Hasil Mutan sudah hampir ke penghujung, begitu juga manggis. Durian pula sudah lama menuju penamatnya untuk musim tahun ni. Sekarang, tibalah pula buah cempedak menunjukkan dirinya. Dari jauh sudah terbau baunya menandakan ada yang sudah masak. Sekurang-kurangnya ada 8 batang pokok cempedak kat kebun ni.
Kat kebun Pangsenam ni ada lah beberapa batang pokok cempedak yang berbuah. Lebat sangat buahnya. Dah dua kali ngangkut bawak balik ke Kuantan. Semerbak bau dalam kereta. Boh cakap, kalau tak habis buah ni dan masak sangat dah, maka campak ke luar pagar je kasi kerbau makan.Nampak tu? Bertungkoh-tungkoh. Ada buah yang diambung dengan kain, ada yang tak. Selalunya buah ni akan buruk sikit jika tak diambung kerana disengat oleh serangga.
Ni hasil yang dah masak. Bawak balik ke kuantan. Atas buah tu yang berwarna putih tu ialah tali tape IKEA. Nak ukur panjag buah ni yang luar biasa... 18 inci panjangnya.
No comments:
Post a Comment