Bila tengok cerita perang, teringat semasa zaman 'berperang' kat U dulu. Masa tu masuk PALAPES. Seronok jangan cerita la... Dapat menembak M16, grenade launcher M203, GPMG dan LMG. Pistol pun dapat tembak.
Tapi sekarang dah tak aktif dah. Gedik masih lagi aktif. Maybe dapat la dia naik pangkat nanti. Gambar bawah ni masa kat markas palapes dulu. Baju no. 3. Masa tu 2 'balak' lagi kat bahu, kompeni wirawangsa. Ada abang misai kat tengah tu... satu platun ngan aku. Kamal pun ada tapi dia platun lain.
Gambar bawah ni plak masa dalam latihan kat PULADA. Berehat kejap kat tepi pantai. Aku yang duk menunduk pegang weapon tu. Masa ni dah tahun 3... 3 balak la atas bahu.
Ni plak berposing sebelum masuk baris. Ni nak tauliah dah ni. Pasni pakai satu paku atas bahu.Perbarisan ni kat padang kawad UiTM shah alam. Pihak dia jadi tuan rumah pulak.
Apa pun, memang seronok masuk palapes. Teringat kat kawan2 masa sama2 menggali kubu, mara, buat serangan, buat pertahanan, pt pagi, tauliah dan lain2 lagi.
1 comment:
aduhai...takde gambar lain ke nan?segan ler tunjuk gambar abg rsm tu...lebat misai tu...hahaha...teringat zaman dulu2...
Post a Comment