Thursday, August 14, 2008

Jalur Gemilang...

Hari ni dah 14hb Ogos. Tak lama lagi nak menyambut kemerdekaan negara Malaysia kali ke-51. Sambil kita kibarkan bendera Malaysia di kereta, rumah, pejabat, kebun dan blog masing-masing, marilah kita ingat kembali makna-makna yang terdapat di bendera kita ni. Cuma nak periksa semula samaada pemahaman kita betul atau tak. Kalau apa yang saya tulis ini salah atau telah berubah, boleh lah sama-sama kita perbetulkan.

Ini merupakan bendera Malaysia. Ia telah dinamakan Jalur Gemilang. Bendera ini dapat menimbulkan rasa bangga kita kepada negara dan akan membangkitkan semangat cintakan negara.

Jalur Gemilang ini melambangkan penyatuan negeri-negeri yang berada di dalam Persekutuan, perpaduan rakyat dan kerajaan.

Jalur Gemilang mempunyai 14 jalur merah dan putih yang sama luasnya. Terdapat juga bintang 14 penjuru. Ini melambangkan 13 buah negeri dan Wilayah Persekutuan di Malaysia.

Bulan sabit pula melambangkan agama rasmi negara Malaysia, iaitu agama Islam.

Warna kuning pada bulan sabit dan bintang ialah warna diraja duli-duli Yang Maha Mulia Sultan-sultan dan Yang Dipertuan Agong sebagai ketua negara Malaysia.

Suku bahagian atas bendera yang berwarna biru tua melambangkan perpaduan rakyat Malaysia.

3 comments:

jankaulu said...

thanks adnan, kadang-kadang benda-benda simple (tapi amat penting) nilah kita tak ingat sbb dok ingat benda-benda hebat (padahal tak penting..., he he he).

pangsenam said...

Jalur Gemilang

Merahmu bara semangat waja
Putihmu bersih budi pekerti
Kuning berdaulat payung negara
Biru perpaduan kami semua

Puncak dunia telah kau tawan
Lautan luas telah kau redah
Membawa semangat jiwa merdeka
Semarak jaya kami warganya

Empat belas melintang jalurnya
Semua negeri dalam Malaysia
Satu suara satu semangat
Itu sumpah warga berdaulat

Jalur gemilang... di bawah naunganmu
Jalur gemilang... kami semua bersatu
Perpaduan ketaatan
Amalan murni rakyat Malaysia
Jalur gemilang... megah kami terasa
Jalur gemilang... kibarkanlah wawasan
Merah putih biru kuning
Jalur semangat kami semua

Berkibarlah
Berkibarlah
Berkibarlah

Jalur gemilang

madier said...

Merdeka..!Merdeka!....Merdeka????