Baru-baru ini kita terkesima dengan kata-kata Ketua Menteri Pulau Pinang YB Lim Guan Eng yang mengatakan bahawa beliau mahu menjadikan khalifah Umar Abdul Aziz sebagai idolanya. Beliau juga mengatakan mahu menjadikan corak pemerintahan khalifah Umar Abdul Aziz ini sebagai contoh untuk beliau mentadbir Pulau Pinang.
Ramai dikalangan kita yang terkedu. Ada yang gembira dan ada juga yang mengkritik. Disini, saya bukanlah nak membicarakan tentang hal-hal politik. Saya juga tidak mahu menyebelahi sesiapa atau mana-mana pihak. Saya cuma mahu kita supaya berfikir dan merenung kembali diri kita.
Pertama, kenapa orang bukan islam (YB Lim Guan Eng) mengagumi khalifah Umar Abdul Aziz? Jawapannya ialah kerana beliau mengetahui latar belakang khalifah tersebut dan corak pemerintahannya. Bagi saya tak salah untuk beliau mengagumi khalifah Umar. Tentang kenapa beliau tidak masuk islam pulak, itu kita serahkan kepada Allah kerana hidayah adalah datang dari Allah. Cuma kita berdoalah semoga YB Lim diberikan hidayah oleh Allah untuk masuk islam, Amin.
Kedua, kenapa orang islam tidak mengagumi khalifah Umar Abdul Aziz?. Jawapannya ialah kerana tak ramai pun orang islam tahu tentang latar belakang khalifah Umar Abdul Aziz. Jadi, sebelum nak mengkritik YB Lim, kita tanya diri kita dulu adakah kita kenal khalifah Umar ini seperti yang YB Lim ini kenal? Atau adakah kita boleh bercerita tentang khalifah Umar ini seperti yang YB Lim cerita?

Jadi, malu lah kita orang islam yang tak tahu pasal ketokohan pemimpin islam sedangkan orang bukan islam lebih tahu dari kita. Yang kita tahu hanyalah mengagumi artis itu, artis ini; dan pemimpin korup itu, pemimpin korup ini.
Oleh itu, atas dasar ingin berkongsi pengetahuan, saya sertakan juga serba ringkas tentang khalifah Umar Abdul Aziz. Semoga, selepas anda baca, anda akan mencari lagi maklumat yang lebih lengkap tentang khalifah ini dan jadikan beliau sebagai idola dalam kehidupan seharian.
KHALIFAH UMAR ABDUL AZIZ (717 – 720 MASIHI)
LATAR BELAKANG
Umar bin Abdul Aziz adalah sepupu kepada Al-Walid. Beliau dilahirkan pada tahun 62 hijrah di Halwan, Mesir. Beliau dibesarkan di Madinah bersama dengan alim ulamak dan orang-orang baik. Oleh sebab itu, Umar sejak kecil lagi telah menghafal Al_Quran. Sehingga besar dia telah menjadi seorang yang pandai dalam hal agama.
Beliau terkenal sebagai seorang yang adil, jujur, berhati mulia, lemah lembut, tidak sombong, tidak bermegah, takut kepada Allah, sangat sayang kepada rakyat jelata dan sangat beringat dalam membelanjakan harta.
Sebelum beliau dilantik menjadi khalifah, beliau pernah dilantik menjadi Pesuruhjaya di Hijaz semasa Khalifah Abdul Malik. Beliau dilantik menjadi khalifah bagi orang islam atas wasiat bertulis oleh Sulaiman bin Abdul Malik dimana dia telah membuat wasiat itu sebelum mangkat. Selepas Sulaiman mangkat, Umar Abdul Aziz telah menjadi khalifah pada tahun 717 Masihi.
UCAPAN DASAR
Selepas dilantik menjadi khalifah, beliau terus ke masjid dan terus memberikan ucapan dasar di hadapan orang ramai. Antara ucapan dasarnya ialah:
“… tidak ada kitab selain dari Al-Quran dan tidak ada nabi selepas nabi Muhammad S.A.W. Sesungguhnya aku bukan seorang hakim tetapi aku hanya menjalankan hukum. Aku bukanlah orang yang terlebih baik daripada kamu tetapi aku adalah orang yang sangat berat sekali memikul tanggungjawab.”
Seperti diketahui umum sejak tahun 41 hijrah adalah menjadi kebiasaan bagi khalifah Bani Umaiyah untuk mencela terhadap keluarga saidina Ali bin Abi Talib dalam khutbah Jumaat. Tetapi setelah Umar menjadi khalifah, dia tidak suka adanya perselisihan diantara umat islam. Oleh itu, celaan itu telah dihapuskan dalam khutbah jumaat dan digantikan dengan ayat Al-Quran.
Khalifah Umar juga bersifat tidak mahu menakluk negeri-negeri asing. Malah, dia telah berusaha menjalankan seruan mengenai islam diluar tanah arab. Oleh sebab itu, beliau telah menghantar beberapa orang pendakwah agama islam keluar dari tanah arab ke timur atau ke barat.
JASA DAN USAHA
1. Menyuruh Muhammad bin Abu Bakar Al-Hazmi di Mekah supaya mengumpul dan menyusun hadis Rasullullah di dalam buku.
2. Menambah gaji pegawai-pegawai untuk mengelakkan daripada rasuah.
3. Menghantar pendakwah islam kepada raja India, raja Turki dan ketua bangsa Barbar di Afrika untuk mengajak mereka masuk islam.
4. Bayaran cukai (Jizyah) dihapuskan keatas sesetengah negeri jajahan takluk. Dengan ini, ramai orang kafir masuk islam.
5. Hukum bunuh tidak lagi dijalankan melainkan setelah mendapat persetujuan daripada khalifah dan selepas diselidiki dengan halus.
6. Mendirikan masjid dan rumah persinggahan untuk orang musafir.
7. Menghantar balik harta rampasan dan harta yang diambil dengan tidak sebenar.
8. Menukar pegawai kerajaan yang tidak cekap dengan pegawai yang cekap dan adil.
9. Mengeratkan lagi perhubungan yang baik antara keluatga bani Umaiyah dengan keluarga saidina Ali dan menghapuskan celaan terhadap ali dalam khutbah jumaat.
MANGKAT
Beliau mangkat pada tahun 720 masihi (25 Rejab 101 hijrah) kerana termakan racun semasa berumur 39 tahun. Beliau memerintah selama 2 tahun 5 bulan 4 hari.
Pada zaman pemerintahannya dianggap oleh ahli sejarah merupakan zaman yang paling adil dalam kerajaan bani Umaiyah.
3 comments:
bagus artikel ni, siap dengan info...
ni artikel terbaru aku. aku baru jer siap. maklumlah nak check semula maklumat tentang khalifah ni. takut salah
memang kena gitu, bila kita buat kita kena bertanggungjawab apatah lagi jika menulis pasal org lain, bagus.
Post a Comment