Saya hanya ingin senaraikan ciri-ciri orang Melayu dari kacamata Frank Swettenham ni. Mari kita lihat, setelah 51 tahun merdeka, adakah orang Melayu telah berubah atau masih mengekalkan ciri dahulu. Antara ciri-ciri orang Melayu ialah:
1. Orang Melayu berbadan pendek, gempal dan tegap, rambutnya lurus dan hitam, warna kulitnya gelap, hidung dan bibirnya agak tebal, dan matanya cerdas dan cerdik.
2. Biasanya bersifat baik hati, gerak-gerinya sopan dan senang berbicara.
3. Orang Melayu tidak pernah menikus, tetapi dengan orang yang tidak dikenalinya dia agak pendiam dan agak curiga, walaupun tidak ditunjukkannya.
4. Seorang yang berani dan amanah dalam menjalankan tugas.
5. Bersikap suka berbelanja, suka meminjam wang, dan lambat pula membayar balik.
6. Dia mengambil tahu hal ehwal jiran tetangganya dan sebab itu kadang-kadang dia juga suka bercerita tentang hal orang.
7. Dia seorang yang konservatif, bangga dan cintakan tanahair dan rakyatnya, memuliakan adat resamnya, takut kepada rajanya, dan menghormati pihak berkuasa - tetapi dia mencurigai semua jenis pembaharuan dan akan menentang apa-apa pembaharuan yang dipaksakan ke atasnya.
8. Dia pengikut Muhammad dan percaya kepada takdir, tetapi dia juga percaya kepada tahyul.
9. Dia tidak pernah meminum sebarang minuman yang memabukkan, jarang-jarang sekali menghisap ganja. Tetapi gemar berjudi, menyabung ayam dan permainan-permainan lain seperti itu.
10. Dia memang semulajadinya suka bersukan, pandai menangkap dan menjinakkan gajah, nelayan yang mahir, dan sungguh cekap sekali dengan perahu.
11. Semangat berpuak-puak juga tebal dalam dirinya.
12. Orang Melayu pantang menerima sebarang penghinaan, padanya hal ini harus dihapuskan sekalipun dengan pertumpahan darah. Jika dia merasa maruahnya dicemarkan, sama ada hal itu betul atau tidak, dia menyimpan perasaan itu dalam hatinya sehingga dia betul-betul dihantui dengan niat untuk menuntut bela.
Ini merupakan beberapa ciri tang ditulis oleh Frank Swettenham. Nampaknya, ada ciri-ciri yang telah berubah dan ada juga ciri-ciri yang masih kekal dalam diri manusia yang berbangsa Melayu. Untuk lebih lanjut, bolehlah membaca buku ini. Semuanya ada 22 bab tentang masyarakat Melayu dari kacamata Sir Frank Swettenham.
11 comments:
hebat dah ada buku ....
bukan buku aku. buku org ni. aku ambik sebahagian dari buku ni utk ditulis dalam blog. Nak buat buku belum lagi. nak menulis pun tak reti, baru nak belajar cara2 menulis dengan betul.
Contohnya kalau nak buat titik lepas ayat, undang2nya ialah guna 3 titik sahaja, jangan lebih. hehehehe...
Nan...aku pun nak tulis buku jugak la..(nak jugak,ayat suki)..hehehe..aku nak tulis perihal mat saleh plak...tapi aku nak tulis dlm bahasa melayu jer....mana tau satu hari ada org berminat nak terjemah buku aku tu dlm bahasa omputih lak...hehehe..
amacam?ok tak idea aku?hahaah
ok tu madi. sekurang2nya dari kacamata orang pure melayu. melayu ganu lagi. Tulis pasal gelagat dia dan pemikiran dia... hehehe
sekarang ramai Melayu dah pandai2, kan. Ramai yang cerdik dan `buat-buat' pandai kan. Tapi org Melayu ni bila dah pandai payah nak ajar kan? he he he. Kenapa? kenapa...?
Rasanya nak menulis (bukan buat buku) mengenai pemikiran orang Melayu yang pandai tak boleh diajar, he he he (nak jugak).
salam org koi
bleh la tumpang manjat kat kebun mutan aok ek, koi ni takde kebun..
pangsenam tu tak jauh dr kg aboh koi, buntut pulo
salam org koi
bleh la tumpang manjat kat kebun mutan aok ek, koi ni takde kebun..
pangsenam tu tak jauh dr kg aboh koi, buntut pulo
nak komen gak...nak bg teke teki berguna..mungkin penulis buku tak tulis kot...nape orang melayu makan guna tangan...terer jawab.....
ajah
boleh. sekarang mutan dah hampir 100% masak. Dah merah n kuning sangat dah. Tak perlu manjat, rendah je.
asmadi
jawapannya... kasi org lain la dulu teka.
madi..try jawab..
sbb jaminan kebersihan sudu xde. ntah2 jatuh dlm parit mana kite tau. tgn kite, kita tau kita dah guna wat pe.basuh btl2 bila nk makan(x bsh sendiri tanggung). tgn kita bkn senang nk jth dlm parit kecuali ngn kiter2 skali jatuh. hehehheeh
kat tangan kita tu ada sejenis enzim (macam kelenjar kot). fungsi boleh nolong penghadaman.tuhan maha kaya, nabi pun makan pakai tangan...
tapi kenalah pakai tangan kan, tak kan makan pakai kerusi atau meja. he he he.
Post a Comment