Monday, June 16, 2008

Blog...

Tahniah kepada kawan-kawan yang telah berblog. Tak sangka ye, ramai juga diantara kawan-kawan kita yang pandai menulis. Siapa sangka Mina boleh menulis dengan begitu hebat? Siapa sangka semua orang boleh bereaksi tentang isu semasa? Siapa sangka kita semua boleh memberikan pendapat dan komen tentang sesuatu isu? Siapa sangka dengan blog kita boleh mendekatkan yang jauh?
Setahu aku, blog merupakan singkatan bagi 'Book Log'. Book Log selalu digunakan oleh Nahkoda pelayaran bagi mencatat segala maklumat tentang perjalanan kapalnya. Maka, atas tujuan itu, blog boleh lah kita gunakan sebagai tempat untuk kita menzahirkan idea kita, memberikan kritikan dan pendapat; malah sebagai catatan peribadi kita.
Oleh itu, apabila kita telah berada didalam dunia blog, maka kita haruslah terima segala kritikan dari individu yang mungkin tidak setuju dengan pendapat kita. Tetapi, anggaplah segala komen dan kritikan itu merupakan ingatan dan nasihat dari kawan-kawan sahaja. Bak kata madi helping each other...
Aku sebenarnya tak suka pada pujian kerana bagi aku pujian akan melalaikan seseorang. Kadang-kadang tindakan kita yang ikhlas akan bertukar menjadi sebaliknya setelah menerima pujian. Kita akan jadi berlagak, sombong, bangga diri dan lain-lain lagi apabila menerima pujian yang melimpah-limpah.
Kritikan dan komen pula bagi aku adalah suatu yang bagus kerana ia akan dijadikan panduan untuk memperbaiki diri. Aku lebih suka kritikan dan komen kerana ia akan menyatakan bahawa diri ini tidaklah sehebat mana.

8 comments:

Mc Zue said...

nak tambah sikit.. melalui blog juga seseorang itu boleh menzahirkan apa yang mereka fikirkan..melalui blog juga sesorang itu boleh berhadapan di depan pc setiap saat, masa, waktu dan hati.. hehehe..yg penting mendekatkan orang yang jauhh nunnnnn di UK.. hehehehe.

Mc Zue said...

opss sori typing error ya.. duduk mengadap depan PC setiap saat, masa, waktu dan hari..hehehe

Anonymous said...

oleh itu... cukuplah terlalu menekankan statement yang aku mengajar semua tentang blog ni...

Mata Hati said...

Dengan blog boleh mengurangkan kita semua daripada mengular, dan secara tak langsung membuatkan kita menjalani hidup dengan lebih berkat lagi..Terima kasih lah kepada D6 kerana tunjuk ajar beliau dan juga teman-teman yang juga turut berblog.

Anonymous said...

cukuplah memuji...

Aisy Faris & Aisy Fitri said...

amboi denan siap mension nama aku . apo pun ko lah sifu semua yang ader blog di ksp .

Anonymous said...

errr...cukup lah mention n puji aku...

Jankaulu said...

Blog boleh memperlihatkan dunia kendiri kawan-kawan kita, dgn lebih dalam (tanpa mereka sedar), yang berbeza dengan kita. Yang kita terima kerana mereka kawan kita.

...boleh melihatkan benda/perkara yg mata kita gagal lihat...walaupun kita bersama dia selalu.