Tanggal 20/12/2007, kira-kira baru 2 hari air banjir surut, penduduk kampung pangsenam bersama-sama melaksanakan ibadah korban. Seekor kambing dan 2 ekor kerbau telah dikorban kan.
Sebenarnya ada ramai peserta korban tetapi disebabkan keadaan banjir yang baru surut maka pada hari raya pertama hanya kambing dan 2 ekor kerbau itu sahaja yang di sembelih. Hari berikutnya, ada beberapa ekor lembu lagi telah dikorbankan.
Yang berserban putih sebelah kiri tu merupakan penyembelih veteren di kampung pangsenam. Yang berkopiah putih dan berbaju melayu ungu tu sedang mengisytiharkan nama peserta korban untuk kerbau yang akan disembelih.
Bismillahirahmanirahim... Allhuakbar... Allahuakbar... Allahuakbar.... (Takbir raya). Semoga semua peserta korban kali ini beroleh keberkatan dari Allah.
Tukang tonton memang ramai. Yang berbaju melayu dan bersongkok hitam tu baru lepas ambil gambar.
No comments:
Post a Comment