Minggu lepas balik kampung. Tengok kat kebun nampaknya buah-buahan sudah besar. Nampaknya, manggis akan masak dahulu..., mungkin lagi 3 minggu. Durian lambat lagi. Dekat-dekat nak raya mungkin start gugur.
Buah durian ni baru sebesar bola je. Dulu masa berbunga, lebat sangat tapi, sebab hujan lebat maka banyak bunga durian gugur. So, pokok durian kali ni tak lebat sangat berbuah. Durian Kahwin dan durian Tak Malu sahaja yang lebat sedikit.
Cempedak pun ada berbuah. Buah ni kena ambung dengan kain nanti, kalau tak buah ni akan rosak disengat serangga. Nanti bolehlah makan goreng cempedak.
Manggis pun agak lebat. Yang di rumah arwah Tok pun lebat. Mungkin boleh makan manggis dulu sebab nampaknya manggis ni nak masak dah.
Pulasan pun ada. Kat kebun ni ada sebatang je pokok pulasan. Gambar atas ni belum masak lagi. Kalau dah masak, buah ni mau sebesar penumbuk budak kecik dan berwarna hitam kemerahan.
Pokok Tongkat Ali pun ada di tanam. Ada dalam 3 batang. Dah besar dah. Pucuknya dah melewati kepala. Saje je tanam. Boleh tunjuk kat bebudak nanti, ni la pokok Tongkat Ali.

Bila dah balik kampung, mestilah menebas. Adek sedang menebas menggunakan mesin galas. Aku baru je menebas guna mesin tolak.
Deretan pokok durian. Sebelah kanan tu yang condong sikit tu merupakan pokok rambutan. Lebat juga berbuah.
Ni pulak kubur kucing yang bernama Shik Nek. Kubur ni kena tindih dengan batu sebab takut babi korek. Sekarang Shik Nek sedang berehat dengan aman.

1 comment:
6, nanti pulasan tu masak aku nk beli sekilo 2. aku ni penah ke tak mkn buah pulasan ntah dlm idup aku ni. rasanya ngadap buah rambutan jer....
Post a Comment