Wednesday, May 28, 2008

Rumah Naban

Inilah keadaan rumah Naban di Kg. Padang Kerbau (Kampung yang berada dalam kg. pangsenam). Naban telah mendapat bantuan untuk membina rumah baru. Rumah baru beliau dalam proses pembinaan sekarang.

Naban merupakan seorang penduduk yang amat rajin. Beliau selalu menolong dan membuat kerja semasa kenduri kendara di pangsenam. Beliau hanya berkerja kampung sahaja antaranya mengambil upah menebas kebun, menoreh getah, mencari madu lebah, mencari buluh lemang dan sebagainya. Di harap Naban akan tinggal dengan selesa di rumah barunya nanti.

Bagi sesiapa yang ingin memberikan bantuan kepada Naban, bolehlah menghubungi Tok Empat Kg. Pangsenam. Atau boleh bagi pada saya dan bila saya balik kampung nanti, saya akan bagi pada ketua kampung. Ikut la nak bagi bantuan apa. Duit boleh... pakaian boleh... makanan pun boleh.




5 comments:

Mc Zue said...

kesiannya.. dia takda kelerga ker pengsenam?

Anonymous said...

sebatang kara... nanti kalau nak menderma boleh la. Bagi baju terpakai pun boleh. Makanan pun boleh... sekampit gula n 2 tin susu kira ok la. Tapi dia ni rajin sngat.

jankaulu said...

berapa umur dia?

matt said...
This comment has been removed by the author.
matt said...

AKI NABAN YANG RAJIN..