Thursday, June 5, 2008

Hasil Rambutan

Ini pulak hasil rambutan di kebun kami. Indahnya di pagi hari beramai2 memetik dan mengait buah rambutan. Teringat kata2 arwah Wan Tang kepada ayah saya 25 tahun dahulu.
"Mid... awok pergi la menanam pokok buah kat Tanah Huma tu..., nanti dah berbuah, budok2 ni boleh la makan buah tu. Kalau tak, bila balik kampung, budak2 ni nengok je pokok buah orang lain..."
Alhamdulillah... sekarang kata2 tu terbukti benar. Kami boleh memanjat, mematahkan dahan, makan sepuas hati dan lain-lain lagi dikebun ini.
Abang sedang memanjat pokok rambutan kuning. Hasilnya, dapat la satu kereta sorong seperti di gambar bawah.


Ni gotong-royong namanya. Seorang menarik buah dengan galah, seorang lagi menggunting buah yang masak lalu dicampak ke dalam kete sorong. Pendek kata, dengan teknik camni, buah tu tak jatuh pun ke tanah. Tak kotor pun.
Sedang menggunting buah yang rendah. Nampak tak jaring yang mengelilingi pokok tu? Tnak halang kera dan tupai makan buah.

Abang long sedang membersihkan buah yang telah dipetik. Ni rambutan budok sekoloh ni.

Ni hasil nya. Seronok kan? Tapi hendak mendapatkan keseronokkan ini, banyak dugaan yang perlu dilalui. Sepanjang berkebun ni, banyak kali dah kerbau memecahkan pagar, masuk ke kebun, memusnahkan pokok dll.
Masa mula2 menanam dulu... lagi lah letih. Menebas, membaja dan menyiram jadi perkara biasa bila balik kampung. Boh menebas dengan parang, abang, saya dan adik menebas dengan mesin rumput sambil menyangkul keliling anak pokok, mak pulak menabur baja. Koklong dan kok ngah duduk kat rumah memasak.
Oleh itu, jika anda hendak berkebun, mulalah dari sekarang.



2 comments:

madier said...

best..best...rasanya aku penah panjat ngan makan rambutan kat sini...satu masa dulu....best wei...manggis takde ke nan?rindu ler nak mkn....hahaha..

danny said...

ye... aku ingat. mu ada datang memanjat langsat. Tinggi yang teramat pokoknya dan mu pun tergayat diatas pokok. hehehehe.

Manggis sedang berbunga. maybe bulan 9 masak. nanti mu balik malaysia boleh datang makan puas2