Wednesday, June 4, 2008

Banjir di Pangsenam

Ni la keadaan banjir kat kg. pangsenam dulu dalam bulan 12 tahun 2007. Jalan raya memang terputus hubungan. Nak ke Triang tak lepas, ke Temerloh pun tak lepas. Bekalan elektrik pun terputus. Bergelap la orang kampung. Nak cas bateri handphone pun tak boleh. Sape yang ada charger dalam kete, boleh la cas.
Penduduk kampung beramai-ramai memasak dan makan di Masjid sahaja. Keadaan banjir ni umpama pesta bagi orang kampung. Ada yang menangkap ikan, mandi manda dan sebagainya. Yang seronoknya, ada seorang penduduk kampung ni mendapat seekor kancil kerana kancil ni lari masuk dalam rumah dia. Maklum lah semua tempat dinaiki air.







Sempat lagi beberapa penduduk menjual hasil tanaman di atas jalanraya. Ada yang menjual labu, ikan sungai, lada, rebung dan lain lagi hasil kampung.



Bantuan yang dihantar oleh pihak berkuasa kepada mangsa banjir. Ada beras, biskut, sardin, susu, gula dan garam. Semoga semua mangsa banjir tabah menghadapi dugaan ini.

No comments: