Monday, June 9, 2008

Kena ubah gaya hidup lagi...

Alamak! Naik lagi minyak petrol. Nampaknya kena la ubah lagi gaya hidup. Dah entah berapa kali dah gaya hidup ni berubah. Pasni tak tau nak ubah apa lagi. Maybe kete Iswara ni kene jual... pakai beca je, jimat sikit (ubah gaya idup). TV, peti ais, komputer, aircond, dvd player kat umah pun kena jual sebab nak jimat letrik (ubah gaya hidup). KFC, burger king, mcdonald dan pizza hut tak boleh singgah dah sbb nak jimat (ubah gaya hidup). Balik kampung tak boleh dah sebulan dua kali, maybe setahun dua kali jer... raya aji dan puasa sebab nak jimat (ubah gaya idup). Pokok bunga kat umah kena cantas belaka, kasi tanam lada, terung dan sayur sebab boleh jimat (ubah gaya hidup lagi...). Rumah yang dibeli ni kena jual gak... kena beli pondok takde bilik... jimat sikit (ubah gaya hidup lagi). Handphone tak payah pakai, pakai public phone je, jimat sikit (ubah gaya hidup).

Pendek kata, semua gaya hidup kena ubah. Pasni, kalau naik lagi harga petrol dan diikuti oleh harga barangan lain, maka tak tau dah apa lagi yang perlu diubah. Terasa diri ini orang miskin walaupun pendapatan isirumah beribu2. Sekadar perbandingan:

Singapura harga petrol adalah RM5.20 seliter. Malaysia RM2.70 seliter. Tetapi pendapatan per kapita singapura setahun ialah RM106,000. Manakala pendapatan per kapita Malaysia RM21,500 setahun. Maknanya, purata pendapatan sebulan rakyat singapura adalah RM7500 manakala rakyat malaysia RM1500. Hmmm... nampaknye takde masalah la rakyat singapura nak berbelanja sebab gaji mereka mahal. Tak perlu lah mereka mengubah cara hidup.

Entah lah... harap2 segala ini akan berubah. Eh!... singapura bukan negara pengeluar minyak kan? Kenapa kita beria2 nak banding dengan dia...???

2 comments:

jankaulu said...

gaya hidup ni sukar nak berubah, sbb dah jadi tabiat, dah jadi jatidiri. sapa yang kaki wayang tetap kaki, sapa yang pakai Lancome tak kan nak pakai Avon.

kalau pendapatan naik sejajar dgn inflasi tapi perangai dok tala tu gak, terduduk

ubah gaya hidup yang praktikal patut dibuat, tapi macam mana practikalnya?

mantaro said...

sebenarnya..bg aku,seme ni terserah pada kekuatan diri sendiri...first faktor nak ubah cara idup ialah pd diri sendiri..lain2 faktor tu yg penting maybe pd desakan persekitaran...cth cam aku skang ni...aku rasa sejak aku duk UK ni..dah dekat sth aku tak mkn KFC...bkn sebab takde duit..tapi disebabkan tak HALAL...so aku rasa,dah sampai masanya jadikan kenaikkan harga brg ni sebg satu faktor desakan persekitaran yg blhkan kita kuat utk UBAH CARA IDUP...hehehe