Bole email sy azuwanpaiman@yahoo.com @ no contact 0189050596 wan

Unknown said...

Saya tau buah ceropu. Manjat pokok pun ada. Di tepi padang SK Kuala Dipang Kampar Perak ada sepokok.