Friday, July 11, 2008

Rumahku syurgaku...

Inilah rumah saya. Rumah saya jenis semi D. Ada 4 bilik dan 2 bilik air. Rumah ni saya beli dalam tahun 2006 dan saya mula duduk rumah ni pada 4 Disember 2006. Saya merupakan orang ke 3 duduk di perumahan yang berjumlah lebih kurang 50 keluarga. Saya mengambil keputusan membeli rumah ni kerana lokasinya yang strategik iaitu kedudukan rumah ni yang tidak berhadapan dengan rumah lain. Jadi, jalanraya depan rumah seolah2 kita yang punya. Keadaan matahari turun naik juga saya ambil kira supaya dalam rumah tidak panas.
Ni view dari sisi. Nampak kan tiada rumah di depan umah saya.

Ni view dari depan. Nampak tak cahaya matahari tu? Tak kena pun panas tengahari dan petang.


Inilah keadaan ruang tamu rumah saya. Agak besar juga. Muat lah untuk letak sofa dan meja makan.

Yang sebelah kiri tu lorong menghala ke dapur. Sebelah kanan tu pintu ke bilik no 2. Bilik utama terletak berhadapan dengan pintu bilik no 2. Bulan 12 ni genaplah 2 tahun saya duduk dirumah ni. Terasa perbezaan duduk rumah sendiri ni.Walaupun bayar ansurannya lebih tetapi keseronokan yang dirasai berbeza dengan seronok duduk menyewa.

Harap kawan2 pun akan ada rumah sendiri nanti. Mek Zue dah sain SNP. Sukiman tengah mencari rumah. Mek P duduk kat kawasan umah ni juga (dia dah renovate umah dia... siap buat makan2 lagi). Madi dah ada umah di Johor. Imad pulak dah lama merasa duk umah sendiri. Amli dan Mina baru masuk umah sendiri. Kak Z pun dah duduk rumah sendiri (2 tingkat lagi tu). Kamal dan Azie pulak rumahnya di Damansara setaman dengan Adibah. Azniza masih menyewa, mungkin sedang mencari rumah yang sesuai gak untuk dibeli. Noormad dah ada rumah sendiri kat pekan tapi bagi sewa kat orang. Kak Na sudah duduk rumah sendiri, setaman dengan Ijud dan Kak Ilah. Kamal Ahmad Fadil pun sudah duduk rumah sendiri kat Astana View, dah renovate... cantik umahnya dan kaya jirannya. Jeha masih menyewa dengan suaminya, mungkin sedang mencari rumah untuk dibeli. Ja pula tak tau statusnya tetapi masih duduk di perumahan Uniten. Ustad asmadi sudah duduk rumah sendiri dekat dengan umah imad.

Saya? Mungkin tak selamanya duduk dirumah ni. Nanti dah tua balik Pangsenam kot...

5 comments:

madier said...

bereh nan...bagus ler tu...dah ada perkembangan dalam hidup kita ni...yg dulu2 tu,masa menyewa...masa bujang..pastu dah kawin...la ni dah ada umah sendiri...ada gak kenangan2 dia...jgn dilupa sejarah2 lama tu...dgn sejarah lama ler..kita capai ke tahap sekarang...seme tu detik2 perjalanan kita kat dunia ni...menuju ke destinasi akhirat....best dgr kawan2 seme yg success2 belaka....alhamdulillah...

Mc Zue said...

touching giler ayat ko d... tapi yg paling touching pada aku ialah apabila d6 letakkan setiap baris nama kawan2 lama.. kenangan yang terindah bak kata samson..PEKAN dalam kenangan... ramadhan dah hampir tiba teringat pulak bila g berbuka puasa di tanjung lumpur..ya tak madier?

Jankaulu said...

memang dah brtahun cari umah kat Ktn...(he he he). Tpi reganyalah yg mgerikn.Hrp dpt sbuah umah (umah teres pun x apa, x jadi hal).

Sya x prcaya konsep `settle down', kat mana-mana pun kita kena menyesuaikn, buat yg trbaik.Sbab itulah saya nak bli juga rumah walaupun di Pahang, bkn terengganu.Lagipun Pahang apa kurangnya..? best jugak.Kwn2 pun dah ramai kat sini.

madier said...

weiii zue...sedih ooo bukak pose kat sini...huhuhu...waaa...tjg lumpur..makang ikang bako....satar...otok2...kopok sagu...pehhhhh...melelehh..wa ckp lu..nanti wa nak qada..jamak..qasar seme yg wa rindu nak makan...insyaallah..hehehe...

oklah tu jankaulu...bg aku tak kisah beli kat mana2 pun...aset tu...nanti balik besut..beli lagi sebijik....hahaha

Jankaulu said...

kat sini pun sedih jugak buka puasa sorang nanti...(nak jugak)