Wednesday, July 30, 2008

Tempoyak Pangsenam...

Pernah buat tempoyak? Saya pernah buat tempoyak. Baru2 ni balik pangsenam, buat tempoyak lagi untuk bawak balik. Turun temurun kat pangsenam, macam ni la cara buat tempoyak. Kalau rasa durian yang di beli tu tak habis di makan, cuba-cuba lah buat tempoyak. Kalau tak, membazir je buang durian tu.
Mula-mula, kenalah ada buah durian yang tak habis di makan. Ambik buah tu, letak dalam besen bersih.
Kemudian, asingkan isi durian tu dari bijinya. Kukut dengan sudu atau pisau. Pastikan tangan anda bersih dan kuku pendek. Isi durian tu, letakkan dalam besen yang bersih juga.

Gini lah caranya.

Setelah isi durian tu dah banyak, maka lenyek-lenyekkan ia dengan sudu supaya isi tersebut sebati antara satu sama lain. Taburkan garam dan gula secukup rasa dan kacau lagi kasi sebati. Pastu letakkan dalam molo atau botol. Terus simpan dalam peti. Jika simpan dalam peti, tempoyak ni lambat masam. Di pangsenam, banyak tempoyak di jual di gerai-gerai ikan patin sepanjang sungai pahang. Harganya RM20 sekilo.

Tempoyak ni banyak kegunaannya. Di pangsenam, tempoyak digunakan untuk memasak gulai ikan patin, sambal pucuk ubi dan juga untuk dimakan bersama nasi. Selamat Mencuba.

1 comment:

jankaulu said...

macam mana nak mencuba buat 6? setiap kali makan durian tak pernah tersisa...he he he.

teliur tengok gambar, durian warna kuning best rasa, tapi baunya kurenggg.