Masa bercuti ke Terengganu dan Kelantan dulu, kami bertolak pada pagi Jumaat dalam pukul 830 pagi. Singgah di restoran Zaman dulu pekena nasik lemak. Kemudian barulah bertolak ke Terengganu lalu ikut jalan tepi pantai.
Ontheway tu lalu kat Paka, tempat loji minyak. Singgah kejap untuk ambik gambar. Lagipun tak tergesa2 pun nak sampai ke rumah rehat. Planning nak sembahyang jumaat kat Masjid Terapung kalau dan.
Bergambar kat signboard je... teringat kat seorang kawan tu ngajar kat UiTM Dungun...
Saya rasa tempat peranginan ni baru nak di majukan kerana tempatnya agak tersorok sedikit. Jalan masuknya baru di tar. Tandasnya belum molek lagi, dengan pintu yang daif. Tiada gerai jualan lagi. Penunjuk arah pun tiada. Namun begitu, pemandangan dari pondok tu amat cantik sekali. Lebih kurang pukul 1130, barulah bertolak semula ke Terengganu. Nampaknya nak sembahyang jumaat kat masjid Rusila je la.
2 comments:
tgk2 gmbr tu rasa cm penah gi, ms teman yana gi interview ari tu gaknya.
*Betul x mc zu tmpt tu kite gi dulu
Hai singgah kat tempat kite ke? Wah cantiknya, Seronoknya.
Post a Comment