Tuesday, July 8, 2008

Ikan Patin Masak Tempoyak...

Ikan Patin

Bahan utama:-

1 Ekor Ikan Patin (Beli kat gerai di Kg. Pangsenam)

Bahan untuk di kisar

10 Biji Cili Padi (Kutip belakang rumah)
1 Inci Kunyit Hidup (Kat belakang rumah)
2 Sudu Besar Tempoyak. (Buat sendiri)


Lain-lain bahan:-

Daun Kesum Secukupnya (Ada belakang rumah)
2 Kuntum Bunga Kantan (Ada juga tanam, kadang2 jual kat gerai ikan patin)
Air (Buka pili aje)
Garam Secukup Rasa (Beli kat The Strore)
5 Biji Limau Nipis (Kena beli sebab pokok kat belakang rumah dah mati)
2 Biji Mentimun (Petik kat kebun tepi sungai)


Cara membuatnya:

Ikan patin yang siap di potong di basuh dan dibersihkan dengan limau nipis supaya hilang bau. Isi air ke dalam periuk dan masukkan bahan yang dikisar, bunga kantan, daun kesum beserta dengan ikannya sekali .Apabila ikan hampir masak masukkan mentimun dan garam secukup rasa. Setelah masak bolehlah di hidangkan.

Selamat Mencuba. Nanti saya bagi resepi Mak saya pula.

1 comment:

jankaulu said...

Pernah sekali je makan ikan patin di temerloh tahun 1994 (gi rumah kawan, mak dia masak)