Friday, August 15, 2008

Rukun Negara...

Ingat lagi Rukun Negara? Tak ingat? Takpe... Mari kita ingat semula. Kalau ikut sejarah, Rukun Negara telah diisytiharkan pada 31 Ogos 1970. Ia merupakan ideologi kebangsaan kita. Rukun Negara ini berperanan untuk membentuk perpaduan dan menjamin kesejahteraan masyarakat yang berbilang kaum dan agama.

Rukun Negara bertujuan melahirkan masyarakat yang bersatu, demokratik, adil, liberal dan progresif. Terdapat 5 Prinsip Rukun Negara iaitu:

  1. Kepercayaan kepada Tuhan: Islam ialah agama rasmi tetapi kebebasan agama terjamin.
  2. Kesetian kepada Raja dan Negara: Rakyat mesti taat dan setia kepada Yang Dipertuan Agong dan negara.
  3. Keluhuran Perlembagaan: Kita mesti mempertahankan dan menyanjung perlembagaan kita.
  4. Kedaulatan Undang-undang: Kita mesti mematuhi undang-undang negara kita kerana ia melindungi hak kita.
  5. Kesopanan dan kesusilaan: Rakyat harus sentiasa bertingkah laku sopan dan santun.

Itulah 5 Prinsip Rukun Negara. Dulu ingat sangat kan? Masa kat sekolah rendah dulu... ada tertulis kat belakang buku nota yang kaler coklat tu. MERDEKA!!!

No comments: