Posting ini adalah sambungan kepada posting sebelum ini. Masih lagi membicarakan tentang buku Perihal Orang Melayu. Sempena bulan merdeka ni saya nak cerita lebih sikit pasal orang Melayu. Ye la kan, negara kita pun nak menjadi negara maju pada tahun 2020 jadi, kita sebagai rakyat Malaysia yang berbangsa Melayu kenalah menjadi maju juga.
Menurut Swettenham, budak-budak lelaki Melayu pada masa kanak-kanak biasanya comel, matanya, alis dan keningnya cantik, pandangan matanya jauh agak penyedih dan muram, seolah-olah dia telah meninggalkan suatu tempat yang jauh lebih baik tetapi dipaksa tinggal di dunia ini. Matanya, yang luar biasa besar dan jernihnya, kelihatan seolah-olah penuh dengan kehairanan, tetapi terseksa dengan apa yang dilihatnya di dunia ini, dan kelihatan seolah-olah sentiasa ingin dibuka lebih luas lagi untuk mencari sesuatu yang tidak mungkin dapat ditemui.
Budak perempuan Melayu biasanya tidak secomel budak lelaki dan kurang diberi perhatian. Biasanya budak perempuan dibiarkan berlari ke sana sini sehinggalah sampai masa ia patut dipakaikan baju, yakni pada masa umurnya lebih kurang 5 tahun.
Orang Melayu merupakan seorang yang cepat belajar dengan cara meniru dan bila ia cukup bersemangat dan berhasrat untuk melakukan sesuatu dia juga boleh menjadi seorang mekanik yang baik.
Namun demikian dia seorang yang agak malas, dia tidak mempunyai sistem atau cara yang tertentu, tidak ada peraturan walaupun dalam hal waktu makan, dan tidak mementingkan soal masa.
Rumahnya tidak kemas, malah kadang-kadang kotor, tetapi dia mandi dua kali sehari, gemar memakai perhiasan diri iaitu dengan pakaian-pakain yang segak.
3 comments:
he he he, byk jugak yg betul perihal org melayu dlm buku tu, aku pun pernah baca buku tu....(nak jugak).
thank 6 krn meminjamkannya suatu waktu dulu.
pinjam takpe... janji pulang balik. hehehe
tidak ada peraturan walaupun dalam hal waktu makan? he he he
Post a Comment