Dalam masyarakat Melayu kita boleh lihat penuh dengan sikap hormat menghormati antara satu sama lain. Ini kita boleh lihat dengan jelas dari panggilan yang digunakan dalam sesebuah keluarga masyarakat Melayu. Kali ini saya nak tulis pasal panggilan pangkat dalam masyarakat Melayu. Panggilan ini mungkin berbeza bagi sesetengah tempat. Oleh itu, jika ada kesilapan, harap dapat diperbetulkan.
Dalam masyarakat Melayu, inilah senarai yang biasa kita gunakan:
- Along untuk anak sulung.
- Angah untuk anak nombor 2.
- Uda untuk anak nombor 3.
- Ateh untuk anak nombor 4.
- Tam untuk anak nombor 5.
- Andak untuk anak nombor 6.
- Alang untuk anak nombor 7.
- Anjang untuk anak nombor 8.
- Chek untuk anak nombor 9, dan
- Chu untuk anak nombor 10.
Ada sesetengah tempat, Chu juga digelar Busu menandakan anak bongsu. Begitu juga dengan Along, ada juga yang menggelarkan Wa.
Maka, dengan adanya gelaran tersebut anak-anak sedara atau cucu atau cicit akan memanggil dengan gelaran itu contohnya Pak Su, ayah Andak, aki long, Wan Chu dan sebagainya. Tengok, tertibnya masyarakat dulu memberi gelaran sehingga sekarang pun kita masih menggunakannya.
Eh!, tak kan 10 je... anak kesebelas dan seterusnya nak panggil apa? hehehe...
5 comments:
bagi orang kelantan kalau anak sulung itu perempuan, di kalangan adik beradik mereka akan panggil "kak nik"
Mc, nama anak sulung pompuan tu ada nama nik ker? hehehehe... Ada jiran sy pggl mak dia dgn nama Wan..dah la nama mak dia Wan Zaharah..
D6, sori eh wat tempat citer nama jiran dia plak...
kak eja:> ta der nama nik.. tapi kebanyakkannya memang pangil kak nik.. macam mak saya namanya soto atikah
salah taip.. bukan soto tapi sity.. hehehe
takpe... sini boleh comment apa sahaja tetapi mesti menurut hikmah dan tanggungjawab
Post a Comment