Saturday, May 24, 2008

Kg. Pangsenam

Nama Pangsenam ni berasal dari sebiji buah durian yang berpangsa enam. Selalunya buah durian mempunyai 5 sahaja pangsa tetapi ada sebatang pokok durian di pangsenam ni mempunyai 6 pangsa. Jadi, dari situ lah dapatnya nama kampung pangsenam. Saya tak tau samada pokok ini wujud lagi atau tak. Jika ada, saya akan letakkan gambar nanti.

Bersempena dengan nama kampung pansenam maka blog ini dinamakan pangsenam bermottokan KAMPUNG KITA, KITA JAGA. Tujuan blog ini adalah sekadar untuk memberikan maklumat dan aktiviti di kampung pangsenam khususnya, dan maklumat2 lain yang tidak berkaitan dengan kg. pangsenam amnya.

Siapa lagi hendak menjaga kampung kita kalau bukan kita
Siapa lagi hendak memajukan kampung kita kalau bukan kita
Siapa lagi hendak mempopularkan kampung kita kalau bukan kita
Siapa lagi hendak berbangga dengan kampung kita kalau bukan kita

2 comments:

Mata Hati said...

Bagus la D6, mesti bangga penduduk Pangsenam ...dengan adanya kisah ini paling kurang generasi akan datang masih boleh mendapatkan maklumat tentang asal-usul kampung mereka...jangan jadi macam aku asal-usul kampung sendiri pun tak tahu...

mustaqim said...

salam....
saya penduduk kg pangsenam,hal pokok durian tu memang betul... tapi sudah ditebang... sekarang da jadi dewan kat simpang kg pangsenam... dulu ade sebatang dirumah saya tp dah mati,kalau tak silap saya masih ade sebatang lagi......