Sekurang-kurangnya sebulan sekali saya akan balik ke Pekan Bandar Diraja. Sudah pastinya sebabnya ialah nak balik kampung mentua. Kalau cerita bab Pekan, bagi saya selain balik kampung umah mentua, ada dua perkara yang saya mesti buat, iaitu gunting rambut dan menjeling ke bangunan lama kolej.
Jangan tertipu..., ni gambar dulu, gambar lama.
Sekarang bangunan tu dah bertukar kepada Ibu Pejabat Polis Daerah Pekan. Sebelum pindah ke Kuantan, kat bangunan ni lah saya bekerja. Nampaknya dataran dah bertukar menjadi padang kawad. Jalan masuk sudah ditar baru. Bangunan asrama pelajar masih ada. Ruang parking kereta telah dipenuhi dengan kereta peronda polis. Inilah bangunan yang selalu saya jeling jika lalu sambil nak ke bandar.
Ni pulak kedai gunting rambut Sri Suria. Saya selalu bergunting rambut disini. Ada satu lagi cawangan kat Maidin pekan, tetapi saya tetap akan bergunting rambut disini sebab ada seorang tukang gunting ni dah paham kehendak saya. Dah 7 tahun saya bergunting disini. Harga tetap sama RM6 tetapi saya lihat pelanggan lain harganya di antara RM8 - RM10. Mungkin saya regular customer. Dulu ada gak test bercukur, tapi dah takut sebab ada sekali tu berdarah sikit lepas bercukur. pastu, tak berani dah. hehehehe... Tukang gunting ni indian tapi servis bagus. Saya rasa kerabat pun bergunting disini sebab ada sekali tu saya lihat tukang gunting ni guna kain lain bila menggunting rambut seorang pelanggan ni. Kain lipatan baru yang berbau amat wangi, bersih dan bergosok. Hormat pun lain macam. Cara sentuhan rambut pun berbeza. Ok... itu sahaja cerita dari Pekan.

12 comments:
Rindunya... suasana kehidupan kat pekan yg dulu...tenang n simple. Ta kini cemanan ye...Masih tenang, masih simple... atau hati yg x tenang n simple lg...hehhehehe..
Pekan mengajar aku untuk men`urbanisasi'kan diri,mengajar aku berhijrah dari daerah dukaku,
Pekan mengajar aku untuk mencabut selumbar di lapisan hatiku, menyembuh luka, tabah melihat parut rindu.
terima kasih Pekan...
terujanya tengok bangunan lama di pekan..tapi tetap rasa sedih...banyak betul perubahannya... pekan juga mengajar aku mengenali dunia sebenar bekerja dan juga teman2 yang boleh berkongsi suka dan duka...
bestnya kat pekan....jadi pej polis dah ye...tapi paling tak dpt lupa..kedai gunting tu....aku pun gunting kat situ dulu..(nak jugak)...ingat lagi..masa ulang alik wat MBA pun still lagi singgah gunting kat situ sblm balik bpht...memang pyh nak cari kedai gunting yg faham kehendak kita...hehhee...sekarang ni lagi parah..main gunting sendiri jeee....haaha
rasanya mu la madi yang kenalkan aku ngan tukang gunting ni dulu... hehehehe teringat ke mung dulu pas cukur jambang ngan dia... smart gile hehehe
ye la bila sebut PEKAN banyak kenangan manis kat sana..rasenya masih terbayang-bayang suasana kat san happening kan.
Nan....jgn lebih2...tgh kembang ni....hahahhhahaha
ada seorang lelaki india tua selalu lepak kat kedai tu. Pakai kopiah... islam. Ramcak dia berborak ngan tukang gunting, aku tak paham pun.
Maju kedai ni sekarang. Kat sini ada 4 tukang gunting. Kat cawangan dia belakang Maidin ada gak. Kat kuantan pun ada satu cawangan dia.
Servis baik punya. Kadang2 dia kasi urut belakang. Masa nak patahkan leher... aku geleng kepala. Takut ooo...
Servis memang baik punyaaa...hehhehe...tukang gunting diraja tu...hahha..
tu yg hebat kalu duk kat pekan tu...gunting rambut kat kedai gunting diraja...wat seluar pun kat tukang jahit diraja...hehehee
cina tukang jahit diraja tu ada lagi ke skang nan??hehehe
ada lagi. dah tua sangat dah, masih lagi tekun menjahit. Tapi baju melayu aku tempah dengan ayah noni. Seluar kije je aku tempah dengan tukang jahit tu. Tapi itu duluuu (ikut nada M zain dlm labu labi), sekarang seluar aku beli je...
Bab bergunting je masih kat sri suria. Bila aku masuk je, dia dah tau dah. Tukang gunting lain pun tau dah yg aku hanya bergunting ngan sorang ni je... hehehe
samo lah nan....(nak jugak)..kalau sampai turn aku..tukang gunting tu tak siap gunting lagi,mesti member dia suh org lain dulu...kalau ada brader tu,yg lain cam segan je nak gunting rambut aku...sebab aku slalu gunting ngan dia..yg ada tatto kecik kat tangan...hehhe
hehhe..kalau guntingpun sebab brader yg slalu gunting rambut aku tu takde jer...tu pun asyik tanya je..elok ke tak elok...hahahha..lawak2...
betul. yg ada tatoo kat tangan tu. dia tokey kot. Yg bagus nye dia ni masa isi air nak cukur tu pakai tangan je, tak pakai berus. Dia tau kot yg kita ni was2 dengan berus tu kot2 bulu babi.
Post a Comment