Gambar atas ni buah yang belum masak. Selalunya dekat2 nak masak, buah ni kena balut ngan jaring. Kalau tak, nanti kita berebut ngan kera dan tupai.
Tengok lah buah yang bergayut tu. Macam anggur pulak. Siapa yang nak rasa memetik buah ni, boleh la wat temujanji. Ha! nanti bila musim berbuah nanti, kita pakat la petik sama2. Konsepnya mudah je. Datang, makan sepuas hati dan bawak balik seplastik FREE. Kalau nak menjual, harga kena la kira lain. Harga kena tanya BOSS (ayah saya).
Hasil yang di bawa balik selepas memetik. Baru sepokok tu. Tu pun tak abis lagi petik. Pokok dokong ada dalam 20 batang. Duku johor ada 2. Duku ada 5 batang. Langsat berbatang2.
Dalam beg galas adik saya tu pun ada gak buah. Tu buah yang terpilih, paling molek. Buah2 ni kami adik beradik pakat2 bawak balik utk bagi kawan2 rasa, bagi kat mentua, jiran2 dll. Mudah-mudahan dapat keberkatan dan pokok ni rajin lagi berbuah.
No comments:
Post a Comment