Thursday, June 19, 2008

Untuk kita berfikir...


Saya rasa peristiwa macam ni sering berlaku kepada kita.


Kita baru sahaja mendapat duit lebih iaitu mungkin hasil duit dari kita buat kerja part time, duit bonus, duit elaun dan sebagainya. Tetapi dalam masa yang sama sering berlaku perkara yang memerlukan duit kita keluar, contohnya kereta rosak, anak sakit, road tax mati dan lain-lain lagi. Lantas kita selalunya berkata:


"Hai, macam tau-tau je aku ada duit..., itu rosak la, ini rosak la. Dulu tak nak pulak dia rosak"

Gambar hiasan: Musibah Tsunami

Sedarkah kita bahawa jika kita mengeluarkan ayat begitu seolah-olah kita tidak mensyukuri nikmat Tuhan. Cuba bayangkan jika kereta kita rosak waktu kita takde duit lebih. Atau bayangkan masa tiada duit part time tu road tax kereta mati. Ha!, lagi teruk rasanya keadaan kita.


Sepatutnya ayat yang kita ungkapkan ialah:


"Alhamdulillah, nasib baik la kereta ni rosak masa aku ada duit lebih ni, kalau tak..., mana aku nak cekau duit...".


Oleh itu, marilah kita bersama-sama merenung kembali segala peristiwa yang berlaku ke atas kita dengan mata hati (Mek P punya blog ni). Wallahu'aklam.

2 comments:

Mc Zue said...

alhamdulillah...terima kasih ya allah atas nikmat n rezeki yang kau berikan kepada kami sekeluarga.

Jankaulu said...

hairankan...bila dapat duit kutu, terus ada-ada je benda nak dijelaskan. perasan tak? he he he...