Monday, August 25, 2008

Ke Ganu n Kelate...

Saya baru balik bercuti dari Terengganu dan Kelantan. Bercuti 3 hari 2 malam. Banyak cerita yang nak di muatkan dalam posting ni tetapi tak molek la jika cerita banyak dalam satu posting. So, untuk posting pertama ni saya cerita tempat penginapan sahaja. Nanti di posting yang lain saya cerita pasal kisah lain pula.

Ini lah tempat persinggahan selama 2 malam. Ini merupakan rumah rehat Bank Rakyat. Sebagai staff, kakak saya dapat menyewanya untuk 3H2M. Kadarnya agak murah. Ia adalah sebuah apartment. Ada 3 bilik. 2 bilik air. Pendek kata lengkap la. Apartment ni terletak di Sultan Mizan Golf and Country Club, Ibai.

Apartment ni berada di tingkat 7. Pemandangan amat mengasyikkan.

Ini ruang tamu. Ada set sofa, tv, penyaman udara dan astro.

Ruang makan ada meja makan untuk 6 orang.

Ruang dapur serba lengkap. Ada microwave, hud, dapur, periuk nasi, cerek, peti, gelas, set sudu, pinggan dan semua alatan dapur. Kita cuma bawak beras, susu dan teh sahaja.

Bilik tidur ada 2 katil bujang bagi bilik tidur no 2 dan no 3. Bagi bilik tidur utama ada 1 katil kelamin. Semua bilik ada aircond. Sungguh selesa.

Ini lah ruang untuk berehat selama 3H2M di Terengganu dan Kelantan. Terima kasih kepada Bank Rakyat. Semoga semua syarikat di Malaysia menyediakan kemudahan kepada staffnya seperti Bank Rakyat ni. Itu sahaja untuk kali ini... Terima Kasih.

3 comments:

Mc Zue said...

itulah kelebihan pantai timur dan juga staff bank rakyat.. hehehe

Jankaulu said...

aku pernah jugak nak tido kat situ 2 malam dulu...(nak jugak...)

Jankaulu said...

salah ayat 6, sori gitu, sebetulnya: aku pernah jugak dulu tido situ 2 malam (nak jugak...)

apartmeng tu dalam RM180-Rm200K reganya sekarang. kalu lengkap perabut sewa sebulan dalam RM2500 ke RM3K sebulan, (mak oi...)

Best tidur situ angin segar bugar datang terus dari laut china selatan...