Wednesday, July 2, 2008

My Mini Library...

Salah satu impian aku adalah mewujudkan mini library di rumah. Satu bilik khas telah disediakan untuk projek tersebut. Impian aku ialah mini library ini mempunyai rak hingga ke siling dan ada tangga beroda (macam yang kita selalu tengok dalam movie hollywood) untuk mengambil buku kat atas. Di bawah ini merupakan koleksi kartunis Lat (Datuk) yang ada dalam simpanan saya. Belum cukup lagi ni kerana setahu saya koleksi Lat ada 26 judul.
Pada masa sekarang, projek ini baru masuk peringkat kedua iaitu membeli atau mencari koleksi buku dan majalah. Setakat ini ada bebrapa kolksi buku dan majalah yang telah berjaya dikumpul sejak dahulu lagi antaranya koleksi majalah gila-gila, novel, buku akademik, buku politik, koleksi kartunis, mastika dan lain-lain lagi.
Selalunya aku membeli buku murah di Taman kerang Kuantan setiap sabtu dan ahad. Ada juga jualan buku murah di Pasar Tani, stadium kuantan setiap pagi ahad. Jadi, setiap kali pergi dapatlah beberapa naskah buku dan majalah seperti gila-gila, impiana, anjung seri dan novel.
Ada juga buku dan majalah yang di beri oleh ramai. Kakak saya ada memberi majalah untuk library ni. Mek zue pun ada bagi majalah Wanita. Ada juga buku yang aku kutip dari tempat buangan.






Bagi aku, setiap orang haruslah mempunyai sekurang2nya sudut bacaan dirumah mereka kerana membaca tidak dapat lari dari dikaitkan dengan buku dan ilmu. Ia merupakan santapan minda kita. Takkan la jika untuk santapan mata kita sanggup menghabiskan ribuan ringgit seperti membeli perabot, tv, kabinet dapur dan katil. Tetapi, untuk santapan minda, majalah yang berharga RM3 sebulan pun tak nak beli. Fikir-fikirkan lah...

4 comments:

adek said...

Kampung Boy karya Lat ni dh byk menjelajah negara luar. Di German dikenali sebagai "Ein Frechdachs Auf Malaysia". Smlm keluar NST - Kampung Boy Still Going Places http://www.nst.com.my/Current_News/NST/Wednesday/Features/20080701161016/Article/index_html

Gamat Asli said...

termasuk lah yang telah di alih bahasa. Dalam bahasa jepun ada

jankaulu said...

nak buat jugak mini library tapi sampai hari ini terbengkalai...buku dan majalah ada juga sedikit sebanyak...

aidilangelo said...

Salam. Benar, benar dan benar sama skali. Setiap orang mampunyai memori tersendiri dan buku antara memori dzaman membesor sesorang. Alhamdulillah, temanpon ade library sendighi dah. Dan Alhamdulillah jugak koleksi buku Lat telah lengkap. Hehehe.

Choba gi Jln Tun HS Lee area Mesjid Jamek n cari Junk Book Store. Tp awas, harga buku mungkin menyebabkan mike makan megi seminggu atau jatuh demam pelentong atopon cikungunya. Ekeke

Salam kenei2.. :)