Thursday, June 12, 2008

Bukan mudah...

Sedar-sedar sudah hampir 8 tahun saya mengajar. Berbagai-bagai kerenah pelajar yang telah saya jumpa. Ada yang teramat cerdik dan ada yang teramat bodoh. Semua memerlukan kesabaran.

Walaupun dah hampir 8 tahun mengajar tetapi saya masih lagi rasa berdebar-debar bila nak masuk ke kelas. Perasaan tu masih wujud walaupun subjek yang diajar tu memang kita dah expert. Perasaan ni akan hilang bila terkeluarnya ayat "Assalamualaikum dan selamat pagi semua..." di mulut saya di dalam kelas.

Sebenarnya bidang mengajar ni berat tanggungjawabnya. Kita harus kuasai bidang yang kita nak ajar itu lebih dari pelajar kita. Jangan sesekali masuk mengajar jika anda tidak bersedia. Para pelajar akan nampak jika kita tidak bersedia.

Gaya mengajar? Saya lebih selesa manggunakan papan putih. Saya tidak menggunakan slide or power point. Saya tidak suka berjalan-jalan didalam kelas. Saya lebih selesa berada di depan kelas sahaja dan kadang2 duduk atas penjuru meja (ni perlu ni sebab nak menunjukkan keyakinan dan keegoan kita pada pelajar). Tetapi, setiap pengajar mempunyai gaya masing2. Tidak perlu kita mengikut gaya orang lain, yang penting kita selesa dengan cara pengajaran kita.

Masa? Saya tidak boleh mengajar 3 jam!. Saya bukan orangnya yang boleh mengajar 3 jam direct. Selalunya kelas saya paling lama 2 jam sahaja tetapi ia jarang berlaku. 1 jam sudah dikira hebat bagi saya.

Yang penting untuk menjadi pengajar, kita harus ada ilmu. Kelulusan akademik bukan jaminan kita untuk bergelar pensyarah, cikgu, ustaz atau sifu. Bagaimana untuk mendapat ilmu? Ya!, banyak cara kita untuk mendapatkan ilmu. Kita harus membaca. Semua bahan bacaan harus kita baca supaya kita menjadi seorang yang bermaklumat. Sila lah baca paper, buku, novel, majalah, research, blog, internet dll. Menonton tv pun adalah satu cara untuk mendapatkan ilmu. Boleh tengok national geografic, forum perdana, discovery dll.

Apabila sudah menjadi pengajar, tugas kita adalah menerbitkan ilmu. Siapa lagi yang bertanggungjawab untuk mengembangkan ilmu jika bukan pensyarah? Buat la penulisan, research, buku, artikel dll. Kita rakyat malaysia sememangnya dahagakan rujukan ilmu terutama ilmu yang berbahasa melayu. Jadi, pensyarahlah yang bertanggungjawab untuk melaksanakannya.

Itu sahaja untuk kali ni. Saja nak lepaskan gian menulis. Lama dah tak menulis... sibuk sikit. Allahuaklam.

4 comments:

Jankaulu said...

Mgajar d skolah, d kolej dan universiti brlainan skill yg kita prlu. tapi mmang pling pting fktor ksabarn, student skrg lain sikit. Kalau tak sabar,susah.

Ayat kau `Yang penting untuk menjadi pengajar, kita harus ada ilmu. Kelulusan akademik bukan jaminan kita untuk bergelar pensyarah, cikgu, ustaz atau sifu.' menarik hati aku...memang ada kperluan lain bukan stakat klulusan akademik kan...antaranya ilmu yg kita dapat dari U sntiasa up to date dan semasa.

Adalah juga beli buku tapi tak banyak mana, kalu beli biasanya dlm bidang ptadbiran, sains politik dan majalah LAMAN (impiana).

Molek jugak kalau diadakan kajian mengenai tahap pbacaan d klangan ahli akademik. Adakah mereka membeli buku? kalau tak beli kenapa?

Tapi buku kat Malaysia mahal la 6... Apa apa-apa pendapat?

Mc Zue said...

jankaulu... mahal bagi seorang pendidik bukan satu masalah yg besar... yng penting sikap untk sentiasa membaca dan update kan diri mesti sentiasa ada...

Jankaulu said...

Betul jugak, kalu pingang mangkuk perek dan conin ware boleh beli, (malah sanggup berhutang,he he he) knp nak beli buku susah ya?

thanks zue...

update apa yg patut...he he he

Jankaulu said...

sori ya, yg beli conin ware dan perek berhutang tu sayalah. he he he, jgn terasa. lagipun kak na menawarkan ansuran yg mengiurkan. he he he.