Tuesday, June 17, 2008

Nok ke kulu...

"Awok nok kone?"

"Nok ke kulu jap..."

Selalunya itulah jawapan yang diberi oleh penduduk kampung Pangsenam jika hendak ke bandar Temerloh. Nok ke kulu maksudnya ialah hendak ke hulu. Penduduk Pangsenam menggunakan aliran sungai pahang bagi merujuk arah tempat yang hendak dituju seperti hulu, hilir, darat dan tebing.

Hulu, merujuk kawasan yang berada di hulu kampung pangsenam seperti bandar temerloh. Hilir pula merujuk kawasan yang berada dihilir kampung pangsenam seperti kg lebak, tenggoh dan lain-lain. Darat pula merujuk kawasan yang jauh dari sungai. Manakala tebing pula merujuk arah yang semakin hampir dengan sungai. Contohnya jika satu masa dahulu ada penduduk kampung pangsenam yang hendak sungai, maka dia akan berkata "Koi nok ke tebing kejap... nok ke jamban, tok tahan dah ni... merengat ngat perut".

Di hulu kampung pangsenam terletaknya bandar Temerloh. Lebih kurang 5km jauhnya dari pangsenam. Disinilah penduduk kampung mencari keperluan harian. Jika hendak ke bandar, selalunya penduduk kampung akan menaiki bas, kenderaan sendiri atau 'prebet sapu'.

Bandar Temerloh sebenarnya agak besar juga. Ia merupakan bandar kedua terbesar di Pahang selepas Kuantan. Majlis Daerah Temerloh menjaga kawasan hingga ke bandar Mentakab.

Hampir kebanyakkan kemudahan di bandar lain ada di Temerloh. Ada pasar untuk penduduk membeli ikan dan sayuran. Ada pasaraya The Store (kalau saya balik kampung... inilah tempat favorite). Ada KFC, Pizza hut dan McDonald (kat Mentakab). Terdapat juga pasaraya Cowboy dan Terus Maju.

Pada setiap pagi ahad, terdapat pekan sehari di bandar Temerloh. Ia terletak berhampiran dengan sungai pahang. Bermula dari stadium Temerloh, hingga lah ke bulatan dekat masjid besar Temerloh. Macam-macam keperluan ada disini. Tapak ini juga dijadikan tapak pasar ramadhan di bulan puasa. Ada beberapa penduduk pangsenam yang berniaga di sini juga.

Ni gambar pekan sehari temerloh hari ahad. Ni area pintu masuk dekat masjid. Di sini tak crowded sangat sebab tumpuan lebih di pintu masuk dekat stadium.



Temerloh juga dikenali dengan nama Bandar Ikan Patin kerana ikan patin merupakan ikan popular disini. Nanti kita cerita pasal masakan ikan patin di post yang lain.

Bagi yang berminat untuk ke temerloh, boleh naik bas atau teksi. Jika dari Kuantan, boleh naik bas dari terminal makmur. Manakala jika dari Kuala Lumpur, boleh naik bas di pekeliling. Ok, selamat datang ke Temerloh.

No comments: